Lama juga ku fikirkan, apa yang perlu ku nukilkan untuk tatapan pembaca kerna idea datang dan pergi…maklum la, masih dalam mood aidil adha. Namun, ada sesuatu yang ingin ku kongsikan. Harap-harap, sahabat yang masih sudi membaca artikel yang ku nukilkan ini memperoleh manfaatnya…amen…(^_^)
Semalam merupakan hari yang sibuk buat familyku kerna umie terima tempahan untuk membuat roti terlalu banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat sedangkan umie & abah punya rancang lain semalam. Tapi disebabkan kesungguhan pelanggan tersebut yang menelefon pada jam 1 pagi semalam untuk menempah roti membuat umie menerima tempahan tersebut.
Pagi itu, bermulalah operasi kami seisi keluarga. Bermula dengan menimbang bahan, menguli tepung, membentuk adunan menjadi bulat sehinggalah membakarnya. Jangka masa untuk menyiapkannya mengambil masa 4 jam tetapi bergantung pula brapa kilogram yang dibuat.
Memang seronok bila memikirkannya kerna bagiku disinilah wujudnya ikatan ukhuwah yang erat antara kami sekeluarga serta timbulnya kasih sayang. Ku pernah ditanya, “roti nie sedap, apa resepinya?”
Ku menjawab dengan senyuman dibibir,“sama je macam orang lain buat cuma ditambah dengan perencah istimewa…iaitu kasih sayang…”
Benar, jika difikirkan…perniagaan roti yang ana & umie mulakan dulu hanya menerima tempahan di sekolah dan hanya beberapa kedai kopi sahaja. Tapi sekarang, permintaan pasaran semakin meningkat. Alhamdulillah….
Ku imbau kembali kenangan dulu, masa tu ana jual kepada teman-teman sekolah dan rupa-rupanya ada cikgu daripada koperasi sekolah berminat untukku sediakan roti @ pizza untuk dijual di koperasi sewaktu rehat. Bila dikhabarkan berita itu kepada umie, bermulalah operasi kami membeli bahan dalam kuantiti yang banyak. Balik dari sekolah, ku akan menimbang bahan tersebut dan menyiapkan bersama-sama dengan umie selepas umie balik dari mengajar.
Ilmu untuk membuat roti, umie perturunkan kepadaku sehinggalah kepada adik-adik dibawahku selepas ku meneruskan pengajian ke matrikulasi dulu. Kami membuat perniagaan kecil-kecilan nie untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga yang tak mencukupi.
Semalam selepas siap membuatnya, bekas yang digunakan perlu dibasuh. Lenguh tangan & kakiku membasuhnya sebab banyak sangat. Bila umie balik dari acaranya, dia bertanya kepadaku..“kak ngah tolong basuh semua ke bekas-bekas tu?”
Ku menjawab,“ ye la umie, nak harapkan sorang lagi tu..sampai kiamat pun tak siap”
Umie pun menjawab kembali dengan gelak tawanya,“tak pe lah kak ngah, berkat..!”
Ku tersentak…memang benar, banyak berkatnya bila ikhlas. Ku teringat sewaktu di tingkatan 5, lepas habis waktu sekolah ana akan mengikuti kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah. Balik sahaja, terus ku timbang bahan-bahan untuk membuat roti. Petangnya, ku buat dengan umie & adik-adik..malamnya pula, ku wajib menghadiri kelas tambahan juga pihak sekolah yang anjurkan. Penatnya, tidak mampu ku ungkapkan…tapi ku seronok melakukannya.
Sehinggalah waktu sebenar peperiksaan SPM, ku masih membantu umie membuatnya. Terasa juga kekurangan masa untuk study, tapi ku teruskan kerna tidak sanggup membiarkan umie membuatnya sendirian dan kena menjaga adik bongsuku yang baru lahir waktu itu. Namun terselit keyakinan dalam diriku, ada keberkatan di sebalik semua itu kerna doa seorang ibu amat mustajab.
Bila ada sahabat-sahabat yang melihat sahaja gambar seisi keluargaku, terus mereka mengatakan…“bahagianya dapat family macam nie”
Tapi mereka tidak tahu, bukan mudah untuk memujudkan “Rumah ku, Syurga Ku”. Ada dikalangan sahabat-sahabatku yang ibubapanya bergaduh, nak bercerai, suka marah dan pukul anak-anak semata-mata untuk melepaskan kemarahan sehingga baginya rumah tersebut ibarat “neraka dunia”.
Percayalah, anda mampu menghadapi semua itu kiranya mampu bersabar dan tidak memberontak sebagai tanda protes dan tidak menyukainya. Jangan dibalas kemarahan dengan kemarahan sebaliknya cubalah membalas dengan kesabaran dan doa. Ku juga masih mendidik diri dan hati untuk bersabar dan memberi yang terbaik.. “What you give, you take back”. Walau seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibubapa kita.Cubalah wujudkan suasana Islam di dalam rumah walaupun anda seorang yang melakukannya. Mungkin ada yang akan berkata,“awk senang la cakap sebab bukan awk yang alaminya”.
Ya benar, ku hanya mampu memberi saranan dan sokongan serta berdoa agar dikau diberi kekuatan kesabaran yang melipat ganda untuk menghadapinya. Juga diberi sifat keredhaan yang tinggi untuk menerima ketentuanNYA…anda yang melakar sejarah hidup anda, bukan orang lain dengan izin dariNYA…jadi renung-renungkanlah…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI YANG ABADI...(",)