Rabu, 4 November 2009

DESTINASI ABADI SANG PENGEMBARA

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah…syukur ke hadrat illahi atas nikmat yang telah diberikan, syukur juga ku panjatkan kerna masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi dan mengembara mencari bekalan ke destinasi yang pasti…

Pada waktu subuh pagi tadi, sekitar jam 6.03 pagi…ku menerima satu mesej daripada seorang Ustazah menyatakan bahawa suami kepada Ustazah Siti Khairiah (Pegawai Pusat Islam UUM) telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit paru-paru berair. Pada mulanya sukar untuk ku percaya kerna baru sahaja petang semalam Ustazah Siti (Umie) menghantar mesej menjemputku untuk menghadiri jamuan tertutup Pusat Islam dan dikejutkan pula dengan berita kematian suaminya.

Sekitar jam 9 pagi, ku mengikuti beberapa staf & pegawai Pusat Islam ke rumah mak mertua Umie untuk menziarahinya dan menyampaikan salam takziah daripada sahabat-sahabatku yang tidak dapat hadir kerna sedang berjihad dengan exam.

Ramai sahabat-sahabat Umie yang hadir bagi memberi sokongan kepadanya serta tidak lupa mensedekahkan bacaan Yasiin dan mendoakan arwah supaya dipermudahkan urusan tika menghadap_NYA nanti. Pada mulanya ku dapat menahan air mata dari mengalir keluar tapi akhirnya tumpah jua saat memeluk Umie, ku bisikkan kata-kata semangat di telinganya supaya bersabar dengan ujian yang telah Allah s.w.t. berikan kepadanya.

Ku pandang pula wajah anak-anaknya, tidak sedikit pun ku lihat air mata anak-anaknya tumpah. MasyaAllah…kuatnya hati mereka. Sekiranya ku di tempat mereka, belum tentu ku sekuat itu…

ku duduk di satu sudut dan memuhasabah diri serta mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Ku merenung anak-anaknya dan meletakkan diriku ditempat mereka dan timbul berbagai persoalan. Adakah aku sudah bersedia dan sekuat itu untuk menghadapi dugaan seperti mereka? Adakah aku sudah bersedia untuk menguruskan segala pengurusan jenazahnya nanti? Adakah keadaan keluargaku akan berubah selepas ketiadaannya nanti? Adakah aku mampu menguatkan anggota keluargaku yang lain supaya redha dengan ketentuan_NYA? Dan yang paling penting, adakah aku mampu melangsaikan pinjaman yang telah dibuat?? Hanya diri ini yang mampu menjawabnya…

ku meletakkan pula diriku di tempat arwah dan makin banyak persoalan yang timbul. Adakah ku sudah bersedia saat di jemput_NYA nanti? Adakah amalan yang ku bawa membolehkan ku menjawab persoalan yang ditanya oleh Malaikat Mungkar & Nakir nanti?Adakah bekalan yang ku bawa cukup untuk menyelamatkanku daripada azab api neraka? Akan ada lagikah insan yang akan mendoakan kesejahteraanku nanti? Dan banyak lagi…hanya diri ini juga yang mampu menjawabnya…


MENANTI DI BARZAH
(Far-East)

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata...

Dan ku juga pasti, persoalan itu juga akan turut bermain di minda pembaca saat ini…jadikanlah kematian itu sebagai peringatan buat kita yang berpeluang untuk meneruskan pengembaraan mencari bekalan bagi menempuh “Destinasi Abadi Buat Sang Pengembara”…

Akhir kalam, ku doakan moga-moga arwah (Cikgu Majid) tergolongan dalam golongan hamba-hamba_NYA yang soleh dan dipermudahkan segala urusan di “sana” nanti…amen… Juga kepada keluarga Umie, moga-moga diberi kekuatan & kesabaran dalam menempuh hari-hari yang akan datang…amen…

0 ulasan:

Catat Ulasan