“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih terus menerus memberi nikmat yang tidak putus-putus walaupun hamba ini sering alpa dan lalai dalam mengingati Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ya Allah…terlalu banyak sekali yang ku pelajari beberapa hari ini. Kesemuanya membuatkan diri ini berfikir tentang kasih dan sayang Mu. Betapa penyayangnya “diri” Mu Ya Allah buat hamba-hamba Mu…
Ana ingin kongsikan satu kisah kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian. Ini adalah kisah benar cuma diubah suai sedikit mengikut kesesuaian. Selamat mengambil hikmah ikhtibar dari kisah ini ye...
XXXXXXXXXXXXX
Ada seorang anak muda bernama Azhar, dahulunya kuat berpegang pada ajaranNya. Solat jemaah tidak pernah ditinggalkan hatta sakit sekali pun. Apatah lagi Al-Quran, bukan sahaja khatam malah turut menghafalnya.
Disebabkan kesempitan hidup, Azhar terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk menyara keluarganya. Kedaifan keluarganya bertambah teruk bilamana ayahnya meninggal dunia dan turut serta meninggalkan hutang yang banyak.
Oleh kerana terlalu terdesak dan kesempitan duit, Azhar terjebak dengan perjudian perlumbaan haram yang pada mulanya hanya disertai untuk memenuhi pelawaan sahabatnya yang sudah beberapa kali ditolaknya. Akhirnya dia menjadi rempit jalanan, dengan hasil kemenangan dalam perjudian perlumbaan haram tersebutlah dia gunakan untuk melangsaikan hutangnya.
Hasil aduan daripada orang ramai yang melaporkan kepada pihak polis tentang kegiatan perlumbaan haram ini. Pihak polis mengadakan serbuan dan sekatan jalan raya di tempat yang dikenal pasti menjadi tempat perlumbaan haram itu dilakukan.
Ketika sedang beraksi di jalanan, kumpulan ini dikejar pihak polis yang cuba membanteras gejala sosial ini. Azhar turut serta dalam perlumbaan pada tengah malam itu dan dia turut menjadi buruan polis.
Kuasa Allah s.w.t…. Azhar terlepas daripada dikesan oleh pihak polis kerana dia menyelinap masuk ke jalan kampung ketika aksi kejar-mengejar dengan pihak polis untuk melepaskan diri daripada ditangkap.
Setelah merasakan dirinya selamat, Azhar mencari tempat untuk bermalam. Dia terpandang sebuah surau yang cerah dengan cahaya lampu. Lalu terdetik dihatinya untuk tumpang tidur sebentar disurau tersebut.
Ketika melangkah masuk ke surau tersebut, dia melihat seorang lelaki yang sudah berusia sedang menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Jam ditangannya menunjukkan pukul 3.30 pagi. Azhar duduk menyandar ditiang surau sambil memejamkan mata, memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.
Kepalanya kusut memikirkan dimana mahu mencari duit sekiranya dia terus menjadi buruan pihak polis. Sedang kepalanya ligat berfikir…
“Nak, pergilah ambil wuduk…barulah rasa segar sikit badan tu”. Kata orang tua tersebut sambil memalingkan badan memandang Azhar.
Entah kenapa, hati Azhar terdetik untuk mengikuti apa yang disarankan oleh orang tua tersebut.
Selepas berwuduk, badannya terasa segar seolah-olah baru lepas mandi. Azhar melangkah masuk semula ke surau tersebut. Dia melihat orang tua tersebut sedang berzikir memuji Allah s.w.t.
Sekali lagi orang tua tersebut berkata kepadanya, “rugi rasanya kan, kalau ambil wuduk tetapi tidak solat sunat. Solatlah nak, manalah tahu hati itu lebih tenang dan kepala anak tidak serabut lagi dengan masalah..”
Azhar menurut sahaja apa yang disarankan oleh orang tersebut. Dia solat sunat wuduk, ketika rukuk dan sujud hatinya terasa damai. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pada sujud yang terakhir, dia menangis. Sudah lama dia tidak menghinakan diri diatas sejadah dihadapan Allah s.w.t.
Selesai memberi salam. Dia bangun pula untuk solat sunat taubat. Kali ini, dia betul-betul khusyuk. Manik-manik jernih mengalir dipipinya, menyesali apa yang telah dilakukan selama ini. Begitu jauh sekali dia hanyut, jauh daripada Allah s.w.t.
Lantas dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya diberi keampunan diatas keghairahannya mencari duit dengan cara yang haram. Dia mula teringat apa yang di pelajari sebelum ini. Kalau dahulu, ayat-ayat cinta Allah s.w.t. tidak pernah lekang dibibirnya. Kini, semua itu hilang kerana dirinya penuh dengan “kegelapan” hasil daripada dosa yang dia lakukan.
Kata-kata nasihat daripada ustaz datang silih berganti, mengingatkan kembali tentang apa yang dipelajari semua ini. Dahulu hidupnya penuh dengan ketenangan walaupun dalam keadaan miskin dan keluarganya bahagia. Kini, walaupun banyak duit yang diperolehinya hasil perjudian perlumbaan haram tersebut. Hatinya tidak pernah tenang, malah selalu bergaduh dengan keluarganya.
Barulah dia sedar, mentari hidupnya yang dahulu bersinar, menyuluh dan menyinari kehidupan sehariannya semakin malap dan akhirnya terus terpadam menyebabkan tiap langkah yang dilakukan menurut langkah syaitan.
Sedang hatinya bermonolog sendirian, dia terdengar orang tua tersebut membaca sebuah hadis. Dari Anas bin Malik ra berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWT berfirman,
”Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, maka Aku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli... Wahai anak Adam, meski dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampuni dan Aku tidak peduli… Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepada-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga…
(Riwayat At-Tarmizi)
XXXXXXXXXXXXX
Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
XXXXXXXXXXXXX
“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"
(Riwayat Al-Tirmizi)
Betapa Maha Pengasihnya Allah s.w.t. kepada hambaNya. Cuba kita renung sejenak, sekiranya kita melupakan sahabat kita yang sudi bersama dengan kita ketika senang dan susah. Dan satu ketika, kita melupakan jasa yang telah sahabat tersebut lakukan dan jauh daripadanya. Agak-agaknya, adakah sahabat kita itu akan begitu mudah menerima kita kembali???
Lihatlah hadis yang disebut oleh orang tua dalam kisah tadi, betapa sayangnya Allah s.w.t. kepada kita yang bergelar hambaNya. Pintu taubatNya sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya sebelum ajal menjemput kita semua. Walaupun sering lalai dan alpa dari mengingatinya, nikmatNya tetap diberikan kepada kita…Subhanallah…
Moga-moga “mentari hidup” kita terus bersinar hingga ke akhir hayat kita denga berlandaskan Al-Quran dan Sunnah…ameen..