Ahad, 27 Jun 2010

Sabarlah ukhty…ujian…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerana hamba yang hina ini masih diberi kesempatan untuk rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekali.
Alhamdulillah, ana selamat pulang ke kampung halaman dua hari lepas. Bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana menggerakkan hatiku untuk pulang semula ke Kelantan. Ikut perancangan awalnya ana akan berada di kampus sehingga semester baru bermula, namun perancanganNya lebih hebat. Subhanallah…
Ana ingin kongsikan pengalaman ana selama berada di kampus hampir satu minggu. Moga-moga ianya memberi manfaat kepada pembaca sekalian, juga menaikkan semangat sahabat-sahabat seperjuangan ana untuk terus tabah dalam menghadapi mehnah dalam menegakkan Islam. ameen..
“Ya Allah…hamba yang hina ini mohon kepada Mu, ikhlaskanlah hati ini untuk menukilkan pengalaman ku tika mengembara di bumi Mu. Moga diri ini terus menerus menjadi hamba Mu yang sebenar”..ameen..

XXXXXXXXXXXXXX
Ana balik ke kampus dengan seorang teman baik ana, kami sampai dalam pukul 7 lebih. Sebaik sahaja sampai, ana call sahabat yang sudi tumpangkan kami berdua di biliknya sebab dia balik ke kampus lebih awal dari kami.Perancangan Allah s.w.t. lebih hebat, tak terjangkau dek akal manusia yang lemah seperti ana.
Sahabat ana terlupa untuk bagitahu yang dia balik ke kampus seminggu lewat dari ana sebab kursus untuk orientasi bagi kemasukan pelajar baru di tunda satu minggu. Ana terima dengan hati redha, bersangka baik denganNya. Mungkin ada hikmahnya.
Jadi, kami berdua tidak punya tempat untuk berteduh dari cahaya matahari dan kedinginan malam. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk duduk di masjid sementara memikirkan jalan penyelesaiannya.
Selepas membersihkan diri, ana cuba hubungi beberapa orang kenalan untuk meminta pertolongan. Namun, tidak dapat dihubungi. Mental dan fizikal ana letih, mana tidaknya. Meredah malam dari Timur ke Utara semata-mata mahu siapkan projek kolej juga beberapa hal lain. Perancangan sudah diatur sebelum bertolak ke kampus, namun perancangan DIA lebih hebat.
Buntu tika itu. Terdetik juga dihati untuk kembali semula ke kampung halaman namun terfikir, “aku sudah sampai ke sini, jadi jangan berundur selagi misi belum selesai”. Dengan tema yang direka oleh diriku dan sahabat ana, “pandai-pandailh nak hidup”, kami tetap berada di kampus hingga misi ana selesai.
Terasa bersalah juga kat sahabat ana yang ikut ana nie. ana mungkin sudah terbiasa di uji sebegini, ini bukan kali pertama. Tak terkira dek jari, tetapi bagi sahabat ana nie. tak tahulah. Katanya lepas balik dari kampus, dia selsema dan rasa nak demam hasil dari “kursus hidup berdikari”…kesian pulak.. itu sebabnya kenapa ana lebih senang sendirian lalui mehnah perjuangan nie, takut sahabat-sahabat ana tak dapat lalui apa yang sudah berkali-kali ana lalui.
Malam tu kami tidur di atas lantai beralaskan tikar dan sejadah, berbantal dan berselimutkan kain. Juga tidur dalam keadaan diganggu dengan gigitan nyamuk dan nyalakan anjing. Perasaan takut menyelubungi diri ana, ana yakin. Kami berdua sahaja berada di masjid kerana lampu bilik air dan beberapa lampu di bahagian muslimat dimatikan suis utamanya kerana menyangka tidak ada orang.
Entah jam berapa baru kami berdua terlena sendiri, sudah tidak hiraukan apa yang bakal berlaku. Semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t. untuk menjaga kami. Jika tidak punya iman & taqwa yang utuh, sudah pasti ana balik rumah malam itu juga. Namun, demi Islam dan niat untuk mengislahkan kampus. Ana redha dan ikhlas dengan apa yang berlaku.
Keesokkan paginya, kami terlena semula selepas subuh kerana masing-masing tak cukup tidur. Selepas bersiap-siap, kami ke pejabat kolej untuk menyiapkan projek yang perlu diselesaikan. Disamping cuba mencari bilik di kolej untuk kami tumpang berteduh namun tidak dapat kerana semua kolej sedang dalam penukaran perabot baru.
Ana tak putus asa, tiap kali sujud kepadaNya tika solat. Ana berdoa kepada Allah s.w.t. supaya diberikan yang terbaik buat hamba yang hina ini. Jika “tarbiyah” yang diberikan ini baik untuk diri ini dan sahabat, ana terima dengan hati yang penuh ikhlas dan redha. Hati kembali tenang menempuh dugaan yang akan dan bakal menjelma di kemudian hari.
Atas pertolongan seorang staf di Pusat Islam, kami menumpang tidur di bilik tetamu. Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kepadaNya. Sekurang-kurangnya kami dapat tidur dengan selesa dan lebih selamat berbanding sebelumnya. Ada staf yang berkata kepada ana selepas ana ceritakan apa yang sedang kami lalui, “sabarlah ukhty, ujian….”, dan ana tersenyum….(“,)
Apa yang ingin ana katakan disini, semuanya atas keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t… kerana itu ana tersenyum bila adik junior hantar mesej seperti yang diceritakan  dalam artikel yang lepas tentang bagaimana untuk melihat dengan “Mata Hati” supaya tiap yang berlaku sentiasa positif dan penuh hikmah. Kerana ana sedang melalui “praktikal” mata hati tersebut…(^_^)
Ini hanyalah secebis kuman yang kami lalui jika nak dibandingkan dengan apa yang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat lalui.
Sungguh…..
Jalan da’wah itu bukan untuk orang yang manja,
Mesti punya iman yang utuh,
Mesti punya pendirian yang teguh,
Mesti punya keyakinan yang jitu….
~Hanya Untuk MU……… YA ALLAH~
"jika kamu bantu agamaKU,maka AKU akan bantu kamu dan AKU akan perteguhkan iman kamu"
(Surah Muhammad ayat 7)
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus