“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Segala puji hanya untuk Mu, Cinta pertamaku, Pemilik segala isi dunia dan akhirat, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Imam seluruh umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, sujud syukurku buat Mu atas nikmat Iman, Islam & Ihsan ini. Juga atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Maafkan ana kepada para pembaca yang mungkin tertunggu artikel terbaru, moga coretan kali ini memberi manfaat buat yang membacanya. ameen~
Tadi, ketika sedang menyiapkan niqob yang ditempah, hati tiba-tiba jadi sebak tatkala mendengar bait-bait lirik lagu ini.
Kau begitu sempurna
Dimataku Kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujiMu
Dimataku Kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujiMu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan diriMu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMu
Kukan slalu memikirkan diriMu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintaMu
Janganlah Kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamaMu ku akan bisa
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, Kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Lagu ini cukup famous dan seringkali diputarkan distesen-stesen radio. Jika ada yang tujukan lagu ini buat kekasih hati yang tidak halal buatnya, yang merasakan kekasihnya itu mampu sempurnakan hidup dan dirinya. Nasihatku, berubahlah dan carilah cinta yang lebih sempurna.
Hati termuhasabah sendiri tatkala bait-bait lirik ini dialunkan, “benar…tak mampu untuk aku bayangkan hidup ini tanpa cinta dan redha dari Mu, wahai Tuhan sekelian alam…” .
Lalu ku putarkan memori dan perjalanan tiap langkah pengembaraan ku dibumiNya. Seringkali ku dihujani dengan pelbagai persoalan, bagaimana ku mampu untuk lakukan semua ini yang jarang sekali orang lain mampu. Maka, ini adalah jawapanku…
Ketika badan begitu kepenatan dengan komitmen sebagai pelajar, usahawan yang menguruskan Bidadari Collection, jawatan dan amanah yang ku pegang serta program-program yang memerlukan ku, pasti jadual hidupku begitu padat dengan pelbagai aktiviti sehari-hari.
Adik usrah ku pernah bertanya, “masa bila akak menjahit ye?”.
Ku tersenyum dan berkata, “ada la masanya, jangan risau…hehe…”.
Sebenarnya, ku juga insan seperti kalian. Diberi masa 24 jam dalam sehari, 7 hari dalam seminggu dan tidak pernah lebih atau kurang dari itu. Yang membezakan ‘waktu’ kita adalah hati.
“Hati adalah khalifah anggota badan. Baiklah hati, maka baiklah ‘arahannya’.”
Lantas ku kaji lembaran sirah manusia agung, Nabi Muhammad s.a.w. dan generasi unik al-Quran iaitu para sahabat. Hidup mereka tiap detik dan saat begitu sibuk dengan pelbagai urusan tetapi ibadat mereka melebihi urusan kerja mereka.
Semuanya bermula pada hati, dan hati berkait rapat dengan Iman. Kerna mereka tahu jawapan akan tiga persoalan ini, maka mereka berusaha beribadat seolah-olah mahu mati pada keesokan hari dan mahu hidup untuk 1000 tahun lagi.
Dari mana kita datang…?
Ke mana kita akan pergi…?
Untuk apa kita dihidupkan…?
Lalu mereka semua meletakkan Allah s.w.t. dihadapan dan melebihi segala-galanya yang ada di dunia ini. Kerna cinta mereka yang begitu tinggi kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w…Mereka sanggup lakukan apa sahaja. Inilah jiwa yang sudah ‘dibeli’ oleh Allah s..w.t.
Dan walaupun orang lain lihat diri ini sudah lakukan banyak benda untuk ummah, hati ini tetap merasakan ianya tetap sekecil kuman jika dibandingkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang mana tidak pernah satu saat pun mereka biarkan masa itu berlalu tanpa berjihad kepada Allah s.w.t.
Dan hamba ini tidak mampu, tidak mampu sama sekali untuk lakukan semua ini sekiranya Allah s.w.t. tidak hadir dalam hatiku dalam segenap perkara yang dilakukan.
“Tanpa cintaNya,
tanpa belas kasihanNya,
tanpa pertolonganNya,
tanpa rahmat dan redhaNya,
Aku tidak mampu untuk melangkah kehadapan dengan penuh yakin,
tidak mampu untuk menulis dengan baik,
tidak mampu untuk menjahit dengan kemas,
tidak mampu handle program dengan teratur,
dan hidupku juga akan jadi sunyi sepi tanpa Allah s.w.t..”
Maka, ku katakan pada hatiku…
“Nadi perjuanganku adalah Allah s.w.t….”
“Nadi perjuanganku adalah Allah s.w.t….”
wallahua’lam…
--ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ♡ღ--
Mutiara kata:
"Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib & gaya hidupnya..."
Berfirman Allah s.w.t. Yang bermaksud:
"Wahai anak adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira"
"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi dia masih mengumpulkan harta"
"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa"
"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi dia masih beristirehat"
"Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia & kemusnahannya, tetapi dia masih tenang dengannya"
"Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil dengan hatinya"
"Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci"
"Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap diri sendiri"
Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mengawasinya tetapi dia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya dia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masik jinak bersama manusia
Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku....
(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'is Fil Ahadis al-Qudsiah)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)