Khamis, 29 Oktober 2009

Latihan Aktivis Da'wah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS)

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerna masih diberi kesempatan dan keizinan untuk mengembara lagi di bumi Allah s.w.t…syukur juga ku panjatkan kepada-NYA kerna diberi kekuatan untukku menulis lagi walaupun pada saat genting begini.

Banyak yang ingin ku kongsikan disini bersama pengunjung yang masih setia menziarahi blogku sepanjang pengembaraanku di bumi Allah s.w.t. ini. Sudah agak lama ku tidak menulis kerna kekangan masa disamping khidmatku yang diperlukan tidak kira waktu. Walaubagaimanapun, akan ku cuba masukkan cacatan yang bermanfaat dalam blog nie. insyaAllah…

Hampir dua minggu yang lepas, akak senior mengajakku ke sebuah pertemuan semua aktivis dari bahagian Utara bagi membincangkan permasalahan dan tindakan selanjutnya bagaimana untuk menangani isu sosial yang sedang melanda masyarakat zaman kini atau lebih dikenali sebagai Latihan Aktivis Da’wah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS). Sepanjang ke destinasi yang dituju, banyak yang ku perolehi terutama bila berdamping dengan orang yang alim & ahli dalam ilmu agama. Ku mendengar saja percakapan mereka dan sesekali menjawab bila ditanya. Kami singgah di RAUDHAH iaitu sebuah tempat asuhan bagi remaja yang rendah akhlak dan runtuh moralnya supaya kembali terdidik dengan ajaran Islam. Saat memandang wajah-wajah mereka, terasa damai dan tenang hati ini kerna wajah mereka penuh bercahaya dan menyejukkan mata yang memandang. Itulah wajah yang hatinya bersih dari titik hitam yang mencemarkan dan pancainderanya yang tidak membuat maksiat kepada Allah s.w.t. serta ikhlas dan sabar dalam beribadat kepada-NYA..

Allah s.w.t. menerima taubat hamba-NYA yang bertaubat sepertimana firmannya:

“Dan minta ampunlah engkau kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang”

(surah an-nisaa’ ayat 106)

Namun, berbagai persoalan menerjah fikiranku. Adakah mereka akan teguh berpegang pada tali-NYA bila keluar dari RAUDHAH?? Adakah mereka akan kembali kepada perangai yang dulu pabila sudah keluar nanti?? Persoalan yang tiada jawapan… kebimbangan dan kerisauan hati ini hanya Allah s.w.t. yang tahu…ku cuma hanya mampu berdoa moga-moga mereka kuat menghadapi dunia luar yang semakin kritikal keruntuhan akhlaknya dan mampu menepis segala hasutan daripada kawan-kawan lama mereka untuk kembali seperti dulu apabila keluar nanti..ameen..

Perjalanan diteruskan lagi, inilah kali pertama dalam seumur hidupku, ku menaiki feri. Tambah-tambah lagi, ku memang sukakan laut ditambah pula dengan lakaran langit diatasnya menjadikan pemandangannya sungguh menenangkan jiwa, hebat sungguh ciptaan-NYA..Subhanallah…

Akhirnya, ku sampai jua ke destinasi yang dituju..alhamdulillah..keesokan harinya, bermulalah acara yang ditunggu. Semua wakil aktivis dari bahagian Utara tiba di tempat yang dijanjikan dan bermulalah sesi ta’ruf antara kami, pandangan tiap aktivis yang hadir terhadap program yang telah kami lakukan serta halangan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi tika mahu melaksanakan kerja da’wah ini. Berbagai pendapat dan cadangan yang dilontarkan bagi memberi jalan kepada sahabat lain untuk terus melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Ku tertarik dengan kata-kata seorang aktivis yang paling berpengalaman antara kami, katanya,“Cuma satu je nak pesan, lakukanlah sesuatu itu dengan serius mungkin.. sebab kebanyakan mereka yang turun ke lapangan hanya untuk melihat dan menjadikan apa yang dilihat itu sebagai bualan cerita dan bukannya ada rasa tanggungjawab untuk terus membantu membanteras gejala tersebut”

Kata-katanya dipersetujui oleh sesetengah daripada kami kerna kebanyakan mereka yang telah kami bawa turun ke sarang maksiat hanya melihat dan mengambil gambar tanpa cuba untuk mendekati remaja tersebut dan bertanya kenapa, bagaimana, dan bila remaja tersebut boleh terjebak dengan gejala ini serta menasihatinya dengan hikmah.

Jadi, bagi pembaca yang ingin menjadi aktivis LANDAS dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini. Bolehlah menghubungi :-

019-4782708 (ust. Kamaruddin)

019-4795687 (En. Ali)

019-4642086 (Ust. Deddy)

019-5680214 (Cikgu. Nazirah)

@ layari:

www.urusetialandas.blogspot.com

ATAU:

Bagi yang berada di ZON SINTOK dan ingin menjadi sebahagian daripada kami, bolehlah mendaftarkan diri di poohalia@yahoo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan