Rabu, 5 Oktober 2011

Hatiku Menangis…(T_T)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus bernafas di bumi Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Syukur…kerna masih diberi ilham dan keizinan untuk mencoret sesuatu dalam diari maya ini…alhamdulillah… moga ku terus istiqomah dalam perjuangan melalui pena ini..ameen ya robb.

Pagi semalam agak kalut kerna masih ada beberapa kerja yang masih perlu dibuat, plan yang dirancang sehari sebelumnya tidak berjalan dengan lancar kerna ada beberapa aktiviti yang dibatalkan last minute dan digantikan dengan aktiviti yang lain. Inilah hidup ana sehari-hari, sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti.

Saat terasa kelelahan, ana duduk mengadap laptop untuk seketika sambil mengembalikan tenaga yang telah dikeluarkan dan mengambil sarapan sebagai alas perut. Tiada angin, tiada ribut... air mata membasahi pipi…(T_T).

Diriku ini diibaratkan seperti buih yang timbul di permukaan lautan yang luas dan dalam. Terasa kerdil sekali, teramat kerdil. Dan hati bermonolog sendiri, “apakah lautan yang luas dan dalam itu terkesan dengan buih yang nampak begitu kecil?”
 
Ku terkejar ke sana ke mari, membuat itu dan ini…namun hati masih merasakan diri ini tidak melakukan apa-apa untuk Islam dan ummah. 

Dua hari lepas…hati ini benar-benar dimuhasabah. Tatkala masuk ke kelas yang pertama, pensyarah meminta pelajar yang lambat menghantar tugasan supaya membentangkan apa yang mereka faham dan perolehi daripada tugasan tersebut.

Sebaik sahaja selesai sesi pembentangan tersebut, pensyarah bertanya tentang subjek tersebut dan hampir keseluruhan daripada kami mendiamkan diri menandakan kami tidak tahu akan jawapan kepada soalan yang diajukan.

Hati ana menangis dikala itu, air mata cuba ditahan daripada membasahi pipi… “Allah…betapa kejamnya aku hingga masalah ummah seperti ini pun aku tidak tahu. Selesanya hidup yang aku lalui hari-hari hingga aku tidak tahu penderitaan saudara seIslam ku disana. Betapa zalimnya sikapku kepada mereka hingga aku tidak pernah cuba untuk merisik khabar tentang mereka disana, apatah lagi mendoakan mereka…(T_T)”.

Sabarnya pensyarah tersebut menerangkan kepada kami satu persatu tentang masalah ummah ini. Menceritakan apa yang berlaku dan yang dilalui oleh negara Islam kini. Hampir setiap kali ada kelas berkaitan subjek ini, pensyarah tersebut tidak jemu-jemu menyedarkan kami bahawa kami punya misi dan tanggungjawab yang besar untuk ummah. Allahuakbar…

Sebaik sahaja tamat kelas yang pertama, ana terus masuk ke kelas untuk subjek yang kedua. Jika dalam kelas yang pertama pensyarah menceritakan masalah umat Islam sedunia, kelas yang kedua pula pensyarah menceritakan masalah penganut Islam di Malaysia.

Beliau menceritakan sedikit cebisan dari kisah hidup Sami Yusuf kepada pelajarnya. Dan beliau juga ada menyebut, “sami yusuf ada bagitahu…dia pelik melihat Umat Islam kini yang seolah-olah turut menempah tiket untuk turut serta menaiki kapal yang bakal karam pada bila-bila masa…”

“dia pelik kerna umat Islam kini lebih mengagungkan kehidupan orang barat berbanding kehidupan sebagai Mukmin yang tulen. Kita meniru dan mencopy apa yang orang barat buat, malah kadang-kala orang yang mengikut itu lebih teruk dari orang barat yang asal…”

Hati yang sudah sebak tatkala dalam kelas pertama semakin sebak. Air mata bertakung dalam kelopak mata, namun ditahan supaya tidak tumpah membasahi pipi. Ana mengerti apa yang diucapkannya, ana fahami apa yang beliau rasakan.

Kerna ana melihat sendiri dengan mata yang dianugerahkan ini betapa umat Islam  kini langsung tidak bangga dengan Islam yang dianutinya malah mempertikaikan dan mempersenda agamanya sendiri…nauzubillah.

“buat apa nak pakai tudung, Islam nie suka mendiskriminasikan wanita laa.. Tudung tu dah tak relevan untuk dipakai pada zaman moden nie…”

“Engkau pakai macam hantu bungkus nie buat apa? sapa yang nak ambik engkau kerja kalau pakai macam nie. Dah-dah, pergi tukar pakai seksi-seksi sikit…”

Nauzubillah…mungkin itu dialog yang kita sering dengar dari mulut orang lain. Memperlekehkan aturan dan perintah yang Allah aturkan. Ana tidak marah sedikit pun, malah agak kesian kerna kamu tidak merasakan kelazatan dan kemanisan iman yang sebenar-benarnya.

Pernah sekali sewaktu turun ke lapangan da’wah sewaktu operasi pencegahan maksiat, ana terduduk dan air mata terus membasahi pipi kerna melihat yang ada di depan mata ana adalah saudara seIslam ku sendiri. Allah…..(T_T)

Ana sedih dan benar-benar kasihan melihat mereka yang hanyut dek kerna terpukau dengan kebahagiaan dunia yang palsu semata-mata! Tatkala mendekati mereka dan bertanya kenapa berada disitu, katanya…“relax la kak, orang muda macam kami nie kenalah berhibur puas-puas. Dah tua nanti kami bertaubatlah…”

Pernah melihat sendiri dengan mata ini, beberapa pelatih tentera minum arak. Bila ditanya kenapa minum “najis” tu walaupun tahu Islam haramkan, katanya “latihan kami teruk. Siang hari kami dah penat, jadi malam macam nielah kami berhibur. Arak nie boleh buat kami rasa segar dan kembali bertenaga, barulah bangun pagi esok dapat teruskan latihan…”

Sekiranya kamu tahu Solat Tahajud itulah tenaga luar biasa hingga kajian membuktikan ia mampu menghalang dan mencegah dari terkena penyakit kanser, pasti kamu akan berada di masjid atau surau ketika ini. Namun, oleh kerna kamu tidak sedar dan tidak pernah ambil tahu tentang kehebatan apa yang Allah tunjukkan kepada kamu dalam Islam, maka kamu mengagungkan “najis” tersebut.

Itu masalah yang dihadapi oleh Umat Islam, “menempah tiket untuk sama-sama menaiki kapal yang bakal karam….!” seperti yang diucapkan oleh Sami Yusuf.

Bagi masalah buat para daie dan penda’wah pula. Ego dengan ilmu yang ada, bangga dengan jawatan dan kuasa yang ada, riak dengan kehebatan dan kelebihan yang ada. Malah merasakan orang yang berada di depan matanya itu tidak berguna dan langsung tidak tahu apa-apa.

Tatkala berada di bawah dan belum diangkat sebegai pemimpin, hidupnya penuh tawaduk dan rendah diri. Namun, sebaik sahaja namanya menjadi sebutan, hampir kesemua sikap mazmumah hinggap dalam hatinya kerna seorang pemimpin pasti akan mudah sekali ‘dicucuk’ dengan panah syaitan sekiranya tidak ditepis dan dibimbing.

“usah berlagak hebat sekiranya nafsumu sendiri tidak mampu ditundukkan!”

Pesanku buat khusus hati ini, juga yang membacanya…

Didiklah mad’u dari dalaman dahulu, bekalkan dia dengan rasa cinta kepada Yang Maha Menciptanya, ilmu yang bermanfaat yang akan membantunya mengenal siapa dirinya, siapa Penciptanya, dan siapa Nabinya serta mampu menilai pahala dan dosa. Tanamkan ia dengan rasa takut dan gerun kepada azab dan seksaan Allah s.w.t.

Usah diubah luarannya dari segi pakaian, percakapan, perbuatan dan sikapnya. Kerna kesilapan besar yang dilakukan oleh para da’ie dan penda’wah adalah menghalau orang Islam yang free hair dan tidak cukup kain dari masjid dan majlis ilmu. Dalaman itu yang akan mengubah luarannya itu dengan sendirinya.

Diri ini tidak mampu untuk melakukan amar ma’ruf nahi mungkar (seru kearah kebaikan dan cegah kemungkaran) secara sendirian. Ana tinggalkan kata-kata ini, moga ada yang berminat untuk turut serta.

Ana ada buat satu perniagaan iaitu "Multi Level Pahala Muslim", senang je..nak join tak? Meh ana bagitahu cara2nya....

--> sentiasa tulis kata-kata nasihat dan peringatan kepada Allah di wall facebook anda.
--> sentiasa linkkan pautan, video @ gambar yang ada kata-kata nasihat yang membuatkan orang ingat Allah s.w.t.
--> sentiasa update program atau majlis ilmu di status facebook kalian.

cuba bayangkan kalau 1000 orang friends dalam facebook anda baca dan insaf serta lakukan kebaikan yang kalian tulis atau sertakan di wall... subhanallah...pahala kebaikan tersebut turut mengalir kepada kalian tanpa terkurang sedikit pun.

Tapi awas!!! sekiranya kalian lakukan sebaliknya iaitu menulis katakata atau ajakan maksiat, dosa orang yang mengikut akan turut serta dapat kepada kalian tanpa terkurang sedikit pun...Nauzubillah...

Jom buat perniagaan "Multi Level Pahala Muslim" dan berhenti dari buat "Multi Level Dosa Muslim".....(^_~)

Wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus