“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah atas keizinanNya, jari-jari jemari ini menari-nari lagi atas keyboard laptop, syukurlah. Moga-moga pengisian yang bakal dicoretkan ini bermanfaat untuk yang membacanya. InsyaAllah..ameen.
Beberapa hari yang lepas disapa satu soalan oleh teman baik ana, “ukhty update blog hari-hari ke?”
Ana hanya tersenyum dan menggelengkan kepala lantas berkata, “tak juga…”. Tanggapan ana, mungkin dia tak perasan agaknya jarak antara satu-satu artikel untuk dipublish.
Ana menyambung kata-kata, “kalau boleh, hari-hari nak menulis sebab setiap hari akan ada kisah yang menarik dalam hidup ana. Adakalanya ilham datang mencurah-curah, tapi kerna kondisi hati tidak baik, maka dibiarkan diari ini tanpa pengisian…”
Hidup setiap manusia yang Allah s.w.t. anugerahkan roh dan nyawa itu sungguh unik sekali. Apatah lagi manusia itu punya gelagat, karakter dan sikap yang tersendiri yang ana anggap sebagai seni dalam kehidupan.
Berjumpa dengan ramai orang adalah suatu yang amat ana suka. Duduk disatu sudut dan memerhatikan gelagat-gelagat mereka dan kadang-kala ana tersenyum kecil tanpa mereka sedari. Lucu….! (^^,)
Ana memang berkata benar bilamana hati ini terasa ingin sekali untuk menulis tiap-tiap hari. Menulis lakaran di kanvas maya ini tentang apa yang ku lihat hasil daripada pengembaraan pada hari itu dan dikongsikan dengan orang lain supaya kita mengambil iktibar dan pedoman untuk memperbaiki diri dan menjadi sebaik-baik hamba buatNya..insyaAllah.
Namun, kerna masa yang agak terhad dengan amanah yang masih terpikul dibahuku dan tidak akan pernah selesai melainkan nafasku diambil, maka ku cuba juga untuk istiqomah dalam menulis. Moga isinya sentiasa memberi manfaat buat yang membacanya.
Di awal kemunculan ‘diari maya’ ini, ramai yang tidak tahu siapa penulisnya hatta teman sekampus ana sendiri kerna ana memang cuba untuk merahsiakan identiti diri dari diketahui.
Namun, lama kelamaan semakin ramai yang singgah dan membaca coretan yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, blog ini ku jadikan sebagai salah satu medium da’wah yang berkesan walaupun ada dalam kalangan pembaca tidak pernah bersua sendiri dengan penulis.
Teringat kata-kata seorang adik junior, “akak, terima kasih banyak-banyak sebab banyak sedarkan saya dengan artikel-artikel akak. Saya rasa macam akak selalu ada dengan saya dan mengingatkan saya kalau saya lalai…”
Tiada kata yang mampu ana ungkapkan tatkala membaca luahan hatinya itu melainkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. atas kekuatan dan ilham untuk menulis.
Ana juga bimbang dengan adik-adik yang pernah mengenali ana, melahirkan rasa kebimbangan mereka sekiranya Iman tidak mampu untu menepis cubaan nafsu yang cuba untuk menjauhkan kita dari Allah s.w.t… hanya coretan melalui artikel-artikel ini sahajalah yang mampu ana bantu dan tolong dari jauh.
Terima kasih juga ana ucapkan kepada pembaca yang sudi komen artikel yang ada dalam blog walaupun ana sering lambat balas komen tersebut. Bagi ana, perkongsian yang diberikan dalam komen tersebut menambahkan lagi perasa dan menampal lompang artikel yang tersiar.
Perkongsian dan pandangan yang diberikan amat-amat ana hargai. Asyik baca coretan ana je kan, teringin juga hati ini untuk membaca komen dari pembaca sekalian…(^^,)
Jadi, ana sarankan kepada bloger-bloger yang sudah lama tidak update blog tu, cubalah juga untuk menulis hatta satu artikel dalam satu bulan kerna impak yang kita perolehi itu cukup besar, apatah lagi manfaat dari ilmu itu mengalir pahalanya walaupun kita di alam barzah. Moga Allah s.w.t. redha.
Facebook..
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,
Facebook..
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,
Facebook..
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara perlahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenalinya lebih mendalam,
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya UKHUWAH islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,
Facebook..
Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah ALLAH bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan,
Facebook..
Yahudi merancang merosakkan umat islam secara perlahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan,
Menjadikan FACE BOOK satu WADAH penyebaran agama ISLAM agar semua dapat mengenalinya lebih mendalam,
Begitu juga dengan facebook. Moga bukan setakat menjadi tempat luahan hati kita, tetapi juga menjadi medium da’wah yang bermanfaat. Di mana sahaja kita berada, hatta siapa pun kita..cubalah untuk lakukan sesuatu untuk ummah. Berhasil atau tidak, itu soal kedua kerna usaha itu yang Allah s.w.t. lihat.