Selasa, 29 Jun 2010

KEKUATAN DISEBALIK KEPAYAHAN


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah diatas kurniaan nikmat Iman & Islam ini, moga diri ini terus rukuk dan sujud hanya pada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa hati ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Akhirnya berakhir sudah program motivasi “ Selangkah Ke Menara Gading”. Kepenatan masih terasa, bukan pada fizikal tapi pada mental. Mungkin terlalu banyak mencurah dan memerah otak untuk berfikir..apa pun, ana temui kepuasan.. Alhamdulillah….(“,)
Hari ini, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pula yang mengikuti program motivasi ini. Ana diberi peluang dan kepercayaan oleh kaunselor sekolah bagi menggantikan kakak ana untuk memberikan ceramah yang sepatutnya dia kendalikan.
Disebabkan kakak ana perlu membuat medical check up untuk menyambung pengajian master dalam bidang yang sama, ana diminta untuk menggantikan kakak ana. Tertanya juga, boleh siap ke bahan yang akan ditayangkan keesokan harinya sedangkan ana tidak membuat apa-apa persediaan pun. Bagi ana, tiada yang mustahil jika kita yakin boleh melakukannya.
Berdebar pun ada. Mana tidaknya, sudah lama berehat dari memberi motivasi dan lebih banyak membuat kajian daripada cara orang lain memberi motivasi. Bukan mudah untuk memberi motivasi kepada orang lain kerana si pemberi perlu terlebih dahulu bermotivasi.
Namun, ana jadikan itu satu medan untuk mengetahui ana sudah berada di tahap yang mana. Selepas menyiapkan artikel yang lepas semalam, barulah ana menyediakan bahan untuk ceramah pada hari ini. Sebelum mulakan, ana kaji maklumat yang diterima dari kaunselor dan sahabat-sahabat fasilitator tentang audiens.
Siapa mereka, apa yang mereka perlukan, bagaimana sikap diri mereka, dan seangkatan dengannya supaya kita sebagai penceramah tidak syok sendiri seolah-olah kita tahu apa yang mereka perlukan. Kita perlu berfikir seperti mereka, letak diri kita di tempat mereka dan bukannya letak diri kita sebagai penceramah atau fasilitator.

XXXXXXXXXXXXXX
Ana juga mohon bantuan kepada Yang Maha Esa moga dipermudahkan, ana sudah berusaha. Selebihnya terpulang kepada DIA untuk memberi keizinan, ana bertawakal dan berserah kepadaNya. Ana hanya mampu mengetuk pintu hati adik-adik, yang memasukkan hidayah, kefahaman dan keyakinan hanyalah Allah s.w.t.
Juga berdoa moga tidak ada secebis kuman pun rasa riak dan hebat dalam diri ana. itulah yang paling penting bagi ana kerana….
“mulanya kejatuhan bagi seseorang insan bilamana dirinya mula terasa hebat”
Dengan menyebut namaNya, sumber ketenangan dan kekuatan ana. Ana mulakan ceramah. Ana uji pemikiran mereka, uji kekreatifiti mereka, juga menambahkan energy untuk terus melangkah selepas mengalami zaman “kejatuhan”. Seolah-olah ana kembali semula ke alam persekolahan, best!
Selepas habis ceramah, Alhamdulillah… Amanah ana dengan kaunselor sudah terlaksana. Kitaorang pergi makan selepas berta’ruf antara semua fasilitator dan pelajar. Seperti semalam, ana angkat mangkuk dan makan bersama dengan adik-adik. Kami berbual, berkongsi kisah perjalanan hidup masing-masing.
Kemudian, para pelajar dibahagikan kumpulan untuk membuat aktiviti LDK bersama fasilitator. Ketika kumpulan untuk ana kendalikan dipanggil, adik-adik kumpulan ana tepuk tangan dan ketawa seolah-olah mahu ana menjadi fasi mereka. Ana ketawa, lucu dengan keletah diorang. Lepas tu, ana tanya kenapa tepuk tangan dan ketawa tadi. Diorang tunduk malu….tapi ana dapat baca kenapa…(“,)
Ini adalah cebisan kisah perjalanan hidup adik-adik yang sudi berkongsi kisah dengan ana…renung-renungkan wahai pembaca sekalian…
XXXXXXXXXXXXXX
Dulu, dia merupakan pelajar aliran sains. Aliran yang dipandang tinggi oleh kebanyakan pelajar dan para guru. Betapa bangga dirinya dulu kerana mampu berada di dalam kelas tersebut.
Namun, semuanya berubah bilamana dirinya tidak mendapat tawaran ke mana-mana IPTA ataupun matrikulasi. Dirinya diejek, diperlekeh, dan dihina oleh sahabat-sahabatnya yang lain. Dan disitulah baru dia sedar.
Dia mengalami zaman “kejatuhan”, suatu saat dia berada di atas dan tanpa dipinta, Allah s.w.t. meletakkan dia dibawah. Akhirnya dia tidak ada keyakinan diri untuk bangkit semula. Kadang-kadang bersemangat dan sebaliknya.
Sewaktu ana memandang wajahnya, seolah-olah dia menanggung beban yang berat. Mungkin kerana sudah mengecewakan harapan ibubapanya, ataupun mungkin masih cuba untuk berdepan dengan kepayahan untuk bangkit semula. Kerana dia tidak memilih untuk berada di kedudukan sekarang.
XXXXXXX
Seterusnya, seorang pelajar menceritakan kisah hidupnya. Dia bagitahu, sejak dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, dia merasakan dia disisihkan oleh cikgu. Cikgu lebih menitik beratkan pelajar yang berada di kelas teratas dan menyisihkan pelajar yang berada di kelas yang kebelakang.
Ditambah dengan hujahnya lagi, sewaktu PMR pihak sekolah membawa pelajar-pelajar dari kelas teratas ke Resort untuk mengikuti kem kecermerlangan pelajar tetapi pelajar di kelas kebelakang hanya dibuat di asrama sekolah sedangkan bayaran yang dikenakan adalah sama. Disitu dia merasakan tidak adil.
Sejak dari itu dia berdendam dengan pelajar-pelajar pintar. Dendam yang kearah positif, dia tidak peduli apa yang pihak pentadbir akan buat. Yang penting dirinya yang mahu membuktikan bahawa pelajar sepertinya juga mampu berjaya kelak.
Alhamdulillah..dia mengambil STPM dengan rela hati malah menganggap itu suatu penghargaan buat dirinya dan bukan pengukur kegagalan. Ana respect dengannya, dia bermula dengan kepayahan kerana disebalik itu tersembunyi kekuatan dan keyakinan.
XXXXXXXXXXXXXX
Apa yang ana mahu katakan disini, tiap orang akan melalui jalan yang sukar kerana itu adalah sumber kekuatan. Bagi ana sendiri, orang yang pernah gagal akan punya semangat dan keazaman yang lebih kuat berbanding dengan mereka yang tidak pernah gagal.
Positifkan diri anda, terima segala kepayahan itu sebagai kekuatan. Usah pedulikan apa yang orang sekeliling kita mahu katakan kerana yang menentukan kejayaan kita adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Yakinlah….kita tidak pernah sendirian kerana, kita punya Yang Maha Kuasa…disebalik kepayahan disitulah ada kekuatan….
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus