“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala pemberian yang telah Engkau anugerahkan ini, moga hamba ini menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta dunia & akhirat, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan Mu untuk hamba ini terus menulis. Pada bulan yang lepas, ana tidak mampu istiqomah kerna hanya 6 artikel yang berjaya di post dalam diari nie. InsyaAllah pada bulan nie ana cuba top up balik artikel supaya angkanya mencukupi 9..doakan ana ye sahabat-sahabat….(^^,)
Pagi semalam, datang seorang adik junior ke bilik ana untuk membeli kain tudung labuh yang ana jual. Sebelum nie dia sudah mesej dan bertanya bagaimana untuk dapatkan kain yang ana jual. Dan ana minta dia datang sendiri ke bilik ana.
Walaupun kolejnya jauh dari kolej ana dan dalam keadaan masih tidak biasa dengan jalan-jalan dikampus kerna dia merupakan pelajar tahun satu. Dia tetap berusaha untuk datang, tambahan pula ketika itu hujan lebat. Ana kagumi semangatnya itu.
Dia sampai ke bilik ana dalam keadaan stoking dan seluar yang dipakainya basah. Sengaja ana mahu uji dan lihat setakat mana dia berusaha untuk mendapatkan kain tudung labuh yang teramat susah untuk mendapatkannya di mana-mana kedai kerna bagi pandangan ana sendiri, insan yang berusaha mencari nur hidayah akan mendapat lebih berbanding insan yang menunggu diberi hidayah.
Ana teringat peristiwa dimana ada seorang adik junior yang cuba menolak tatkala diajak menyertai program berbentuk kerohanian dan pengisian jiwa dengan alasan, “erm…takpelah kak, belum sampai seru dan hidayah lagi nak pergi…”. katanya sambil senyum tersipu-sipu.
Ana pantang sungguh kalau orang bagi alasan macam tu. Lepas tu, kena ‘basuh’ kaw-kaw ler jawabnya dengan ana…hee~ Akhirnya lepas kena ‘basuh’ tu, dia keluarkan duit untuk yuran program tersebut dan menulis maklumat diri sebagai tanda confirm untuk sertai program tersebut. Alhamdulillah dibukakan pintu hati oleh Allah s.w.t. untuk join.
Baiklah, berbalik semua kepada cerita mula-mula tadi. Sewaktu adik tu pilih kain yang dia mahukan, sempat juga ana bertanya latar belakang dirinya. Dari sekolah mana, parents kerja apa, macam mana boleh bertudung labuh dan macam-macam lagi.
Yang uniknya…dia merupakan insan yang satu dalam seribu. Kenapa ana berkata demikian? Dia mula bertudung labuh sebaik sahaja memasuki alam sekolah menengah di tingkatan satu. Yang lebih menarik, dia tidak pernah sekolah di sekolah arab, agama mahupun maahad. Apatah lagi latar belakang keluarganya biasa-biasa sahaja.
Subhanallah…hati bermonolog memujiNya. Hebat sungguh taufiq dan hidayah yang Engkau anugerahkan kepada dirinya. Atas kesedaran dirinya sendiri, atas kemahuannya, atas keinginannya, dia sendiri yang memilih untuk bertudung labuh dan masih istiqomah hingga kini. Ana berdoa moga dia dikurniakan suami yang soleh untuk sama-sama membina baitulmuslim yang diredhaiNya.
Dan ana tahu, dugaan untuk tetap istiqomah bertudung labuh di sekolah biasa teramatlah mencabar kerna ana sendiri pernah melaluinya tatkala berpindah sekolah dari Mahaad ke sekolah biasa. Apatah lagi sekolah yang kurang menitikberatkan pendidikan agama dan pergaulan bebas berlainan jantina.
Ana bersyukur kerna Allah pertemukan ana dengannya. Untuk diri ini koreksi dan muhasabah diri serta menceritakan pengalaman dirinya untuk menjadi kekuatan kepada orang lain untuk turut mengikut jejak langkahnya.
Berlainan pula dengan kisah hidup seseorang yang ana pernah jumpa. Dirinya merupakan ‘produk’ keluaran dari Maahad tetapi pakaiannya tidak mencerminkan dirinya dari sekolah yang ditarbiyah. Mungkin kerna perasan bahawa dirinya tidak seperti dulu ketika dalam suasana tarbiyah Islamiyah, dia cuba berubah.
Perlahan-lahan dia cuba untuk menutup aurat. Melabuhkan semula tudung yang sebelum ini singkat, jarang dan menampakkan leher kepada tudung bidang 45. Namun sayangnya, dek kerna ejekan, kritikan dan umpatan orang disekelilingnya, dia kembali semula memakai pakaian yang tidak memenuhi syariat Islam…Nauzubillah.
“sekiranya kamu tidak mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik, usah menghalang dan mencemuh insan yang mahu mencari redha Allah s.w.t. kerna sekiranya dia membatalkan niatnya untuk berubah dari kegelapan maksiat kepada cahaya hidayah, kamu turut mendapat sahamnya!”
Lihat….betapa bahayanya lidah kita. Sekiranya kamu tidak suka dengan perubahan dirinya, lebih baik diam sahaja, tak perlu kata apa-apa.
Ana teringat juga kata-kata seorang sahabat seperjuangan sewaktu perkongsian dari hati ke hati semasa slot khusus buat muslimat bagi Kem Muqarrabin. Katanya, “sekiranya hati kita diketuk untuk berubah kearah lebih baik, cepat-cepatlah sahut seruannya. Berubahlah walaupun hanya sedikit, kerna bimbang sekiranya Allah s.w.t. sudah tidak ketuk hati kita buat kali kedua…”
Ana setuju dengan kata-katanya. Ada orang yang berubah melalui keberkatan doa dari orang lain. Ada orang yang berubah setelah ditimpa pelbagai musibah. Ada orang yang berubah melalui kesedaran dari majlis ilmu dan pergaulannya dengan orang-orang yang soleh dan solehah.
Taufiq dan hidayah hadir dalam pelbagai bentuk. Cuma kita yang perlu berusaha untuk mencarinya dan bukan hanya menunggu hidayah tersebut yang datang mencari kita. Kerna itu ana cukup pantang kalau orang bagi alasan belum sampai seru atau hidayah sedangkan dia tidak berusaha untuk berubah.
Kata sahabat seperjuangan ana yang lain, “kita pergi ke mana-mana dengan membawa dua maruah dan amanah yang cukup berat dan besar, iaitu maruah sebagai Muslim dan maruah keluarga”.
“Maruah sebagai Muslim. Sekiranya kamu melakukan kesilapan dan dosa, pasti akan ada yang cakap, “tu orang Islam la tu…”. Dan maruah keluarga plak. Sekiranya kamu melakukan sesuatu kesilapan, pasti akan yang cakap “tu anak pak mat la tu, anak sapa lagi…”
Kerna nila setitik…rosaklah susu sebelanga. Mungkin ada yang cakap, “manusia…mana ada yang sempurna dan kalis dosa, pasti akan ada kesilapan yang akan kita buat…”.
Benar…kerna kita tak sempurnalah kita kena berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Berusahalah sedikit demi sedikit untuk berubah kearah yang lebih baik. Hatta sebesar kuman pun, cubalah untuk berubah.
Sedih melihat sahabat sendiri tidak menutup aurat? Takut untuk menegur kawan yang couple atau tinggalkan solat? Tidak tahu untuk menegur rakan yang tidak menjaga batas pergaulan? ana ada cara....(^^,).
Tegurlah mereka dgn pakaian mu yang menutup aurat dan memenuhi syariat Islam. Nasihatlah mereka dgn akhlak dan peribadi mu yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t...dan berda'wahlah kpd mereka dgn sikap lemah lembut dan penuh hikmah...Mulakan dulu dgn dirimu, nescaya akan ada yang akan mengikutinya. Selamat beramal...ツ
~Tegakkanlah negara Islam di dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak ditanah airmu...(al-imam Hassan al-hudhaibi).
Tegurlah mereka dgn pakaian mu yang menutup aurat dan memenuhi syariat Islam. Nasihatlah mereka dgn akhlak dan peribadi mu yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah s.w.t...dan berda'wahlah kpd mereka dgn sikap lemah lembut dan penuh hikmah...Mulakan dulu dgn dirimu, nescaya akan ada yang akan mengikutinya. Selamat beramal...ツ
~Tegakkanlah negara Islam di dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak ditanah airmu...(al-imam Hassan al-hudhaibi).
Moga segala perkongsian yang tercoret dalam artikel kali nie diambil manfaatnya. Ana hanya boleh memberi nasihat, kata-kata peringatan dan kisah hidup orang yang mahukan redha Allah s.w.t…tetapi untuk berubah, kalian sendirilah yang kena sedar dan berubah ke arah lebih baik. Usah bertangguh kerna kita tidak tahu baki umur kita di dunia ini…wallahua’lam.
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)