“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas limpahan nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah atas keizinan dan kesempatan untuk hamba ini menulis dan berkongsi sesuatu dengan para pembaca. Semoga ianya sentiasa memberi manfaat. insyaAllah..ameen~
Semalam merupakan turn ana untuk berkongsi sesuatu dengan adik-adik usrah tetapi terlupa untuk membuat persediaan terlebih awal. Balik dalam keletihan sebaik sahaja tamat perjumpaan dan duduk terbaring diatas katil.
Tiba-tiba…
“Allah…! macam mana boleh lupa nie…” lantas tangan mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk bersihkan diri. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum azan maghrib berkumandang.
Setelah itu, ana ke meja study dan memikirkan suatu pengisian buat adik-adik. Hendak menulis dan mencari artikel, sudah tidak sempat. Cuma satu prinsip yang ku pegang hingga ke hari ini. Buat apa pun, tak kira walaupun last minute, ianya mesti yang terbaik dan berkualiti dari hatiku.
Ku tarik nafas, minda cuba dirasionalkan dan hati berdoa moga Allah berikan ilham. Mata terpandang satu buku dalam ‘library mini’ dan alhamdulillah, ini hasilnya…(^^,)
-Berzikir-
Melembutkan hati,
berasa damai setiap hari…
Zikrullah… Inilah ubat mujarab yang paling berkesan buat penduduk bumi. Tiada yang lebih hebat dari ini. Ia juga membuatkan ‘kompas’ hidup kita sentiasa menuju kepada Allah s.w.t…
Hati yang terasa ketenangan…
Jiwa yang terasa kedamaian…
Fikiran yang terasa jernih…
Dari mana semua itu datang?
Ianya datang dari hati, jiwa dan fikiran yang sentiasa ingat Allah…(^^,)
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram…”
(Surah Ar-ra’d, ayat 28)
Kompas hidupku, sudah ditentukan supaya arahnya sentiasa ditujukan kepada redha Allah s.w.t… sekiranya jarum tersebut terpesong sedikit, pastinya imanku sedang merudum. Untuk mengembalikan jarum tersebut kepada yang asal, salah satu solusinya adalah melalui zikrullah.
Pernah tak dalam hidup kita? Kita terpandang seseorang, dan hati kita terus ingat Allah….? dan setiap kali itu juga, hati kita sentiasa mahu tingkatkan amal ibadat kepada Allah s.w.t…? dan setiap kali itu juga kita terasa malu untuk membuat maksiat…?
Jika semua soalan itu jawapannya adalah YA. Maka dekatilah dia kerna ‘kompas’ hidupnya juga terarah kepada mencari redha Allah s.w.t.
“sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu ada suri teladan yang baik. Iaitu bagi orang yang meletakkan harapan (matlamat) hidupnya hanya kepada Allah, meletakkan harapan (ganjaran kerjanya) pada Akhirat, dan secara konsisten berkekalan mengingati Allah sebanyak-banyaknya…”
(Surah Al-Ahzab, ayat 21)
“ Ya Allah….ku tahu, ku tidak layak untuk duduk sebaris dengan Rasulullah s.a.w. ketika di akhirat nanti. Tapi ku mohon, berilah ku peluang untuk menatapi wajah dan mendengar suara Rasulullah s.a.w. walaupun dari jauh…ameen…”
wallahua’lam…