Rabu, 7 Oktober 2009

DEMI JIWA YANG BERADA DI GENGGAMAN_NYA

“Dengan Nama Allah S.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah, syukur ku hadrat ilahi….masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumiNYA dalam mencari bekalan ke destinasi yang pasti. Juga ku panjatkan syukur ke hadratNYA kerana masih punya kesempatan untuk menulis walaupun ku tak punya waktu yang cukup untuk berehat kerna masih ada program yang perlu ku handle dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu…Alhamdulillah…

Janjiku kepada Ahli Jawatankuasa program “Kembara Insan Mencari Tuhan” anjuran Biro Pembangunan Kerohanian (BPK) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Petronas mesti dilunaskan dan tidak boleh ditangguhkan lagi iaitu menulis mengenai pandanganku sepanjang program itu berlangsung…insyaALLAH…ku cuba sebaik mungkin untuk melakar catatan di blog ini untuk tatapan pembaca.

Seperti yang ku sampaikan kepada semua AJK program, inilah kali pertama ku memegang jawatan sebagai pengarah selepas berpuluh-puluh program ku handle. Bukannya tidak di beri peluang, tetapi ku tolak mentah-mentah kerna berpegang pada prinsip iaitu tidak akan tampil ke hadapan sekiranya masih ada muslimin yang boleh handle. Akhirnya, ku langgar prinsip itu buat kali pertama selepas 3 tahun mempertahankannya. Ada hikmahnya dan kurasakan memang takdirNYA untuk ku langgar prinsip tersebut.

Cabarannya cukup besar kerna ku tak pernah punya pengalaman dalam menguruskan projek DDP, tambahan pula tidak pernah punya pengalaman sebagai pengarah. Namun ku kuatkan semangat dengan mencabar kemampuan dan kebiasaan diri. Bagiku, projek di DPP dan di Pusat Islam punya berbezaan terutama dari segi persekitaran, pendapat dan pemikiran. Namun, ku cuba bawa tarbiyah dari Pusat Islam untuk diterap masuk ke DPP. Alhamdulillah, ku berjaya walaupun pada mulanya ada AJK yang kekok dengan caraku.

Kali pertama paperwork program ini ditunjukkan kepada felo penasihat, aku dimarahinya kerna lewat menghantar paperwork tersebut. Felo tersebut memberitahuku, program ini punya banyak manfaat dan belum ada lagi program sebegini di DPP tetapi disebabkan lewat menghantar paperwork kemungkinan persediaan tidak cukup. Beliau mencadangkan supaya program ini dibuka penyertaan kepada DPP luar tetapi ku lihat, masa tidak mengizinkanku untuk membuat demikian. Ku berkata kepadanya, “anggaplah ini percubaan pertama saya”. Dia terus menjawab, “selalunya tak de dah yang kedua selepas pertama”. Ku faham maksudnya, sebab itu sewaktu memberi ucapan pada malam majlis penutup ku berjanji kepadanya akan ada sambungannya nanti pada semester hadapan. insyaALLAH…

Namun, ku masih ingat kata-kata terakhirnya sebelum ku melangkah keluar dari pejabat DPP pada hari itu. Katanya,“yakinlah dengan apa yang kamu buat, teruskanlah dengan perjuanganmu. Buktikanlah bahawa Islam juga hebat”. Ku melangkah keluar dengan semangat jihad yang baru selepas “dibasuhnya” dan dengan semangat itu jugalah ku nyalakan kepada barisan “tentera” ku. Walaupun ku tahu, cabaran yang akan datang selepas saat itu akan lebih hebat dan menggugat keyakinanku. Tetapi ku yakin, Allah s.w.t. telah menganugerahkanku “bala tentera” yang hebat untuk berjuang bersamaku bagi menjayakan program “Kembara Insan Mencari Tuhan”. Alhamdulillah…Juga ku punya rakan seperjuangan yang telah bersamaku dari mula sampai akhir. Moga semanagat jihadnya terus menyala walaupun sudah tamat belajar nanti….insyaALLAH…

Ku selalu berkata kepada AJK tiap kali meting,“ berkatalah dengan hati yang bersih dan ikhlas kerna tidak kira kita berkata dalam nada yang lantang, sayu atau tergagap-gagap. Suara hati kita akan kedengaran jua dan akhirnya dapat diterima oleh orang lain”. Ku juga ceritakan satu kisah kepada mereka berkaitan hati yang bersih VS hati yang kotor sewaktu di zaman junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kisahnya bermula apabila ada seorang sahabat Baginda s.a.w. yang ingin melaungkan azan tetapi Baginda s.a.w. tidak membenarkan dan hanya mengizinkan Bilal Bin Rabah sahaja yang melaungkannya kerna Baginda s.a.w. merasakan ada yang tidak kena dengan sahabat tersebut. Selepas 3 @ 4 kali memujuk Baginda s.a.w., akhirnya Baginda s.a.w. membenarkan sahabat tersebut melaungkan azan tersebut pada waktu subuh. Sewaktu ingin menunaikan solat zohor, “penduduk langit” iaitu para Malaikat turun bertemu Baginda s.a.w. dan bertanya kepada Baginda s.a.w., “ Wahai Rasulallah s.a.w., adakah kamu tidak solat subuh pagi tadi?”. Baginda s.a.w. menjawab, “sudah tentunya aku solat subuh”. Para Malaikat berkata lagi,“tetapi mengapa kami tidak mendengar azan dilaungkan subuh tadi?”. Baginda s.a.w. terus berkata,“bukan Bilal Bin Rabah yang melaungkan azan subuh tadi tetapi sahabatku yang lain”.

Jadi benarlah apa yang Baginda s.a.w. rasakan terhadap sahabat tersebut, hati sahabat tersebut punya masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu di dengar “penduduk bumi”, penuh dengan tajwid, harakat dan taranumnya serta penampilannya yang hebat dari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan serta wangiannya yang mahal tidak mampu didengar oleh “penduduk langit” sedangkan Bilal Bin Rabah yang dikenali dengan warna kulitnya hitam legam, pakaiannya cukup sederhana serta suaranya tidak semerdu sepertimana sahabat tadi namun azan yang dilaungkannya dapat didengar oleh “penduduk langit”. Kerna hati Bilal Bin Rabah bersih dari segala perasaan riak, takbur, sombong dan megah serta maksiat kepada Allah s.w.t. Hatinya ikhlas kerana_NYA…. sehingga azan yang dilaungkannya di jawab oleh para Malaikat. Moga-moga hati kita semua berada dalam keadaan bersih dan ikhlas sentiasa…amen…

“ sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa parasmu tetapi dia melihat kepada hati-hati kamu”
-Hadis riwayat Muslim-

Dengan slogan,“DEMI JIWA YANG BERADA DI GENGGAMAN_NYA”. Ku berharap, tiap kerja yang telah ku berikan kepada tiap AJK akan dilaksanakan dengan seikhlas dan sebaik mungkin. Tiap kesusahan yang dialami, tiap peluh yang mengalir, tiap nafas yang tercungap-cungap dan tiap kritikan yang diterima yang diri ini dan mereka hadapi akan dilalui dengan hati yang lapang dan tidak mudah mengalah sekiranya jiwa ini berada di genggaman_NYA iaitu samaada “menang” atau “syahid”. Jiwa yang telah “dipegang” oleh Allah s.w.t. akan terus berjuang dan menyusun strategi bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar walaupun menghadapi berbagai kesulitan. Bagi AJK yang tidak punya ilmu mengenai skop kerja mereka, ku ajarkan dengan penuh kesabaran meskipun kesabaranku sedikit teruji kerna ku tahu Ilmu yang ku beri kepada mereka akan tersebar luas nanti.

Ada pula sesetengah ketua atau pengarah yang memberikan arahan dan membahagikan tugas kepada AJK tetapi di akhirnya dia pula yang menyiapkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh AJK tersebut. Berikanlah keyakinan kepada AJK atau orang bawahan untuk melaksanakan tugas tersebut dan yakinkan diri sendiri bahawa mereka dapat melakukannya kerna sekiranya kita pula yang mengambil alih tugas mereka, bagaimana ilmu yang kita ada akan diperturunkan kepada orang lain. Ku benarkan AJK di bawah pimpinanku melakukan kesilapan dalam melaksanakan tugas dan akulah orang yang akan menanggung kesalahan mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama untuk program yang akan datang. insyaALLAH….

Meting yang terakhir sebelum bermulanya program “Kembara Insan Mencari Tuhan” pada keesokan harinya. Ku perdengarkan sebuah nasyid yang bertajuk “perantau” dendangan daripada “Nasrey Johari” untuk membaik pulih semangat jihad para AJK kerana kami perlu berjuang dalam masa 4 hari berturut-turut untuk menjayakan program tersebut. Alhamdulillah, ku berjaya sehingga ada AJK muslimat yang sudah menghafal lirik nasyidnya. Apa yang didendangkan oleh artis tersebut memang tepat dengan situasi dan keadaan kami. “mengembara dan berjuang dirantau orang, KEMBARA PERJUANGAN….”

PERANTAU (NASREY JOHARI)

*Perantau, musafir perjuangan…
Tabahkanlah hatimu… berjuang dirantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
Ingatlah anak dan isteri…. janganlah menghiris hatimu.
Kerinduan desa nan permai janganlah melemahkan semangat juangmu

Buatmu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
terus memburu menuntut janji
Pastilah islam gemilang lagi…..

* Ulang..
Tapi pejuang… kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dlm berjuang
Oohh…pejuang, dimana pun ada ketenangan….
Dimanapun ada kebahagiaan….
Bila insan… kenal pada tuhan…
Kasih sayang dan pembelaannya
Bagi insan... yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri kepada ALLAH

* Ulang…
Sedih dan pilu hanya engkau yang tahu………..

Pengorbanan dan komitmen yang telah AJK program berikan sepanjang program memberikanku kekuatan walaupun punya masalah dengan program yang lain yang juga memerlukanku untuk menyelesaikannya. Ku melihat pengorbanan tersebut dengan menggunakan mata hati, dan sewaktu postmoterm ku katakana kepada mereka,“sahabat-sahabat semua adalah pejuang terbaik yang saya ada selepas team saya di Pusat Islam dan Kelab”, jadi, teruskanlah…jangan berhenti sekerat jalan”. Ku juga tahu, kebanyakan mereka adalah orang kuat DPP. Orang yang selalu dijemput untuk menjadi AJK program. Ku berharap laungan jihad yang telah mereka tegakkan akan terus mekar dan subur walaupun dilanda berbagai musibah…insyaALLAH…

Derita Perjuangan Bukan Satu Bebanan Tetapi Satu Latihan,
Gundah Perjuangan Bukan Satu Ancaman Tetapi Didikan,
Mehnah Perjuangan Bukan Satu Kegusaran Tetapi Satu Kekuatan…
Walau Perit Mana Pun Perjuangan,
Sesukar mana Pun Perjalanan,
Kita Adalah Pejuang, Tabahkan Hati.
Kita Mujahid, Kuatkan Diri.
Kukuhkan Tekad, Mara Dalam Perjuangan Islam….
Mara Pejuang islam Ke Hadapan, Berundur Tidak Sama Sekali….
(DEMI JIWA YANG BERADA DI GENGGAMAN_NYA)

0 ulasan:

Catat Ulasan