“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat illahi kerna masih diberi kekuatan untuk menulis catatan ini walaupun hati terasa ingin menangis bila teringat ajakan kakakku pagi tadi…sedihnya…(T_T)…
Ana ingat lagi tulisannya masa ber YM dengan ana pagi tadi..
Kakak: salam, balik tak cuti depavali nie?
Ana : salam, ade cuti ke? Tak teringat pun ada cuti…
Kakak: hari sabtu nie depavali, Farhah ada bagitahu ape2?Dia kata nak buat kejutan kat umi & abah sempena ulang tahun perkahwinan diorang. Aku balik, kebetulan Iman ada kat umah, cuti lagi. Banyak keje jugak nie sebab finale nak dekat dah.
Ana: Takbalik kot, ada program lagi. AGM Rakan Masjid ari Jumaat nie & AGM Kelab Pentadbiran Muamalat ari khamis nie.
Kakak: AGM IPSI wat sem depan. Oklah, ada test nie..salam
Walaupun perbualan kami cukup ringkas namun itu sudah memadai melemahkan semangatku. Ini bukan kali pertama ku tidak balik ke rumah bila ada sesuatu yang berlaku atau ada acara keluarga kami. Ana cuba mengalihkan minda dari berfikir mengenai perbualan dengan kakakku, ternyata ianya gagal.
Agak cemburu tika mendengar kakakku asyik pulang ke rumah tetapi apa daya, khidmatku diperlukan. Ana juga teringat saat semua ahli keluarga berkumpul namun ana tiada kerana meneruskan perjuangan di rantau orang.
Umi telefon semasa ana sedang mengulangkaji pelajaran selepas semalaman menguruskan program untuk bertanya khabar keadaan diriku di rantau orang. waktu itu, keluargaku baru sahaja pergi berkelah dan mandi manda di pantai. Jarang sekali keluargaku punya waktu untuk keluar bersama-sama.
Kata-kata umi semasa menelefon ana membuatkan hati ini sebak,“saja je telefon, tanya khabar anak umi macam mana. Duk teringat masa gi berkelah tadi, tak cukup sorang”.
Ana ketawa kecil mendengarnya tetapi jauh disudut hati kecilku, terasa sedih sangat kerna tidak dapat bersama mereka saat manis itu. Ana cepat-cepat ubah topik supaya umi tidak mengesan nada suara yang ingin menangis.
Bukan itu sahaja, ana jugak menangis sepuasnya selepas kakak memberitahu yang umi keguguran anak ke-10. Waktu itu, kakak ana dalam perjalanan pulang ke kampusnya selepas bercuti sempena Maulidur Rasul. Jadi dia sempat menjaga umie yang berada dalam keadaan tidak sihat.
Ana menangis kerana lambat mengetahui berita tersebut sedangkan ana juga punya cuti selama 5 hari sepertinya tetapi ana membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan mengambil peluang turun ke Lapangan bagi mendekati remaja yang terjebak dengan gejala tidak sihat seperti minum arak, hisap gam, ponteng sekolah, bercouple dan sebagainya. Ana hanya mengetahui berita tersebut pada hari terakhir cuti dan kuliah akan bermula seperti biasa keesokan harinya.
Ana cuba kuatkan semangat dan meyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk melupakan berita tersebut selepas kakak ana mengatakan yang umi sudah beransur pulih, namun ana gagal. Tiap kali selepas solat ana menangis kerana begitu merindui umie, tambahan pula ana sepatutnya berada disisinya semasa umie sakit. Akhirnya aku nekad juga untuk pulang ke rumah walaupun hanya beberapa hari.
Ana jelaskan kepada pensyarah yang ana tidak dapat hadir kuliah kerna umi sakit dan dengan bantuan dari sahabatku akhirnya ana sampai juga ke rumah melepaskan rasa bersalah dan kerinduan kepada umi. Risiko yang ku ambil untuk balik ke rumah cukup besar kerna waktu itu ana mungkin terlepas peluang mempelajari ilmu yang baru dari pensyarah.
Juga waktu itu, anasedang menguruskan satu projek di peringkat Universiti bagi Sekretariat Kerohanian sempena Ekspo Konvokesyen kali ke-22. Ketua ana juga sakit dan semua tugas terletak di bahuku. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu keadaan ana saat itu, ana tidak memberitahu sahabat-sahabat yang lain termasuk ketua ana sendiri kerna tidak mahu mereka bimbang.
Tipulah bila ana katakan ana tidak merindui gelak tawa adik-adikku, tipulah bila ana katakana ana tidak merindui masakan um, tipulah bila ana katakan ana tidak cemburu melihat keluarga sahabat-sahabatku datang menziarahinya di kampus. Ana juga insan biasa, masih punya hati nurani.
Pernah sekali, bila ana pulang ke rumah. Adik bongsu ana tidak mahu pergi ke tadika kerna ingin bermain dengan ana. Hatiku sebak bila mendengar “hero” ana cakap macam tu, timbul rasa bersalah dalam diri kerana tidak punya banyak waktu untuk dia. Tika sahabat-sahabatku yang lain bercuti, ana masih meneruskan perjuangan dengan menyertai berbagai program yang memerlukan khidmat ana sebelum pulang bercuti ke rumah.
Dan kali ini, ana mungkin juga terlepas sesuatu yang indah dalam coretan kenangan keluargaku yang bakal terukir nanti. Kesedihan hati ini, hanya Allah s.w.t. yang tahu tapi ku mengerti…..inilah adat dalam perjuangan….yang memerlukan pengorbanan….
Moga-moga umi & abahku mengerti bahawa anaknya adalah seorang pejuang…. Bukan hanya milik umi & abahku tapi juga milik masyarakat dan agama Allah s.w.t… ana berdoa moga keluargaku juga akan mendapat keredhaanNYA kerna melepaskanku pergi menegakkan agamaNYA…amen..
0 ulasan:
Catat Ulasan