Rabu, 11 November 2009

"Mahkota Penuntut Ilmu"


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan kepada yang Maha Esa kerna masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi di destinasi persinggahan dalam mencari bekalan ke destinasi yang pasti… Sudah beberapa hari keinginan di hati untuk menulis namun ku paksa diri untuk menahannya kerna dua exam yang perlu ku tempuhi dalam jarak yang dekat…Alhamdulillah, malam semalam adalah paper ku yang ke-5…tinggal lagi satu paper sebelum ku pulang ke kampung halaman melepaskan kerinduan yang tak tertahan ini buat keluarga yang tercinta.
Keinginan untuk menulis hadir tika ada sahabatku yang menghantar mesej memintaku memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk study yang seakan pudar di pertengahan “perjuangan”.
Katanya,“ salam, maaf ganggu. Boleh tak bagi kata-kata semangat. 2 hari kebelakangan nie semangat nak study merudum. Dah x de semangat…Exam tinggal 3 paper lagi, nie last sem…insyaALLAH…”
Sebenarnya saat itu, ku juga sepertinya…entah mengapa semangatku untuk terus menelaah dan mengulangkaji nota-nota yang seakan-seakan “menjerit” memanggilku untuk membacanya tidak ku hiraukan. Sudah bermacam cara ku buat untuk menghadirkan mood tersebut, namun tidak satu pun membuahkan hasil. Di saat waktu genting itu, hadirlah “tarbiyah” dari Allah s.w.t. yang membuatku terasa sebak di hati dan semangatku seakan pulih dalam sekelip mata serta hampir membuat manik-manik jernih mengalir di pipiku. Alhamdulillah Ya Allah…terasa seolah-olah Nur hidayah menusuk di kalbu.
Kata-kata yang ku hantar kepada sahabatku itulah “Nur” nya….
Ku katakan padanya..“ sebenarnya, semangat ana pun pudar jugak sekarang. Tapi ana nak kemukakan 1 ayat dari al-Quran iaitu surah at-Taubah ayat ke-122 dimana Allah s.w.t. berfirman:
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.”
Ayat inilah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t. Ayat di mana Allah s.w.t. berbicara khusus buat pejuang-pejuang ilmu_Nya kerna menuntut ilmu juga adalah suatu jihad di mana Allah s.w.t. menggunakan kalimah “nafara” iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna untuk mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah s.w.t.
Kata-kata itu harus kita renungkan kerna Allah s.w.t. mahu kita melihat proses dalam menuntut ilmu di jalan Allah s.w.t. sebagai suatu medan tempur. Jadi, persiapan tika mahu keluar berperang haruslah juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah s.w.t.”
Alhamdulillah, dia menerima baik kata-kataku itu….
Namun buat diriku pula, itu adalah suatu “kata-kata cinta” dari KEKASIH hatiku yang ku jadikan “mahkota” untuk ku junjung ke mana sahaja ku pergi kerna ku mengerti suatu masa dahulu Islam bercahaya semasa barat dalam kegelapan:
Eropah bergelap pada waktu malam sedangkan Cordova bercahaya dengan lampu. Eropah kotor sedangkan Cordova membina 1000 tempat mandi. Eropah dipenuhi serangga sedangkan penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari. Eropah dipenuhi selut sedangkan jalan-jalan di Cordova bertar. Istana Eropah dipenuhi lubang asap di bumbung sedangkan bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah. Tokoh-tokoh Eropah tidak tahu menandatangani nama sendiri sedangkan anak-anak di Cordova sudah ke sekolah. Tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu membaca risalah Kristian sedangkan ulama islam Cordova membina ‘kutub khanah’ yang besar” 
(Victor Robinson)

Ya…benar apa yang dikatakannya…Islam dahulunya pernah melahirkan ribuan malahan jutaan para Ilmuan Islam yang menguasai berbagai bidang sehingga buku-buku yang ditulis oleh mereka menjadi rujukan sehingga kini.
Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang hingga menguasai separuh alam 
(A.M. Lothrop Stoddard)
Semua kehebatan ini bermula daripada minda. Lihatlah ayat al-Quran pertama yang memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan kemantapan akal fikiran (minda) iaitu iqra. Allah s.w.t. berfirman:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
(surah al-Alaq, ayat 1-5)
Tidak teringinkan kah kita untuk menjadi pewaris Ilmuan Islam yang terdahulu??? Tidak terdetikkah di hati kita untuk cuba mengembalikan Zaman kegemilangan Ilmu dahulu??? Tidak terasakah di hati kita untuk menyahut seruan jihad ini??? Tepuk dada, tanyalah diri Wahai Pejuang Ilmu………………………….
menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Ku terasa sebak kerna hatiku bukan sahaja di sapa dengan “nur” malah mengingatkan kembali perjalanan hidupku sebelum ini yang tidak pernah terhenti dari berbagai ujian dari_Nya malah bertalu-talu pula yang datang ibarat bertih jagung yang sudah masak. Semua itu menguatkanku untuk bangun dan terus berlari mengejar cita-cita dan impian serta matlamatku yang satu. Alhamdulillah Ya Allah….
Kenanganku berada dalam “dunia kegelapan” seperti yang ku ceritakan dalam catatan yang lepas merubah perjalanan pengembaraanku yang punya berjuta cita-cita dan impian namun matlamat yang satu iaitu “ingin bertemu dengan KEKASIH dan Idola hatiku”.
Hanya dengan ILMU ku mengenali_NYA,
Hanya dengan ILMU ku mengetahui kebesaran_NYA,
Hanya dengan ILMU ku terasa dekat dengan_NYA,
Hanya dengan ILMU ku sentiasa jatuh cinta kepada_NYA,
Hanya dengan ILMU……


Terus melangkah gagah wahai pejuang Ilmu, berbekalkan strategi perang dalam menguasai berbagai bidang ilmu, tangkas dalam membuat percaturan melalui pena dan tinta mu di medan ilmu….usah gentar kerna engkau sedang menuju jihad fi sabilillah….




0 ulasan:

Catat Ulasan