Selasa, 15 Jun 2010

~Bawa Hatimu kepada Allah s.w.t.~


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih mengurniakan kesempatan kepada hamba ini untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Terasa ingin mencoret sesuatu dalam “diari” perjalanan hidupku ini. Hati ini menahan sebak saat menulisnya, entah mengapa wujud perasaan itu. Mungkin kerana, diri ini tidak dapat sama-sama menanggung rasa “beban” dihati mereka mahupun meringankan sedikit apa yang sedang mereka lalui……………….
Lembaran sirah perjalanan sahabat-sahabat, ku selak satu persatu. Ku melihat, mendengar, dan membaca kisah hidup mereka dalam menggapai redha Allah s.w.t…..cuba untuk menerima segala ketentuan qada’ dan qadar sepenuh hati.
“Ya Allah…tabahkanlah hati mereka, cekalkanlah diri mereka dan kuatkan hati mereka dengan dugaan yang telah Engkau tetapkan, hamba mohon pada Mu…ameen…”

XXXXXXXXXXXXX
Baru sahaja pagi tadi ana mendapat berita dari adik junior, mengatakan adik kesayangannya meninggal dunia pada Ahad lalu. Dia masih cuba menerima hakikat itu, masih cuba membiasakan dirinya untuk meneruskan kehidupan tanpa adik yang rapat dengannya sejak dari kecil.
Namun dia bersyukur kerana sempat menjaga adiknya yang koma selama 5 hari, berada disisi adiknya sepanjang masa sehingga adiknya menghembuskan nafas yang terakhir. Katanya, dia masih terngiang-ngiang lagi adiknya memanggil dan berbual dengannya kerna sebelum adiknya pergi kerja dan koma, arwah berbual mesra dengannya…
Ya Allah…tabahkan hatinya…………….al-fatihah….
XXXXXXXXXXXXX
Sahabat ana juga…menanggung rasa sakit di hati kerna dihina oleh ahli keluarganya, mungkin kerna atas perubahan dirinya untuk mengejar redha Allah s.w.t… Mungkin kita juga akan merasai sepertinya, tidak kisah dihina, dicerca atau dikutuk oleh orang lain. Tetapi pabila ahli keluarga sendiri yang melakukannya, itu sudah sepastinya amat lebih pedih dan sakit.
Dia cuba meluahkan melalui tulisannya, tapi ramai yang tidak mengerti malah menghentam tanpa menunjukkannya jalan penyelesaian terbaik. Perjalanan hidupnya juga penuh dengan onak dan duri sejak kecil. Alhamdulillah, hidayah Allah s.w.t. menjadi miliknya.
Ya Allah…tabahkanlah hatinya…..
XXXXXXXXXXXXX
Banyak lagi kisah, namun tidak mampu untuk ana nukilkan yang seterusnya. Ana hanya mampu berdoa moga mereka terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini.
Kata teman ana, dugaan juga ujian yang Allah s.w.t. berikan kepada hambaNya ini menandakan “sentuhan kasih sayang dan tarbiyah” daripadaNya. Kerana hati-hati sebeginilah yang begitu lunak untuk dilembutkan, juga yang dekat kepada Allah s.w.t….
“Mencari kemanisan dalam kehidupan. Mehnah mendatang terasa terbeban. Bawa hatimu kepada Tuhan. Di sana menanti syurga idaman”
Lantas ana teringat perjalanan hidup kekasih ana yang amat dirindui hingga kini. Dari awal kelahirannya, Baginda diuji dengan kehilangan ayahandanya buat selamanya. Baru sahaja beberapa tahun, ibundanya pula pergi meninggalkannya. Sudah mengerti untuk hidup berdikari diawal usia yang muda.
Menjadi pengembala kambing dan mengikuti bapa saudaranya pergi berdagang. Akhirnya, Baginda dilamar oleh seorang wanita ternama yang juga indah peribadinya. Saat menerima amanah yang berat dari Yang Maha Esa, ramai yang pergi meninggalkannya. Dituduhnya Baginda penipu walhal dirinya dikenali sebagai “al-amin”.Keluarganya diboikot malah saudara seIslamnya hidup menderita dan ada yang Syahid.
Hidupnya sentiasa diuji, kematian isteri tercinta juga bapa saudaranya menyebabkan Baginda turut bersedih dan mengalirkan air mata. Tetapi, kerana ketabahannya, kesabarannya, kecekalan hatinya juga sentiasa redha dengan Allah s.w.t. dari awal kelahiran hingga kewafatannya memberi rahmat kepada seluruh semesta.
Walaupun tidak pernah bersua dengannya, tidak pernah mendengar suaranya, dan tidak pernah menatap wajahnya. Tetapi, insan yang membaca lembaran perjalanan hidupnya sudah pasti mengkaguminya. Dialah kekasih ana selepas Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w..
Rahsia ketabahan juga kecekalan hatinya adalah Baginda membawa hatinya kepada Allah s.w.t…menyerahkan jiwa kepadaNya.
“sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah s.w.t. Tuhan semesta alam.”
Walaupun merupakan kekasih Allah s.w.t., Baginda juga diuji dengan hebat. Tergiang-giang kata seseorang, “makin tinggi iman seseorang, makin kuat dia diuji. Juga, semakin tinggi iman seseorang, semakin tinggi pula pangkat “jeneral” yang akan syaitan hantar untuk menyesatkan manusia”
Tabahkanlah hatimu wahai sahabat. Ianya mungkin mudah untuk ana katakan kerna ana tidak berada ditempat kalian. Tetapi percayalah, hati ini juga dihiris sembilu pabila mengetahui kalian bersedih. Ana doakan moga kalian semakin tenang dan redha dengan semua ini. Berikan diri kalian masa…..wassalam….
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus