Rabu, 30 September 2009

SAHABAT...

SUMBER: www.iluvislam.com


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku .
.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya . Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.
.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada . Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal . Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
.
"ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side.

2 ulasan:

  1. artikel yang menarik...

    tapi untuk pilih kawan pun,kena 'test' jugak kan?

    sy pernah buat seorang kawan sangat2 marah, tapi sekarang kami sangat2 baik!

    faktor lain banyak juga yang mempengaruhi..

    orang yg duduk2 dalam kelompok yang baik2 sahaja, xkan pernah sama dengan orang yang pernah bersosial campur dgn golongan yg bermasalah (gay+lesbian+minum arak+dadah...

    org yg dari lahir 'baik' dan org yg baru berusaha untuk jadi baik pastinya juga berbeza.

    a small matter in one view can be a big matter in another view... just as simple example of 'penjagaan pergaulan dan zina hati'...right?

    org yang baik dan nak bawa islam harus sentiasa bersedia untuk dikritik, lagi-lagi jikalau dia seorang pemimpin,
    http://anak2merdeka.blogspot.com/2009/09/dalema-pemuda-umno.html

    let's peace!
    shalom...
    salam

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah to...miss BazLa'

    1 pandangan yang cukup menarik...btl, kita memang digalakkan utk m'guji sahabat kita sblm kita b'kawan dgn seseorg...spy dialah yang akan jadi tulang belakang, pembakar semangat dan tempat luahan segala isi hati kita... dan segala rahsia kita selamat dgnnya...insyaALLAH...

    BalasPadam