“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah, ku syukuri segala nikmat pemberian yang telah Engkau anugerahkan ini. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sudah tidak terbendung lagi kerinduan ku pada mu, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya tangan ini menari-nari juga menekan keyaboard laptop mengikut “rentak” hati…[^_^]…hati ini berbisik kerinduan untuk menulis, dan mungkin barangkali ada pembaca yang juga rindu untuk membaca coretan ana kan? hee~
Ana biarkan sahaja diari ini tanpa diupdate selama seminggu untuk mengkhabarkan tentang contest ini dan alhamdulillah…tarikh 14/08/2011 sudah berlalu dan dengan rasminya contest “Diari Sang Bidadari” ditutup penyertaannya. Di bawah ini adalah senarai peserta yang menyertai contest ini mengikut artikel yang dihantar.
Puteri Nur Aqilah
Noor Azlen Haron
Iffah Nabiha Ahmad Jailani
Ummu Ainni
Raudhatul sakinah
Noor Azyatun Zakaria
Rahzihan Zulnasyreeq
Fazira Azman
Ana ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan kalian semua. Membaca coretan kalian semua memberi suatu inspirasi kepada ana untuk mulakan langkah seterusnya dalam dunia penulisan. Dan ana berharap, “saham akhirat” turut sama mengalir kepada kalian kerna turut serta menjadi penyebab ilham itu hadir…alhamdulillah…[^_^]
Bagi ana, penyertaan kalian dalam contest ini bukan sekadar penyertaan tetapi ianya adalah suatu sokongan semangat dari sisi, menjadi sayap-sayap kepada perjuangan ana dalam bidang penulisan…insyaAllah…
Dan bagi yang tidak turut serta dalam contest kali ini, ana berharap kalian akan sertai contest yang mungkin akan diadakan lagi selepas ini. Memeriahkan lagi dunia penulisan dengan kehadiran kalian.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, yang menyertai contest kali ini mempunyai latar belakang yang berbeza, ada yang dari dalam dan luar negara, masih bersekolah, sedang menuntut diuniversiti, sudah tamat belajar dan ada yang sudah berkerja serta sudah berkahwin…menarikkan!?
Baiklah…seterusnya adalah misi untuk mencari siapakah pemenang contest ini yang bakal memenangi hadiah misteri. Pemenang bagi contest ini akan diumumkan dengan artikel tersebut akan tersiar dalam diari ini pada 17 ramadhan nanti. Nantikan kemunculan pememangnya ya…[^_^]
Dan bagi hadiah saguhati pula iaitu coklat. Hati ana berubah lagi setelah membaca setiap artikel dari kalian, makanya….setiap peserta akan menerima coklat yang ana buat sendiri sebagai tanda penghargaan kerna sudi menyertai contest ini…(“,)
itu sahaja pengumuman buat masa ini, nanti 17 ramadhan nanti ya… ana tinggalkan pembaca kalian dengan kata-kata ini…wallahua’lam…
******************************