Ahad, 20 Jun 2010

South Africa VS Gaza


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus beribadat kepadaNYA. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat  dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, ana sampai di kampus awal pagi semalam. Syukur Ya Allah kerana selamat sampai ke destinasi  dan diri ini redha dengan apa yang berlaku, mungkin ada hikmahnya…Ana datang lebih awal ke kampus kerana ada beberapa urusan yang wajib diselesaikan dengan segera.
Aku mohon kepada Mu Yang Maha Esa, permudahkanlah segala urusan pejuang Mu ini dan ikhlaskanlah hati ini dalam melaksanakan gerak kerja Islam…wahai pembaca sekalian, ameen kanlah doakan ini.

XXXXXXXXXXXXXXX
Ana berminat untuk berkongsi sedikit perasaan terkilan di hati ini. Beberapa hari yang lepas, ana ke pasar untuk membeli beberapa barang keperluan yang ingin dibawa ke kampus. Sedang sibuk mencari gerai yang menjual barang yang ana mahukan, ana terdengar perbualan seorang anak dengan ibunya.
“ibu…saya nak baju bola pasukan Itali, yang itu ibu”. sambil tangan budak tersebut menuding ke arah baju pasukan bola yang diminatinya.
“erm…akak, tolong ambilkan baju yang anak saya mahukan nie ya..” kata ibunya kepada penjual tersebut.
Ana pun menggelengkan kepala. Sebak dihati rasanya, terus hilang mood untuk mencari barang yang diperlukan tadi. Lantas ana turun ke tingkat bawah mencari barang yang dipesan oleh sahabat.
Sahabat pembaca sekalian ingin tahu kenapa rasa terkilan terbit di hati ana? kerana masyarakat seolah-olah sudah lupa apa yang berlaku kepada sukarelawan yang menghantar bantuan ke Gaza tempoh hari. Seolah-olah lupa tindakan tidak siuman yang telah dilakukan oleh tentera Israel.
Hal ini berlaku gara-gara “demam” bola sepak yang semakin hebat ditayangkan di kaca televisyen. Ibarat isu ini ada musimnya. Ketika rakyat Palestin dan negara yang seangkatan dengannya diserang oleh tentera zionis laknatullah, bertalu-talu bantuan diterima dari masyarakat dunia.
Malah, demonstrasi juga dilakukan oleh hampir segenap negara di pelusuk dunia termasuk Malaysia yang tidak bersetuju dengan kekejaman tentera zionis laknatullah. Tetapi pada masa ini, ana lihat. Tumpuan masyarakat dunia mula beralih pada bola sepak dan bukan lagi isu kemanusiaan di Gaza yang tidak tahu dimana titik noktahnya.
XXXXXXXXXXXXXXX
Seperti juga kempen memboikot barangan keluaran Yahudi. Di peringkat permulaan, kempen ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat Dunia. Tidak kurang juga ada yang tidak menghiraukannya. Mana tidaknya, sudah terbiasa membeli dan makan barangan keluaran Yahudi tersebut.
Tetapi cuba bayangkan, barangan keluaran Yahudi yang kita pakai dan guna itu digambarkan dengan daging saudara seIslam kita dan setiap sen yang kita guna dibayar dengan setitik darah saudara seIslam kita. Sanggup kita melakukan itu semua???
 Setiap Muslim itu walaupun berlainan bangsa, warna kulit juga keturunan, kita tetap bersaudara. Itulah indahnya Islam. Ana teringat ketika singgah di perhentian rehat sewaktu pulang dari suatu tempat. Kebetulan ada KFC di perhentian tersebut, ramai sahabat-sahabat ana membeli makanan di KFC kerana tidak mahu menjamah makanan yang dijual di perhentian rehat tersebut.
Ada seorang adik junior mempelawa ana makan tetapi ana menolak dengan mengatakan ,“maaflah dik, akak boikot”. Dia pun terkejut, tetapi tetap habiskan kerana tidak mahu membazir.
Walaupun saat itu ana sedang lapar dan makanan yang dibeli di KFC sudah tentu mengoda Iman ana untuk menerima pelawaan tersebut. Tetapi bila memikirkan kekejaman yang telah tentera zionis laknatullah lakukan, terus ana tolak. Dan Alhamdulillah, ada adik-adik junior turut menyambut untuk turut memboikot.
Biarlah ada insan yang tidak mahu turut serta memboikotnya asalkan diri kita masih setia untuk terus melakukan usaha murni ini walaupun diejek oleh orang lain.
Fikirkanlah wahai ummah…

 
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus