Sabtu, 30 Oktober 2010

Melihat air mengalir…(“,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah, syukur ku panjatkan ke hadrat Mu atas nikmat Iman & Islam ini, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…sebelum pulang ke kampung halaman malam ini, kenangan indah terpahat lagi dalam memori perjalanan ku sebagai hamba Allah s.w.t… Hajat ku kesampaian jua untuk ke tempat air terjun, rupanya dekat dengan kampus je…hehe

Kalau bekas President RM baca tulisan ana nie mesti kena khutbah lagi. Huhu.. Sebenarnya ada meting berkaitan isu yang semakin panas hingga ana hampir hilang sabar, tetapi ana membuat pilihan untuk ke sini.

Mahukan suatu kekuatan, mahukan suatu ketenangan untuk diri ini terus melangkah…caranya… melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t… rasa macam tak nak balik je tadi…hehe..

Sempat lagi sahabatku berjenaka, “tak pe, ukhty duduk sini…biar kitaorang je balik…hehe”.
“Tak mau…malam nie nak balik umah…hehe”, kataku..buat ditinggal betul-betul…parah…huhu

Tidak dirancang sebenarnya, sebelum ke kuliah seperti biasa…hati ana teringin sekali untuk ke tempat air terjun…alhamdulillah dua orang sahabat ana nie ikut je..alih-alih, diaorang cakap nak datang lagi minggu depan…hehehe…

Sebaik sahaja sampai, hujan turun renyai-renyai. Kami singgah di kedai makan untuk bungkus makanan dan makan di tepi sungai. Syok kan, tak jeles ke?…hehe

Terasa ketenangan saat melihat air tersebut. Lama ana merenung air yang mengalir, mengimbau kembali segala yang telah ku lalui sepanjang bergelar pejuang. Berbagai persoalan menerjah di fikiran, namun tiada jawapan.

Khamis, 28 Oktober 2010

Hebatnya “Kuasa” DOA


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam ini, matikanlah aku dalam agama Mu ini…ameen. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Imam seluruh Umat Islam yang teramat diri ini rindui untuk bertemu dengan mu, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…masih cuba untuk menulis walaupun badan masih tidak berapa sihat. Moga Allah s.w.t. redha dengan kesabaran ku atas “tarbiyahNYA” ini…ameen…(^_^).

Jumaat yang lalu, ana “dating” dengan seorang kakak senior. Perasaan rindu untuk bertemu dengannya sudah tidak mampu dipendam lagi. Inilah manisnya ukhuwah kerana Allah s.w.t….hati sentiasa bertaut dan rindu untuk bertemu…subhanallah..

Lantas tangan menaip mesej dan menghantar pesanan kepada sahabat untuk meminjam motornya untuk ke sana kerna kolej ana dan kakak senior amat jauh. Alhamdulillah Allah s.w.t. permudahkan walaupun ada sedikit kesulitan (DIA nak test je tu…hehehe).

Ana mengenali kakak senior ana nie sewaktu sama-sama berjuang dalam pimpinan bekas Rakan Masjid Sultan Badlishah yang lalu. Sebaik tamat 1 tahun, beliau mengundurkan diri atas komitmen lain dan ana masih setia dengan Rakan Masjid. Beliaulah antara yang selalu mendoakan ana supaya terus melangkah hatta berjuta halangan dihadapan.

Kami makan berdua dan masing-masing berkongsi cerita masing-masing. Ada yang jelous tengok kami berdua…hehehe… kami memang rapat, kakak ana sorang nie juga yang banyak tahu kisah dan perjalanan hidup ana. Lagi pun dia seorang sahaja perempuan dalam keluarga, ana nie dah macam adik perempuannya.

Sedang bercerita, keluarlah kisahnya yang agak tertekan baru-baru nie. Sebaik sahaja beliau menelefon dan mendengar suara ibunya, terus hati terasa tenang. Apatah lagi mendengar pesanan ibunya iaitu berdoalah.

Alhamdulillah…beliau mengizinkan ana untuk berkongsi cerita tersebut untuk dimuatkan dalam “diari” kesayangan ana nie… Jom sahabat kita “mengembara”…(^_^)…. Selamat membaca….

Selasa, 26 Oktober 2010

IFF: Menghina Islam Atas Nama Islam


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus perhambakan diri kepada Mu, syukran atas nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau berikan. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui di kala ini, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Di kala ini ana menulis dalam keadaan yang amat lemah. Sebaik dapat bangun dari katil dan terasa gagah untuk meneruskan kerja yang ditangguhkan, ana lakukan sedayanya.  Tekak masih terasa perit juga suhu badan yang asyik turun naik dengan darjah kepanasan.

Dua hari lepas, ana hampir pitam kerna badan sudah teramat lemah. Akhirnya ana mengalah, segala kerja diabaikan… Hajatnya mahu tunggu untuk solat isya’ namun badan tidak mampu bertahan. Terus makan ubat, minum teh herba dan letak cool fever di dahi untuk hilangkan kebah. Nikmatnya dapat baring diatas katil.

Mulut tidak berhenti menyebut nama Allah s.w.t…lantas berdoa, “Ya Allah…sembuhkanlah…aku tak nak masuk wad lagi, tak mahu abah datang ambil aku lagi seperti sebelumnya…kesian abah Ya Allah, jauh nie…”. akhirnya ana terlena dalam lenangan air mata.

Ana terjaga sekitar pukul 4 pagi, teringat amanah ku sebagai hamba belum terlaksana. Lantas cuba bangun, digagahkan juga kaki untuk melangkah ke bilik air bagi mengambil wuduk. Alhamdulillah, masih mampu berdiri untuk solat isya’. Sebaik selesai solat, hati terdetik.. “baik solat sunat taubat, manalah tahu sakit nie berkurang”. Sayangnya, sudah tidak mampu berdiri. Gagahkan juga solat secara duduk.

Alhamdulillah…selepas solat subuh, ana terasa kuat hingga boleh pergi bilik air basuh baju…(^_^)…teringat, mungkin ada dosa yang telah aku lakukan tanpa disedari. Lebam dibawah mata juga semakin menghilang, mungkin kerna dapat rehat secukupnya. Sudah lama tidak berehat seperti itu…

Selepas itu teruskan kajian tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu Islamic Fashion Festivel (IFF), ana melihat dan memerhati dari jauh. Dari satu artikel ke satu artikel lain ana baca, mahu mengulas tentangnya. Dunia Fesyen semakin menjadi-jadi hingga sudah melampaui batas.

Isnin, 25 Oktober 2010

Syukran Jazilan…(^_^)


Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu, hanya kepada Engkau aku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…ana mencuri masa seketika untuk menulis kerna saat ini masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Badan pula tidak berapa sihat untuk bergerak laju seperti biasa…(^_^)…

Maaf sahabat-sahabat kerna tidak punya kesempatan untuk membalas komen pada artikel yang lalu juga komen di shout box. Ana terharu membaca komen-komen kalian, ternyata…ana tidak sendirian…ana punya sahabat yang tidak putus-putus mendoakan moga segala urusan ana dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t. berjalan dengan lancar.

Syukran jazilan….hanya itu mampu ana ucapkan atas sokongan kalian. Dan ana coretkan artikel ini buat kalian yang menyokong dan mendoakan ana dan sahabat-sahabat disini…(^_^)

Ana menulis di dinding facebook semalam, “usah memperlekehkan kuasa doa kerna ia punya kehebatan yang tidak terfikir oleh akal”.

Benar…kuasa doa amat hebat, tambahan pula disaat doa itu dialunkan oleh mereka yang benar-benar mengharap pada Allah s.w.t….jadi, ana mohon kepada sahabat-sahabat semua…doakanlah moga impian ana dan sahabat-sahabat untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t. disini berjaya…insyaAllah…

Khamis, 21 Oktober 2010

Menjadi Sejarah…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat Imam umat Islam yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…akhirnya ana menulis jua tentangnnya. Hampir 2 minggu lamanya ana pendam hasrat hati untuk menulis tentangnya. Hati jadi sebak bila teringat kembali apa yang telah tertulis dalam takdir hidupku. Ianya seakan-akan mimpi, namun ia tetap adalah hakikat yang perlu ana terima.

Hampir 2 tahun lebih ana bersamanya. Bergerak kerja bersama sahabat seperjuangan, pimpinan bertukar tangan namun ana tetap setia dengannya hatta cuba ditarik oleh orang lain. Aaahhh…hati sebak kembali…(T__T)

Sebak bila memikirkan senior yang lalu bertungkus lumus dan berpenat lelah cuba untuk bergerak disaat kali pertama ditubuhkan. Namun mudah sekali dibubarkan dengan sekelip mata. Terasa bersalah terbit dihati kerna tidak mampu untuk pertahankannya seperti mana yang telah diwasiatkan kepada pimpinan baru.

Saat menerima berita tentang pembubarannya, ana tenang kerna tidak tahu kisah yang sebenarnya. Bila diceritakan dari awal oleh President, malamnya ana menangis. Tidak tertanggung oleh hati, berat sekali untuk menerimanya. Seolah-olah “dikianati” oleh saudara sendiri. Ana bangun malam memohon kepada Allah s.w.t. supaya ditunaikan satu benda sahaja dikala itu…iaitu diberi ketenangan.

Telefon yang berdering tidak diangkat dan mesej yang diterima tidak berbalas. Hati itu “sakit” sekali saat itu…….benar…. “sakit” yang amat…ibarat dihiris, dicincang dan dibakar. Pedihnya rasa tidak tertanggung.

Tapi kini……..ana sudah mampu tersenyum semula….(^_^)…malah rasa bersyukur diuji sehebat ini. Inilah kali pertama ana laluinya sejak 5 tahun berada pada jalan ini.

Jumaat, 15 Oktober 2010

“Bicara Hati”


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk terus menulis. Malam semalam, doa ana dimakbulkan oleh Allah s.w.t… tak mampu diucapkan oleh kata-kata, doa yang ku pinta awal tahun yang lalu menjadi kenyataan…Alhamdulillah…

Beberapa hari yang lepas, ada seorang sahabat seperjuangan ana memberikan mesej menyatakan ada program anjuran Kelab PERKIM UUM dengan kerjasama Sahabat Masjid Imam as-Syafie iaitu bicara hati yang akan disampaikan oleh penulis buku Travelog Haji dan Travelog Da’wah.

Ana kenal penulis buku ini hanya melalui tulisannya sahaja tetapi tidak pernah berjumpa dengannya. Sebaik sahaja khatam membaca buku hasil karyanya, ana berdoa untuk bertemu dengan penulis buku ini suatu hari nanti. Buku yang ditulisnya berjaya menyentuh jiwa ini. Dan ana memberikan sahabat-sahabat ana yang lain untuk membaca buku tersebut terutama buat mereka yang mahu berubah ke arah lebih baik.

Sejujurnya ana bagitahu, penulisan dalam “diari” kesayangan ana ini juga banyak dipengaruhi dari caranya menulis. Ana cuba untuk jadikan setiap artikel yang dicoretkan cukup sempoi, santai dan mudah dihadam oleh pembaca yang membacanya tetapi punya pengajaran dan maksud yang mendalam.

Ana masih ingat lagi, ana membeli buku ini saat sedang berjuang dengan exam finale pada semester yang lepas. Sahabat-sahabat ana semua tahu yang ana ini memang “gilakan” buku, suka membaca. Pada mulanya ana hanya mahu minda ini tidak terlalu tertekan dengan exam yang sedang dihadapi, tetapi sebaik sahaja muka surat pertama habis dibaca, ana terus baca dan terus membaca. 

Keinginan untuk tahu apa yang berlaku pada bab yang seterusnya membuatkan ana berjaya mengkhatamkan buku tersebut dalam masa yang singkat walaupun disaat yang genting. Akhirnya ana duduk disatu sudut dalam surau, muhasabah sendiri. Di kala itulah ana berdoa untuk dipertemukan dengan insan ini suatu masa nanti walaupun ana tidak tahu bila hari itu akan tiba.

Rabu, 13 Oktober 2010

Sukan Sunnah: Memanah


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…jari jemari ana menari-nari laju di atas keyboard laptop kesayangan ana. Manakala akal pula mencurah idea untuk pengisian kali ini supaya ianya sentiasa mudah dan sempoi untuk dihadam oleh pembaca yang membacanya…insyaAllah..

Sudah lama coretan tentang sukan sunnah ini mahu ana tulis, namun seperti yang dinyatakan dalam artikel yang lepas. Ada sesuatu yang “menghalang” ana dari menulis tentangnya. Alhamdulillah, akhirnya DIA izinkan jua.

Sejak dibangku sekolah rendah lagi ana memang amat aktif bersukan, mungkin mewarisi bakat dari abah ana yang masih aktif bersukan hingga kini. Apa sahaja sukan yang sesuai dengan ana, akan ana sertai hingga umie ana bagi “amaran”…hehehe.. “lepas habis pertandingan nie, tumpu pada study pula. Jangan gi mana-mana dah..”

Hinggalah kini, seolah-olah ana memang tidak boleh lari dari bersukan. Ibarat sudah sebati dalam diri. Hampir 9 tahun ana aktif bersukan hingga teknik-teknik dan pergerakan pihak lawan dapat ana “baca”. Namun, minat ana mula beralih pada sukan sunnah sejak mengetahui kampus ana ada menyediakan kemudahan untuk berlatih memanah.

Seingat ana la, sewaktu semester satu ana meronda-ronda gerai pameran sempena Hari Organisasi Pelajar yang dibuka untuk pengambilan ahli baru. Ana terpandang peralatan memanah dari jauh, terus keinginan ana membuak untuk mendekati gerai pameran tersebut walaupun yang menjaga kaunter semuanya berbangsa Cina.

Isnin, 11 Oktober 2010

Memandang & Memerhati…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang dirindui sehingga kini, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan ilham ini untuk ku menulis dan berkongsi bersama para pembaca sekalian….alhamdulillah…(“,)

Sebenarnya…ana ingin mencoretkan sesuatu memandangkan sudah hampir seminggu tidak mencoretkan sesuatu disini. Idea, pengisian dan gambar sudah diedit untuk ana meneruskan artikel yang seterusnya.

Tetapi, apa yang berlaku…setiap kali ana ingin menulis, ada sahaja yang “datang” menghalang untuk meneruskan penulisan tersebut. Dan ana pasti, ada sesuatu yang ingin Allah s.w.t. tunjukkan kepada ana melalui “caraNYA” yang tersendiri.

Kerna, ini bukan kali pertama ana mengalaminya dan ana memohon supaya Allah s.w.t. berikan petunjuk dan mempermudahkan segala urusan. Tambahan pula, bulan ini baru satu artikel yang ana tulis sedangkan kita kini hampir berada dipertengahan bulan Oktober.

Akhirnya…ilham itu hadir dalam bentuk yang penuh hikmah dan berlaku didepan mata ana sendiri. Subhanallah….ada sesuatu yang ingin DIA ajarkan kepada ana dan membuatkan ana berfikir serta merenung akan hikmahnya.

Nak tahu apa yang berlaku? Jom….selamat membaca, moga peroleh manfaatnya…insyaAllah…(^_^)

Khamis, 7 Oktober 2010

Kembara Ilmu Ke Insaniah…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah…akhirnya diri ini berkesempatan jua untuk menulis..ana tidak tahu sudah kali ke berapa ana mohon maaf buat para pembaca sekalian atas ketidaksempatan ana mencoret sesuatu dalam “diari” kesayangan ana. Jika minggu lepas sibuk berjuang menyiapkan segala assignment dan exam. Minggu ini pula ana sibuk menguruskan aktiviti serta program. Hidup sebagai pejuang, beginilah…Alhamdulillah….(^_^)

Teringat kata-kata seorang kakak yang ana kenali dalam facebook, katanya…

“untuk hidup bersama dengan pejuang, perlulah belajar untuk mengenali dan memahami hidup dan dirinya”

Lebih kurang macam tu lah kot ayatnya. Kerna perjalanan seorang pejuang bukanlah mudah kerna, boleh jadi insan yang berada di sisi sang pejuang juga akan terkena “tempias” ujian serta dugaan dari sang pejuang.

Jadi, ana harap pengunjung mahupun pembaca setia blog nie bersabar menunggu coretan pengembaraan ana yang seterusnya ye…(^_^)

Kali ini, ana berpeluang mengembara ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada hujung minggu yang lalu. Mendapat jemputan untuk ke sana bagi menghadiri Seminar Keusahawanan Siswa 2010 selama dua hari berturut-turut. Banyak ilmu baru yang ana perolehi, insyaAllah akan berkongsi bersama pembaca sekalian…