Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan Mu untuk ku terus rukuk & sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat manusia agung yang amat-amat diri ini kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, ada sesuatu yang mahu ana khabarkan kepada pembaca semua. Sebaik sahaja selesai bersahur tadi, ilham datang menyerpa di minda. Ibarat suatu lintasan hati. Selalunya ana lebih yakin dengan lintasan hati ini yang lebih kurang seperti firasat…hee~
Baiklah, ini mungkin adalah khabar berita bagi yang belum mengetahui dan promosi kot bagi yang sudah tahu untuk ana mengajak pembaca sekalian menyertai contest seperti tajuk yang tertera di atas.
Sudah ada beberapa sahabat yang berminat untuk menyertai, tapi ana lebih suka kalau ramai lagi sahabat pembaca yang menyertai dan menyahut cabaran ana nie, bersaing secara sihat dan mencuba untuk menulis.
Ana sudah menulis dan mengkhabarkan dalam artikel Genaplah 2 tahun, tapi lebih baik kalau ana buat secara formal dan lebih detail. Makanya, kali ini ana menjemput sahabat pembaca sekalian untuk menyertai “Contest Diari Sang Bidadari”.
Syarat pertandingan adalah terbuka kepada semua tidak kira samaada kalian punya blog atau tidak, menjadi follower atau tidak, tinggal dalam Malaysia ataupun di luar negara, dan tidak kira berapa usia kalian atau agama apa yang kalian anuti. Setiap orang dapat sertainya…(^_^)
Apa yang perlu kalian lakukan adalah:-
1) Sila nyatakan bahagian atau artikel yang berbentuk apa dan macam mana yang kalian paling suka baca dan memberi inspirasi serta nyatakan sekali ulasan kenapa.
Contoh: slot motivasi, tazkirah, coretan family, perjuangan hidup & lain-lain.
2) Sila nyatakan komen, cadangan, penambahbaikan atau apa-apa sahaja untuk meningkatkan lagi mutu penulisan ana dan cara ana menulis.
3) Kongsikan kisah, pengalaman atau diari hidup sahabat yang dapat beri pengajaran dan pedoman kepada pembaca. Sekiranya ada kata-kata semangat, dorongan atau sokongan, kalian juga boleh nyatakan sekali.
Semua itu perlu dilakukan dalam satu artikel dan dihantar ke email ana bidadaribesi09@yahoo.com. Tarikh tutup pernyertaan adalah pada 14 Ogos 2011. Dan pemenangnya akan diumumkan pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh la hantar ke email tersebut ye. Artikel yang terbaik dan berjaya memenuhi segala syarat dan permintaan pertandingan akan dipilih sebagai pemenang.
Jika sebelum ini ana tidak menyatakan hadiah apa yang bakal kalian dapat dan setiap penyertaan bakal menerima hadiah saguhati. Maka, kali ini ana ubah peraturan dalam pemilihan pemenang.
Artikel paling terbaik antara semua akan tetap menerima hadiah misteri yang dirahsiakan dulu apa hadiahnya. Manakala 5 artikel terbaik antara semua pula akan diberikan hadiah saguhati iaitu:-
Hadiah coklat ini mungkin ada perubahan dari segi bentuk, warna, rasa dan bungkusan mengikut kesesuaian dan citarasa ana. Dan yang pasti, ana sendiri akan buat coklat nie untuk pemenangnya, insyaAllah...[^_^]
Bagi yang mungkin tidak pernah menulis, inilah masanya untuk mencuba langkah pertama dalam menulis. Dan bagi yang baru sahaja jumpa blog ana buat kali pertama, silalah baca artikel ana yang sebelum ini kerna ia akan membantu kalian dalam mencari idea untuk menulis dan ada peluang untuk menang.
Dan bagi yang selalu baca setiap coretan yang ana tulis, pasti kalian sudah tahu artikel mana yang paling memberi kesan pada hati dan diri kalian. Jadi, selamat mencuba ye sahabat pembaca sekalian.
Ini pula mungkin sedikit tips dari ana takkala mahu menulis sesuatu artikel.