“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus melangkah di bumi Mu untuk terus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dan inspirasi jiwaku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana berjaya peroleh “guru” kehidupan lagi (pengalaman). Hari ini ana dijemput oleh kakak ana sendiri untuk menyertai program motivasi “Menuju Ke Menara Gading” sebagai fasilitator bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Sewaktu dijemput ana berada di kampus untuk menyiapkan urusan yang wajib disegerakan. Alhamdulillah, salah satu sebab kenapa hati ana tergerak untuk balik semula ke kampung halaman. Satu peluang yang agak sukar untuk ditolak kerna ana perlukan lebih banyak pengalaman untuk mencipta modul sendiri.
Program bermula awal pagi sekitar jam 8 dan berakhir pada waktu tengahari sekitar jam 2. Kakak ana yang berikan ceramah dan seterusnya ada LDK untuk perkongsian ilmu dari fasilitator yang hadir dari berbagai Universiti. Best dapat kembali semula ke sekolah…(^_^)
XXXXXXXXXXX
Apa yang dapat ana katakan, pendekatan tiap orang berbeza. Jika kita nak dekat dengan mad’u, mesti mendampinginya. Tahu cara pemikirannya, apa yang dia suka dan mahu supaya dia rasa selesa berada dengan kita sekaligus percaya dan dapat berkongsi apa sahaja dengan kita tanpa ada rasa ragu-ragu.
Ana teringat pendekatan yang dilakukan oleh sahabat ana sewaktu mengikuti satu program di Sungai Petani, Kedah. Dia makan, tidur, solat dan apa sahaja dengan adik-adik. Kagum dengan pendekatannya sehingga adik-adik hormat padanya tanpa diminta.
Jadi ana cuba pendekatannya, saat fasilitator makan bersama dengan kelompok seangkatan dengan mereka. Ana angkat mangkuk berisi sup dan makan bersama adik-adik, mereka pula segan dengan ana. Cuba bagi diorang selesa dengan ana, barulah mudah untuk berkomunikasi.
Seterusnya, waktu LDK adalah saat yang ana tunggu sebab dapat berkomunikasi dengan adik-adik secara dekat. Sebelum tu, ana selidik latar belakang mereka kerana ikut kajian yang dibuat, persekitaran mempengaruhi cara manusia berfikir, belajar dan sebagainya.
Selalunya, masalah yang pelajar hadapi dan yang juga ana hadapi dulu adalah kurang berkeyakinan. Tidak yakin yang kita akan berjaya. Ana ceritakan pengalaman ana dari berada di Mahaad Muhammadi dan seterusnya macam mana boleh berpindah ke sekolah menengah biasa.
Namun kini, ana bersyukur kerana berpindah sekolah. Di sekolah itulah ana menjalani “praktikal” iman dan da’wah. Bermula saat itu, ana mula menghargai ilmu yang dicurahkan, sebelum nie ustaz dan ustazah “suapkan” ilmu, ana muntahkan semula dan bukannya nak hadam masuk dalam badan.
Ana yakinkan mereka bahawa masih belum terlambat untuk berubah, teringat kata-kata kakak ana sewaktu dia memberi ceramah. Thomas Edison, pencipta lampu di zamannnya. Dia mencuba sebanyak 1000 kali dan baru berjaya, cuba bayangkan sekiranya dia patah semangat dan tidak yakin akan berjaya dikala mencuba 999 kali. Sudah tentu kita masih akan menggunakan pelita dan lampu tanah.
Keyakinan menjadikan kita tidak mudah mengalah
Keyakinan menjadikan kita berani untuk tampil kehadapan
Keyakinan menjadikan kita berjiwa besar
Keyakinan itu kekuatan jiwa…
Ana tersenyum sendirian bila adik-adik kumpulan ana tampil ke hadapan untuk bercakap. Sewaktu duduk berbincang, masing-masing segan dan malu nak bercakap dengan ana. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ana dapat memberikan mereka kekuatan keyakinan untuk tampil dan bercakap dihadapan.
Ana nampak diorang genggam “hadiah” yang ana berikan. Sanggup bersengkang mata membuatnya hingga jam 2 pagi. Mungkin mengumpul kekuatan barangkali. Ana pesan supaya letak di meja study, jadikan inspirasi bila keyakinan itu hilang dan keraguan muncul. Apa pun, moga mereka berjaya di masa kelak..insyaAllah..
Nie lah “hadiah” tu.. bagi sesiapa yang nak, bolehlah ambil ye…(“,)