Khamis, 4 Ogos 2011

Berjalan, Melihat & Mentafsir


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”


Ku mendongak ke langit,
Melihat indahnya ciptaanNya yang tergantung indah,
Ibarat potret dan lukisan Agung yang bergerak,

Ku pandang ke hadapan,
Melihat alam yang terbentang luas,
khazanah alam yang menyimpan pelbagai rahsia,

ku melihat ke bawah,
Melihat tanah yang ku pijak,
kukuh menampung setiap perjalananku....

Allah....Allah...Allah...

Namun....
pernahkah kita merasai kehadiran "mereka" semua?
Pernahkah kita merasai "mereka" berbicara dengan kita?
Pernahkah kita merasai "mereka" sedang menegur dan menasihati kita?

Bagaimana kamu mahu merasai semua itu sekiranya kamu sibuk dengan urusan duniamu sahaja...!
Merasakan seolah-olah kamulah penghuni dan raja mutlak dunia ini,
Rakus dalam melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan "mereka"

Sedarkah kamu, "mereka" inilah paling ikhlas dan dekat dengan Allah s.w.t.
Takkala hujan turun membasahi bumi,
Takkala mentari memancarkan cahayanya ke bumi,
Takkala angin menghembus lembut membelai penduduk bumi,
Takkala kedengaran haiwan berbicara dengan bahasa mereka,

pejamkanlah mata, lapangkanlah hati dan bukalah minda...
Serta rasailah kehadiran "mereka",
Kamu akan terasa dekat sekali dengan Maha Pencipta.......


“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucapkan tasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Surah As-saff, ayat 1)

blog comments powered by Disqus