“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah diatas kurniaan nikmat Iman & Islam ini, moga diri ini terus rukuk dan sujud hanya pada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Akhirnya berakhir sudah program motivasi “ Selangkah Ke Menara Gading”. Kepenatan masih terasa, bukan pada fizikal tapi pada mental. Mungkin terlalu banyak mencurah dan memerah otak untuk berfikir..apa pun, ana temui kepuasan.. Alhamdulillah….(“,)
Hari ini, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pula yang mengikuti program motivasi ini. Ana diberi peluang dan kepercayaan oleh kaunselor sekolah bagi menggantikan kakak ana untuk memberikan ceramah yang sepatutnya dia kendalikan.
Disebabkan kakak ana perlu membuat medical check up untuk menyambung pengajian master dalam bidang yang sama, ana diminta untuk menggantikan kakak ana. Tertanya juga, boleh siap ke bahan yang akan ditayangkan keesokan harinya sedangkan ana tidak membuat apa-apa persediaan pun. Bagi ana, tiada yang mustahil jika kita yakin boleh melakukannya.
Berdebar pun ada. Mana tidaknya, sudah lama berehat dari memberi motivasi dan lebih banyak membuat kajian daripada cara orang lain memberi motivasi. Bukan mudah untuk memberi motivasi kepada orang lain kerana si pemberi perlu terlebih dahulu bermotivasi.
Namun, ana jadikan itu satu medan untuk mengetahui ana sudah berada di tahap yang mana. Selepas menyiapkan artikel yang lepas semalam, barulah ana menyediakan bahan untuk ceramah pada hari ini. Sebelum mulakan, ana kaji maklumat yang diterima dari kaunselor dan sahabat-sahabat fasilitator tentang audiens.
Siapa mereka, apa yang mereka perlukan, bagaimana sikap diri mereka, dan seangkatan dengannya supaya kita sebagai penceramah tidak syok sendiri seolah-olah kita tahu apa yang mereka perlukan. Kita perlu berfikir seperti mereka, letak diri kita di tempat mereka dan bukannya letak diri kita sebagai penceramah atau fasilitator.