“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah, puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk hamba ini bertinta lagi. Moga perkongsian yang diberikan ini memberi manfaat buat insan yang membacanya. insyaAllah, ameen~
Beberapa hari yang lepas, ada sahabat menghantar pesanan dalam inbox facebook untuk tanya pendapat.
“assalamualaikum asma’, macam mana ye ukhty istiqomah pakai niqob?”
Seperti kebiasaannya, jawapan yang ku berikan teramat simple dan sesuai dengan tahap seseorang.
“wa’alaikummussalam, mudah je… always refresh niat dan iman…”.
dan setiap kata-kata yang dikhabarkan itu, mesti akan diakhiri dengan ayat seperti ini, “nampak mudah kan? tetapi susah untuk diaplikasikan….”.
Sememangnya tidak mudah untuk istiqomah dalam sesuatu yang baik. Hendak mulakan sesuatu penghijrahan itu susah, dan lebih susah adalah untuk istiqomah tidak kira dalam apa pun kebaikan yang kita buat.
“kalau kita kejar pada pangkat, kita akan bergantung pada pangkat. Kalau kita bersandar pada tiang, kita akan bergantung pada tiang. Tetapi kalau kita bersandar pada Allah, Allah sentiasa ada…”
(Prof Dr. Muhaya)
Mendalam kan kata-kata tu? penuh dengan kata-kata motivasi dan sarat dengan pesanan buat insan yang membacanya. Hati yang punya Allah, pasti tidak akan gentar dengan apa pun. Kerna apa? kerna dia tahu Allah s.w.t. akan sentiasa ada. Tapi sayangnya, ramai manusia kini yang menjadi ‘hamba’ kepada dunia.
Ana teringat satu kisah yang dibaca ketika menziarahi wall sahabat-sahabat facebook.
Aku merupakan seorang wanita yang sederhana. Kulitku sawo matang dan memiliki seraut wajah yang manis. Aku mempunyai kekasih yang baik hati. Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja.
Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi…. Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya.
Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai.
Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang-kadang lewat malam. Masakan yang ku masak kadang-kadang tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak-anak lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan.
Suatu hari, ketika ku ke shopping mall untuk membeli barang-barang harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt, bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia-sia. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya.
Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi kerudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki-lelaki berhidung belang di pejabatku. Hampir setiap hari juga, aku membuat temujanji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang-kadang aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? Entah lah…….

Dan kata-kata yang paling banyak memberi komen dalam facebook tersebut dapat disimpulkan seperti ini, “kasihan, pakai tudung kerna suami. Bukan kerna Allah….”.
Jadi, apakah hatinya benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak gerinya dalam kehidupan? atau memenuhi semua itu semata-mata mahu bersama dengan suaminya sepanjang hayat?
Lihatlah kesan dan akibatnya apabila kita bergantung selain daripada Allah s.w.t. Maka, katakan pada hati “Allah…ku lakukan semua ini hanya untuk-Mu”.
Ana melihat seorang insan, hidupnya begitu sibuk sekali dengan pelbagai urusan. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik dalam urusan yang dilakukan. Ke sana, ke mari berjumpa dengan orang yang berpengalaman, membuat pelbagai rujukan dan penyelidikan serta meminta bantuan mereka yang arif untuk membantunya.
Dia berusaha saban waktu, tetapi dia lupa akan sesuatu yang amat penting dalam hidupnya dunia dan akhirat. Setiap kali mahu selesaikan kerja yang dilakukan, pasti berlaku kesukaran. Kadang-kala hatinya terbit perasaan putus asa dan lemah semangat apabila tidak berhasil melakukannya.
Sahabat baik yang melihat perlakuannya mendekatinya, “InsyaAllah boleh nie. Belum solat zohor lagi kan? dah pukul berapa nie. Cuba solat dulu, mana la tahu ilham tu akan datang nanti…(^^,)”
Dia sekadar mengangguk lesu. Lantas dia ke bilik air dan mengambil wuduk. Selesai solat, dia berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan dan bantuan dari Allah s.w.t. supaya dipermudahkan urusan dan diberikan ilham serta solusi.
Setelah itu, dia kembali duduk dimejanya dan cuba mencari punca masalah yang ada. Ajaibnya, dia menemui solusi yang dicari-cari sejak tiga hari yang lalu dalam masa 15 minit sahaja. Subhanallah…
Lantas hatinya termuhasabah sendiri, “aku berusaha sekeras-kerasnya dalam urusan kerjaku, tapi aku lupa untuk tunaikan terlebih dahulu tanggungjawabku sebagai hambaMu. Aku cukup teliti dalam segenap ruang kerjaku, tapi aku cuai dalam mengingatMu. Engkau ‘hilangkan’ solusi ini supaya aku sedar, hanya dengan keizinan dan redhaMu, aku akan berjaya….”
Sejak dari hari itu, sebelum memulakan apa-apa kerja. Pasti hatinya berniat, “kerna Allah…”. Urusan akhiratnya didahulukan berbanding urusan dunianya, kerna dia tahu. Tanpa Allah, dia tidak punya apa-apa.
Dan hatinya sering berbisik, “Dia, sandaran hatiku…”
wallahua’lam…
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)