“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerna masih diberi kesempatan untuk terus mencari bekalan ke destinasi yang pasti…Alhamdulillah…kerinduan akhirnya terubat jua bila bertemu dengan umie, abah & adik2…ku sampai ke kampung halaman sebelum subuh pagi semalam dengan hati yang berat kerna ku pasti, bila ku kembali semula ke kampus….keadaan sudah tidak sama seperti dulu…
Tetapi sebelum ku meneruskan cacatan pengembaraan ku, sekali lagi ku ingin mohon maaf kerna sudah lama tidak update blog akibat daripada “kematian” wareless di kolej tempat ku menginap selepas dilanda hujan ribut yang kuat membuatkan tempat penjanaannya mengalami kerosakan.
Pagi semalam selepas mengemas rumah, ku menonton siaran Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 yang dah sampai ke penghujung siaran bagi menghilangkan penat sekejap. Selalunya tiap kali di akhir siaran, acaranya adalah menjemput artis tanah air untuk mempromosikan album mereka dan kali ini TV3 menjemput kumpulan Rabbani untuk mempromosikan album baru mereka iaitu “Mahabbah” . Album tersebut merupakan album pertama mereka selepas ketiadaan arwah Ustaz Asri & apa yang ku lihat pagi semalam, Rabbani tetap mantap walaupun sahabat seperjuangan mereka sudah pergi buat selama-lamanya. Ustaz Zul menggantikan tempat arwah Ustaz Asri sebagai vokalis utama dan salah seorang dari anggota Rabbani berkata ,“suara Zul hampir sama dengan arwah, sedikit sebanyak terubat jugak la rindu tu”.
Diakhir siaran, Rabbani membuat persembahan dengan mendendangkan lagu “Mahabbah”. Hati ku tersentuh saat itu bila melihat ada di kalangan mereka matanya seolah-olah berkaca menahan air mata dari mengalir keluar & tidak ku duga, manik-manik jernih mengalir di pipi ku tanpa dipinta. Hatiku juga dilanda suatu perasaan yang tidak mampu ku “usir” keluar dari terus bersarang di hati ini.
“keadaan sudah tidak sama seperti dulu”
Ya, benar…tidak akan sama…kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam melalui onak duri dalam perjuangan, suka & duka bersama-sama menempuhnya tidak mampu untuk ku hapuskan sama skali… Sahabat-sahabat seperjuangan yang telah bersama-sama dengan ku semenjak ku berada di semester 1 akan menamatkan pengajian dan meneruskan perjuangan mereka di dunia luar. Hatiku terasa sungguh berat untuk menghadapi perpisahan ini, terasa sukar untuk meninggalkan kampus semalam, terasa tidak mampu untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka tinggalkan.
Ini bukanlah perpisahan pertama yang ku alami, sudah berkali-kali. Ku ingat kembali sewaktu di Matrikulasi, suatu perpisahan yang tidak ku duga mengajar diri ini erti kesabaran, ketabahan, juga kecekalan untuk bangun dan bangkit kembali tanpa menghiraukan dugaan yang tidak jemu bertandang.
Waktu itu, keputusan semester 1 di umumkan dan ianya menentukan samaada pelajar tersebut layak untuk meneruskan pengajian di semester 2 atau tidak. Alhamdulillah, walaupun tidak mecapai target yang telah ku tetapkan tapi ku masih layak untuk meneruskan pengajian. Namun, ada beberapa orang yang tidak dapat meneruskan pengajian dan salah seorang daripadanya adalah sahabat seperjuanganku.
Mulanya ku tak mengerti bila dia menyatakan,“dik, nanti akak nak pendrive awk ye…nak transfer semua bahan-bahan projek kita”. Ku hanya berkata,“baek kak”, tanpa mengesyaki apa-apa.
Dalam perjalanan ke kelas, berbagai persoalan mula muncul di benak fikiranku dengan kata-katanya tadi..hatiku berkata,“tak kan la dia……..”
Ku percepatkan langkah ke kelas untuk mencarinya dan mendapatkan kepastian. Ternyata benar, dia tidak dapat meneruskan pengajian kerna pointer tidak cukup. Ku terpaku sebentar seolah-olah tidak percaya dengan kata-katanya..
“Ya Allah”. Ku menahan seboleh yang mungkin untuk tidak menangis di depannya kerna ku tahu dia pasti lebih sedih. ku memanggil ketua ku untuk berjumpa dengannya, ternyata dia juga terkejut seakan-akan tidak percaya. Ku sudah tidak mampu memandang mukanya yang cukup tenang dan redha menerima ketentuan ilahi. Ku minta izin darinya untuk masuk ke kelas kerna ku sudah tidak dapat menahan air mataku dari keluar. Sebaik sahaja kakiku melangkah masuk ke kelas, air mataku mengalir deras menggambarkan betapa beratnya untuk ku terima berita tersebut. Ku tidak dapat memberi perhatian tentang apa yang diajar oleh pensyarah dan ilmu tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi.
Hanya Allah yang tahu betapa beratnya diri ini untuk melepaskannya pergi & tinggal ku sendirian yang akan meneruskan perjuangan yang telah kami sama-sama usahakan sebelum ini. Satu projek yang melibatkan semua warga matrikulasi gabungan daripada Exco Kerohanian JawatanKuasa Perwakilan Pelajar dengan Pusat Islam dan bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi. Sahabat ku tadi merupakan setiusaha dan ku timbalannya, dia lebih arif dengan selok belok projek nie berbanding denganku. Tapi sekarang, ku perlu mula semula dari bawah dan pelajarinya satu persatu.
Berbagai masalah yang timbul saat itu sehingga ku tak punya waktu yang cukup untuk berehat. Roommate ku kasihan melihat perubahan diriku yang sibuk menguruskan banyak benda dalam satu masa kerna waktu itu ku baru terima satu lagi amanah, sudah ku cuba untuk menolak tapi ku juga yang dipilihnya…Alhamdulillah mereka turut membantu di samping memberikan sokongan.
Namun, ku tetap insan biasa yang kadang kala tewas dengan ujian dan terasa ingin mengalah. Waktu itu, ku dalam perjalanan ke tempat meting untuk projek tersebut. Sengaja ku pergi awal untuk tenangkan diri dari bermacam benda yang meyerabutkan kepala. Ku singgah di perpustakaan dan duduk di sudut bacaan surat khabar & majalah. Ku dongakkan kepala ke atas bumbung kaca tersebut dan nampak langit hitam yang dihiasi dengan bintang-bintang.
Ku sudah tidak dapat bertahan lagi, ku tidak mampu untuk meneruskan lagi perjuangan ini, aku mengalah…..air mata ku terus mengalir deras dan tidak mampu untuk ku hentikannya.
“Ya Allah, beratnya ujian yang kau berikan kepadaku ini. Kau uji diri ku dengan mengambil sahabat perjuanganku pergi jauh dari ku dan membuatkan seolah-olah ku terkapai sendirian melaluinya. Hamba mu ini sudah tidak dapat menanggungnya, aku mengalah ya Allah….”
Ku menghantar mesej kepada kakak sulungku memberitahu apa yang ku alami sekarang. Dia berkata kepadaku,“ kalu mu mengalah sekarang bermakna sia-sia sahaja usaha yang telah kau lakukan sebelum nie. Ingat pesan aku nie, cubakau lihat air yang mengalir….ada kau nampak air tersebut terhenti bila berjuta batu menghalang di depannya??”.
Ku tersentak.
Kakakku menyambung lagi,“ tak pernah kan? Air tersebut tetap mengalir walaupun setitik tidak kira batu yang menghalang tersebut sebesar bangunan atau sekecil kuman. Jadi, letakkan dirimu di tempat air tesebut. Terus melangkah walaupun berjuta halangan di hadapan, bila sudah melangkah jangan sekali-kali menoleh ke belakang. Selesaikan usaha yang telah kau mulakan, jangan tinggal sekerat jalan”
Kata-katanya menusuk terus ke kalbuku dan semangatku kembali pulih, juga dengan izin dari-NYA. Ku terus menyapu air mata ku dan terus bangun serta melangkah ke bilik mesyuarat meneruskan perjuangan yang masih berbaki. Terasa bersalah kerana menyalahkan takdir yang telah di tetapkan kepada diriku…
Akhirnya, projek tersebut dilaksanakan setelah berbagai kritikan, halangan, dugaan & cabaran ku “telan” dan berlangsung selama satu bulan. Saat program tersebut berlangsung, air mata ku tumpah lagi…terasa suatu ketenangan yang tidak dapat ku tafsir dengan kata-kata…
kepahitan yang ku lalui akhirnya berbalas dengan kemanisan seraya hatiku bermonolog sendirian,“kak, amanah yang telah akak tinggalkan sudah saya laksanakan. Perjuangan kita sudah selesai kak…harap dapat jumpa akak lagi…”
kenangan yang ku lalui ini tidak dapat ku lupuskan dari ingatan apatah lagi tiap kali melihat air yang mengalir. Kini, aku merasai lagi perpisahan dengan sahabat seperjuanganku..meneruskan perjuangan yang telah mereka tinggalkan…
Sahabat, janganlah kau terlalu mengharap kepada ku kerna ku juga insan biasa…sama sepertimu.. juga kadang-kadang hanyut dan lemah di bawa arus…juga punya perasaan ingin mengalah dalam perjuangan ini…ku mengharapkan doa dari mu sahabat untuk meneruskan kaki ku melangkah menjunjung agama_NYA…
0 ulasan:
Catat Ulasan