Alhamdulillah, syukur kepada ilahi ku sampai jua ke kampung halaman selepas satu minggu berjuang menyiapkan kerja-kerjaku sebelum pulang bertemu keluarga tercinta…Alhamdulillah.
“senyumlah dikala gembira kerana itulah sebaik-baik utusan menggambarkan ketenangan di hati & senyumlah dikala berduka kerana itulah menggambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah s.w.t. demi Redha-NYA…”
Hati ku berasa teramat tenang tika kaki melangkah turun dari bas pagi tadi. Suatu perasaan yang sukar di gambarkan oleh kata-kata saat bertentang mata dengan umi dan abahku yang datang mengambilku. Bermacam perasaan menyelubungi hatiku. Mana tidaknya, sebelum balik ku mesti menghadapi kuiz, assignment dan dua projek yang mesti ku lunaskan. Bukanku sengaja tangguhkan semua itu sehingga terpaksa menghadapinya dalam masa seminggu sahaja, tetapi keadaan kesihatanku yang tidak mengizinkan menyebabkan aku terpaksa menghentikan semua kerja sehingga kesihatanku pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah, Allah s.w.t. memberikanku kekuatan untuk ku hadapi semua itu kerna ku percaya dengan firman Allah s.wt. yang bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
-Surah al-Baqarah ayat 286-
Benar, melainkan sesuai dengan kemampuanku. Allah s.w.t. mengujiku tika mental dan fizikal ku berada di tahap yang cukup kuat untuk ku hadapinya. Ku juga mohon maaf kerana tidak punya waktu untuk meneruskan artikel yang seterusnya seperti yang ku khabarkan pada catatan yang lalu. Syukran kerna masih sudi menziarahi blog ini. Namu Ku ingin menebusnya dengan berkongsi sesuatu yang menarik sepanjang satu minggu pengembaraanku itu di bumi Allah s.w.t. ini.
Kisah pertama
“SAMPAIKANLAH WALAUPUN SEPOTONG AYAT”. Itulah kata-kataku kepada sahabatku diakhir meting yang kedua untuk projek pertamaku di DPP bila melihat dia teragak-agak untuk memberi tazkirah kerana ku berpesan pada semua AJK, sesiapa yang datang meting lambat akan di denda untuk memberi tazkirah. Jadi ayat itulah yang ku guna untuk menguatkan semangatnya untuk tetap melangsaikan denda tersebut. Alhamdulillah, dia berjaya melakukannya. Sehingga ada sahabat mengusiknya “lepas nie dah boleh bagi tazkirah la..”. Ayat Itu jugalah tarbiyah yang ingin ku bawa n yang ku pegang tiap kali melaksanakan sesuatu tidak kira dalam bersahabat, perjuangan, pelajaran mahupun tika berada di hadapan orang ramai. insyaALLAH..
Kisah Kedua
“perjuangan yang punya halangan barulah di namakan perjuangan yang sebenar”. Itulah kata-kata seorang ustaz yang ku hormati tika aku dan seorang sahabat lagi berjumpa dengannya untuk bertanya pendapat dan meminta pertolongannya bagi menjayakan program yang akan berjalan selepas raya nanti. Berbagai kesulitan yang kami hadapi bagi melaksanakan program tersebut sehingga tertangguh dari tarikh yang asal iaitu pada awal semester, tetapi hanya dapat dilaksanakan pada akhir semester. Alhamdulillah, Allah s.w.t. memudahkan kerja kami pabila ustaz tersebut sudi membantu kami..
Kisah ketiga
Pada siang hari sebelum ku bertolak pulang ke kampung halaman pada malamnya, itulah merupakan saat genting bagiku bilamana senarai nama perserta dan poster program mesti disiapkan juga pada hari itu, juga tarikh akhir assignment yang mesti ku hantar. Kesabaranku sedikit teruji waktu itu yang menyebabkanku hampir mengalah bilamana poster tetap tidak dapat disiapkan pada waktu tersebut. Ku mengambil sedikit masa untuk memulihkan kembali semangat yang seakan pudar bagi menyiapkan assignment pula. Aku mendapat pertolongan dari sahabat seperjuanganku bilamana dia sudi meminjamkan motornya untuk ku guna bagi menghantar assignment ke bilik pensyarah.
Pada mulanya motor tersebut susah untuk dihidupkan, sudah banyak kali kami mencuba tetapi tetap tidak dapat dihidupkan. Betul-betul mengujiku, aku memberitahunya yang aku mahu membinding kertas assigment sambil menunggu dia menghidupkan motornya. Dalam perjalanan ke tempat sahabatku tadi selepas membinding assigment, aku mesej kepadanya. “motor dah boleh hidup ke?”. Sahabatku membalas, “dah, tadi tak baca basmallah. Tu sebab tak hidup”. Hatiku lega bila membaca mesej tersebut. Sebelum memecut motornya ke bilik pensyarah, ku sempat berkata kepadanya, “kalu motor tu tak hidup lagi, ana panggil gi sana nanti”. Dia tersenyum.
Ayat terakhir yang ku beritahunya tadi betul-betul berlaku, bilamana motor tersebut tidak dapat dihidupkan bila aku matikan sekejap motor tersebut untuk berjalan kaki ke bilik pensyarah. Ingin saja aku menghubunginya dan meminta dia ke tempatku untuk menghidupkan kembali motor tersebut. Tetapi tak tergamak pula kerna terlalu jauh. Aku berhenti mencuba dan bertenang untuk seketika. Dengan menyebut nama Allah s.w.t. dan yakin bahawa Allah s.w.t. akan memudahkanku, aku mencuba lagi dan untuk entah ke berapa kali motor itu berjaya ku hidupkan. Alhamdulillah….(“,)
Ku ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi kepadanya. Dia tersenyum sambil berkata,“sebenarnya hidup dalam kesusahan dan kesulitan betul-betul membuatkan kita kuat dan berusaha untuk teguh berdiri walau apa pun yang berlaku berbanding hidup dalam kesenangan dan kemewahan tanpa kesulitan. Inilah yang ana alami sekarang”. Aku membalas dengan berkata,“itulah hidup ana, dari kecik hingga sekarang” dan tersenyum sendirian sambil hatiku berkata “nampaknya dia sudah semakin mengerti erti kehidupan”
JOmmm!!
BalasPadamOrang senang pun mengalami susah jugak. Maka, marilah kita sama-sama menolong orang senang, dan juga orang susah..
Allah pun dah kata syarat nak masuk syurga kena saling berkasih sayang dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Marilah kita sama-sama berkasih sayang; sayang pemimpin,sayang keluarga, kawan2..diri sendiri..Tapi cara berkasih sayang itu mungkin variasi mengikut keserasian individu..orang Mat Saleh takkan sama bangat dengan orang melayu..heheh...
perkongsian pengembaraan yang menarik; semoga insyaAllah tercapai ke destinasi abadi yang indah itu..ameen...
salaam
salam...to ninisempoi..
BalasPadamsyukran atas perkongsian yang menarik...(",)
insyaALLAh...sama2 kita berkasih sayang mencari redhaNYA...
Kisah yang menarik....
BalasPadamSebenarnya puasa yang dilalui memberikan kekuatan sebenar kepada seorang hamba. Banyak kemenangan telah disuratkan di dalam lembaran sejarah.
Moga-moga anda menjadi pemimpin muslimah sejati...