Jumaat, 30 Oktober 2009

TERIMA KASIH, DOKTOR!

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”

Alhamdulillah…syukur ku panjatkan ke hadrat illahi kerna masih diberi keizinan oleh_NYA untuk terus menulis. Seperti yang ku janjikan kepada seorang sahabat baikku, untuk menulis kepadanya juga buat sahabat-sahabat yang akan menempuh peperiksaan keesokan harinya sebagai pembakar semangat….

Sudah menjadi kelaziman bagi pelajar tidak kira siapa asalkan bergelar pelajar, waktu hampir dengan examlah berbagai “penyakit” datang menyerang seolah-olah tidak ada “ubat” untuk menyembuhkannya seperti yang telah ku tulis pada catatan yang lepas buat adik perempuanku yang bakal menghadapi exam SPM. Dan lebih membuatkan “penyakit” ini bertambah kritikal bilamana “ubatnya” tidak dapat dibeli di farmasi juga tidak terdapat di klinik mahupun hospital. Erm…macam parah je bunyinya…(“,)

Walau apa pun, tiap “penyakit” ada penawarnya kecuali mati. Jujur ku katakan, kadang-kadang ku juga diserang “penyakit” nie iaitu malas, lemah semangat, jiwa tak tenang, nak study tak de mood dan seangkatan dengannya bila exam makin menjelang tiba. Namun, “penyakit” itu begitu mudah ku “ubati” dengan “antibody” semangat. Alhamdulillah….tapi bagaimana untuk mendapatkan “antibody” tersebut???

Beberapa hari yang lepas, ada seorang sahabat ku menghantar mesej sewaktu ku study untuk meminta tolong:

Sahabat: Salam, ukhti…dah tido ke?

Ana: wslm..blum, ada ape ye?

Sahabat: ana nak mintak tolong sikit boleh?

Ana: Erm..boleh, nak mintak tolong ape?

Sahabat: Em..Tolong bagi semangat, rasa lemah semangat je nak exam nie….he..he..

Ana: Dah agak pun…mesti pasal nie…normallah bagi tiap pelajar terasa macam ukhti bila nak exam nie… bagi ana, apa yang ana buat bila rasa macam nie. Ana akan tengok gambar family terutama gambar umi & abah sambil mengingat kembali pengorbanan mereka sebelum nie. Tak perlu ingat dari kecil sampai sekarang, cukup dengan ingat kembali pergorbanan mereka sewaktu kita mendapat tawaran untuk sambung belajar ke universiti. Bukan mudah untuk seorang ayah atau ibu untuk melepaskan anaknya pergi jauh nun di Utara dan bukan sedikit duit yang dikeluarkan bagi menyediakan persediaan yang diminta oleh pihak Universiti dan kelengkapan diri sendiri sewaktu mendaftar diri. Namun, demi masa depan anak tercinta…mereka sanggup korbankan semua itu…tapi tanya kembali kepada diri, adakah kita sanggup melukakan hati mereka selepas apa yang telah mereka korbankan untuk kita??? Adakah kita sanggup membiarkan air mata kesedihan mengalir di pipi mereka apabila mengetahui kegagalan kita??? Dan sanggupkah kita membiarkan senyuman yang dulu terukir kerna gembira apabila mendapat berita bahawa anaknya diterima masuk ke university bertukar duka bila mengetahui anaknya gagal diakhirnya…Tepuk dada tanya diri…teruskan berjuang, g.luck untuk exam ye…(“,)

Sahabat: InsyaALLAH…syukran ye ukhti…(“,)

Alhamdulillah…ku berjaya memulihkan semangatnya…juga menambahkan semangat ku lagi untuk terus membuat yang terbaik semasa exam nanti…insyaAllah…(^_^)

Ku juga tidak sanggup membiarkan umi & abah ku bersedih bila mengetahui ku gagal dalam pelajaran. Ku tak sanggup lukakan hati mereka selepas apa yang telah mereka korbankan buat diriku. Ku teringat kembali sewaktu mendapat tawaran untuk sambung belajar ke Universiti, senyuman yang terukir dibibir umi & abahku agak luar biasa pada hari itu dan senyuman itulah yang ingin ku lihat lagi pada hari konvokesyen ku nanti…insyaALLAH…

Pengorbanan yang telah umi & abah lakukan sudah cukup untuk membuat semangatku kembali membakar mengejar segulung ijazah. Bayangkanlah, abah sanggup mengambil cuti 1 hari semata-mata mahu menyelesaikan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak unversiti. Sebelum mengambil cuti lagi, abah ku sudah ke hulu & ke hilir menyiapkan dokumen tersebut. Pagi mengajar di sekolah dan balik sahaja dari mengajar terus menguruskan dokumen yang ku perlukan sewaktu mendaftar nanti. Penat lelahnya tidak dihiraukan asalkan anaknya tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu mendaftar nanti, malah menyuruhku menyemak berkali-kali dokumen tersebut supaya tidak ada yang tertinggal atau terlepas pandang. Hatiku tidak sanggup membiarkan masa, tenaga, dan duit abahku pada waktu itu terbuang begitu sahaja tanpa apa-apa balasan.

Umi ku pula, menyiapkan segala persiapan buat diriku sepanjang tempoh pembelajaran ku disana nanti. Umi membawaku ke pasaraya supaya ku dapat membuat pilihan sendiri apa yang ku inginkan sewaktu disana nanti. Namun, hanya sedikit ku beli kerna barang-barang sewaktu ku belajar di Matrikulasi boleh digunakan lagi. Juga tidak sanggup melihat umiku berbelanja banyak demi melihat anaknya selesa belajar nanti.

Bila ku sudah berada di university, umi & abah berkorban lagi dengan menahan kerinduan melepaskan anaknya pergi berjuang menegakkan agama Allah s.w.t. tika sahabat-sahabatku yang lain bercuti. Terima kasih umi & abah…restu dan doa dari umi & abah amat ku dambakan dan MISI mencari “ senyuman” akan ku teruskan…(^_^)

Ku juga teringat peristiwa semalam yang membuatkanku mendapat gelaran DOKTOR. Sorang sahabatku menghantar mesej kepadaku menyatakan bahawa jiwanya tidak tenang dan tidak tahu macam mana untuk mengatasinya. Dia datang kebilik ku dan ku minta dia membaca pendahuluan buku “Rindu Bau Pohon Tin” karangan Ustaz Hasrizal untuk mengalihkan pemikirannya supaya tidak terlalu memikirkan exam kerna ku tahu, itulah punca membuatkan jiwanya tidak tenang. Hatinya perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum ku mula memberi “suntikan antibody” kepadanya. Sambil dia membaca, ku ceritakan bahawa sahabat-sahabatnya yang lain juga mengalami “penyakit” yang sama dengannya. Tapi alhamduliiah, selepas di “basuh” dan diberi “suntikan antibody” olehku, semangat mereka kembali pulih. Mukanya yang berkerut sewaktu datang ke bilik ku awal tadi bertukar ceria dengan diiringi oleh gelak tawanya. Nampaknya “pesakit” ku ini juga sudah pulih. Selepas dia menamatkan pembacaannya, ku mintak dia balik ke bilik dan tidur supaya akal dan mindanya akan memikirkan apa yang Ustaz Hasrizal tulis dan apa yang ku katakan tadi.

Sebelum dia melangkah keluar dari bilikku, dia berkata kepadaku dengan senyuman yang masih terukir dibibirnya,“terima kasih, doktor!”. Ku ketawa kecil mendengar kata-katanya. Ku bukanlah doktor mahupun jururawat, tapi hanyalah seorang insan yang juga kadang-kadang lemah semangatnya. Namun, cepat pulih dengan “Tarbiyah” dari Allah s.w.t. kerna ku tahu tiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri dan bersangka baiklah dengannya. Daripada masalah merekalah ku berfikir dan menjadikan salah satu “ubat antibody” kepada diriku kerna ku juga tahu, ku selalu menjadi “doktor” tika mereka “sakit”.

“Ketikaku mohon diberikan kekuatan,

Allah berikanku kesulitan hingga aku kuat..”

“Ketikaku mohon kebijaksanaan,

Allah berikanku masalah untuk dipecahkan..”

“Ketikaku mohon kesejahteraan,

Allah berikanku akal untuk berfikir..”

“Ketikaku mohon keberanian,

Allah berikanku bahaya untuk ku atasi..”

“Ketikaku perlukan cinta,

Allah berikanku orang bermasalah untuk ku bantu..”

“Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta,

Allah berikan ku apa yang aku perlukan..”

-IMAM AL-GHAZALI-

Kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali diriku. Ku mohon maaf kiranya ada tersalah dan terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita selama ini. Moga-moga kita semua mendapat ketenangan sewaktu menjawab exam dan mendapat keputusan yang cemerlang…insyaAllah…

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI YANG ABADI...(",)

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah anti ada ramai orang yg sudi membantu dari dulu tatkala mula sebelum masuk ke universiti, dari isi borang sampai menyediakan kelengkapan...Hatta sampai berada di universiti...Namun bg ana, semuanya sendiri dr isi borang dan pnyediaan dokumen, persiapan dan sampai hampir nk grade semua bergantung pada diri dan banyak pada tawakkal pada yg Maha Esa..bukan tiada org sudi menolong, tp diri selalu diajar untu tidak berkehendak bg menyusahkan orang lain....Apa pn ana bersyukur krn Allah memberi kekuatan pada ana dlm mengharungi dan melakar sejarah perjalan hidup ana di dunia ini..Kerana diri ini dididik untuk berdikari dr awal smpai akhir demi mematangkan usia...Semoga anti juga lebih bersyukur kerana ramai yg membantu anti..bantulah jg orang lain...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...betul tu...ramai jugak dikalangan sahabat ana yang muslimin seperti anta...lebih senang berdiri di kaki sendiri...baguslah...ana pun sebenarnya sudah dilatih untuk berdikari tetapi tidaklah sebagus anta...pengalaman yang telah dilalui sebelum inilah yang membuatkan kita dapat menjadi "doktor" kepada orang lain yang memerlukan kita... walauapapun, jangan kita lupa bahawa ada yang telah membantu kita sejak dari kita lahir sehinggalah sekarang.samaada secara sedar ataupun tidak..
    insyaALLAH...hidup untuk memberi...
    -teruskan berjuang-

    BalasPadam
  3. "Berbicaralah kamu kepada manusia mengikut kadar kemampuannya dan situasi dirinya"

    manusia berbagai ragam dan fiil, lain masalah lain juga penyelesaiannya...

    macam akh roslan alhamdulillah, walaupun segalanya di uruskan sendiri mungkin dapat bantuan n sokongan kewangan dari keluarga

    ada pula insan yang terpaksa bertungkus lumus untuk mengusahakan sendiri segalanya bahkan adakalanya jadi rasa serba salah disebabkan saranan daripada orang tuanya sendiri untuk berkerja bukan sambung belajar...

    Tapi alhamdulillah masih mampu bertahan setakat ni walaupun hampir2 x dibenarkan masuk exam hanya disebabkan x bayar yuran sem,...

    insan ni masih dalam dilema, samada berhenti dan berkerja ataupun teruskan penagajiannya dengan situasi tersebut selepas berlalu fatrah exam bagi semester ini..

    insan agak sensitif dgn PTPTN (hutang), tambahan prosedur dapatkan bantuan baitul Mal negeri adakalanya merumitkan...

    mungkin motivator (akh roslan) & DOKTOR (bidadari besi) ni ada ubatnya? ataupun mungkin sekadar saranan ataupun nasihat?

    erti hidup pada memberi

    BalasPadam
  4. TO Al-Faqir wa al-Haqir ila Rabb al-Kabir, Ibnu Jamal as-Sabahi...

    "Dengan nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani"

    Hebat sungguh lakaran hidup anta...penuh dugaan dan ranjau berduri namun dihadapi dengan hati yang penuh keredhaan kepada_NYA....alhamdulillah....

    Ana tidaklah "doktor" yang berijazah dan ilmu yang tinggi cuma hanya mampu memberi pandangan dan pendapat sahaja, yang selebihnya bergantung pada diri seseorang itu...

    bagi pandangan ana berkaitan situasi yang anta alami, sekiranya sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak yang lain... ana cadangkan supaya anta bekerja sambil belajar sewaktu cuti semester untuk menampung pengajian atau pun jika mampu buatlah perniagaan kecil-kecilan sepanjang tempoh permbelanjaran tersebut...

    kebanyakan daripada sahabat2 ana yang berada jauh di perantauan, itulah yang mereka lakukan...sungguh rugi kiranya anta tidak meneruskan pengajian kerana ilmu tersebut akan nampak hasilnya di masa depan walaupun bukan sekarang...yakinkan orang tua anta bahawa pilihan anta untuk meneruskan pengajian adalah suatu pilihan yang tepat...

    ana hanya mampu memberi pandangan & pendapat, selebihnya hanya anta yang akan menentukan...tapi berdoalah dan laksanakanlah solat istikhorah, moga2 jalan yang ditunjukkan_NYA lebih terang dan memudahkan tiap perjalanan hidup anta dalam berjihad menuntut mahkota ilmu...

    Moga berjaya sang pejuang..

    -"Jiwa Setulus Sufi Fikrah Pejuang Haraki"-

    BalasPadam
  5. Salam ila Ibnu Jamal

    Dah 3 kali percubaan untuk menulis kepada saudara tetapi gagal bila posting dalam ni.... Harap saudara rujuk ke blog saya...saya tulis khusus untuk saudara...

    BalasPadam