Minggu ini aku sibuk menguruskan paperwork bagi program yang akan dijalankan selepas raya. Akalku ligat berfikir dimana tempat yang sesuai untuk membuat meting kali pertama dengan ahli jawatan kuasa, maklumlah ini kali pertama aku handle projek di DPP. Akhirnya, aku dapat membuat keputusan tempat yang sesuai untuk dibuat meting selepas bertanya kepada sahabat yang selalu membuat program di DPP.
Sebelum menutup perbualan kami, dia sempat bertanya kepadaku soalan yang tiada kaitan dengan apa yang aku tanya,“kelas pukul 8 tu kata mana?”, aku membalas mesej tersebut dengan menjawab,“kat DKG 2, nape?”. Dia bertanya lagi,“selalu gi kelas lambat macam tu ek?”, dengan acuh tak acuh aku menjawab,“kalu gi awal pun, mula lambat jugak kelas”. Dia respon kembali mesejku dengan menjawab, “owh, gitu ek…”.
Pada mulanya aku buat tak kisah je pada perbualan akhir tadi, tetapi entah kenapa semasa dalam perjalanan ke kelas pagi tadi perbualan itu bermain di fikirkanku. Selalunya aku akan mengasah pemikiranku dengan berfikir tentang hikmah kejadian alam ini bila melihat sesuatu tika dalam perjalanan ke kelas. Tapi kali ini, perbualan itu yang membuatkan aku berfikir. Walaupun sikit sahaja ayatnya, aku tersenyum sendirian bila memahami hikmah disebalik perbualan tersebut. Hatiku berbisik, “tarbiyah dari Allah s.w.t…..”……(“,)
Hikmah disebaliknya adalah diri ini ibarat “bapa borek anak rintik”, mana tidaknya. Sekiranya pensyarah lambat tiba atau memulakan kelas, pasti aku juga akan lambat. Adakah kita juga seperti “pensyarah” tersebut dalam menguruskan kehidupan seharian?
Kadang-kadang diri ini ibarat “pensyarah” tersebut dalam menguruskan sesuatu projek. Akibat hadir lambat beberapa minit dalam meting membuatkan AJK yang lain terpaksa menunggu lama untuk memulakan meting. Akibat lambat hadir dalam sesuatu perbincangan tugasan membuatkan sahabat yang lain tertunggu-tunggu. Akibat naqib atau naqibah lambat hadir membuatkan adik-adik usrah ternanti-nanti. Atau sebaliknya, akibat AJK lain yang lambat hadir membuat kita tertunggu-tunggu ketibaan mereka. Akibat sahabat yang lain lambat hadir dalam perbincangan tugasan membuatkan kerja kita tertangguh untuk sementara. Akibat adik-adik usrah yang lambat tiba membuatkan silibus disingkatkan untuk hari itu. Semuanya kerana diri kita yang gagal untuk memenuhi “hukum masa”, membuatkan orang lain juga terkena tempiasnya. Sehingga ada dikalangan kita memberi gelaran “janji Melayu” bukan “janji Islam”.
Kuteringat sewaktu di Matrikulasi, tiap pelajar wajib mengikuti kursus kokurikulum selama satu semester dan aku memilih untuk menyertai Kelab Bola Jaring serta dilantik sebagai leader untuk memimpin kelab tersebut. Kami menjalani latihan pada sebelah petang bagi menghadapi perlawanan dengan pasukan dari matrikulasi lain. Hari pertama latihan, ramai anak buahku tiba lambat menyebabkan latihan kami tergendala. Hatiku panas dengan sikap mereka yang membuatkan orang lain menunggu untuk memulakan latihan. Sebelum balik hari itu, aku menegaskan “esok sesiapa yang lambat, saya denda dia berlari 5 pusingan padang nie!”. Aku terus balik ke bilik tanpa mempedulikan “umpatan” anak buahku kerana kata-kataku tadi.
Keesokan harinya, ku lihat anak buahku ramai yang turun awal dari semalam cuma hanya beberapa orang sahaja yang tidak menghiraukan kata-kataku. Dengan muka yang serius, aku mengatakan.“lari 2 pusingan sekarang!”. Anak buahku yang lain hanya memandang sahabatnya didenda olehku. Selepas itu, aku memulakan latihan yang tergendala semalam sehinggalah lewat petang. Sebelum balik, aku meminta anak buahku berkumpul kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.
Dengan menyebut nama Allah s.w.t. aku mengatakan,“saya mohon maaf diatas ketegasan dan hukuman yang saya lakukan sekiranya ada sahabat-sahabat yang berasa tidak selesa dengan sikap saya. Saya pun tidak selesa untuk melakukannya dan bukan untuk menunjuk kuasa atau terasa diri hebat, tetapi kerana amanah yang telah cikgu dan sahabat-sahabat berikan kepada saya.” Aku menyambung lagi,“saya amat pantang sekiranya ada mereka yang tidak menepati masa, membuat orang lain yang datang awal tertunggu-tunggu kerana kelewatan kita. Bagaimana sekiranya kita ditempat mereka yang datang awal? Pasti marah dan geram bukan?. Jadi, selepas ini diharap semua boleh datang awal seperti yang dijanjikan.” Mereka mengangguk sebagai janji untuk datang awal pada esok hari.
Selepas itu, anak buahku datang tepat seperti yang dijanjikan. Sekiranya ada yang lewat, mereka akan memaklumkan terlebih dulu. Alhamdulillah…amanahku terlaksana waktu itu. Mendidik diri ini dan orang lain supaya “menghormati” masa. Ku berdoa moga diri ini sentiasa mematuhi “hukum masa” dalam kehidupan seharian. InsyaAllah….
“amalan guru, mendahului kata-katanya”
(Junaid al-Baghdadi)
Bagiku, masa adalah suatu yang amat bernilai kerna tiap saat yang berlalu tidak akan dikembalikan. Hanya dalam 1 saat, Allah s.w.t. boleh menarik nikmat yang diberikan kepada kita. Hanya 1 saat sahaja kita boleh berada di alam barzah.. Hanya 1 saat sahaja hidup seseorang boleh berubah .Semuanya dalam “1 saat”. Tapi adakah diri ini dan insan yang lain menangisi masa yang berlalu pergi tanpa membuat “pelaburan” untuk dunia dan akhirat??? Hanya diri yang mampu menjawabnya….
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan megerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(surah al-Asr ayat 1-3)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(“,)
Terkadang manusia ni tidak dapat diubah dgn undang-undang dan peraturan semata2, sebaliknya dgn cara mendekatinya juga merupakan salah satu pendekatan untuk mengubahnya...
BalasPadamto Muhammad Redhuwan Zakaria
BalasPadambenar apa yg diberitahu oleh akhi terutama bila b'hadapan dgn mereka yang jiwa kosong dan hatinya memberontak.
namun, pendekatan yang kita gunakan bergantung pada kebijaksanaan naluri seseorang dalam mempengaruhi orang disekelilingnya utk bekerjasama dgn kita..(",)
Wahai saudari sesungguhnya amat sukar untuk mencontohi Nabi yang amat penyabar semasa zaman dakwahnya. Saya sendiri pernah merasai situasi seperti saudari. Apa pun yang penting adalah secara hikmah. Semoga bersabar hendaknya.
BalasPadam