Isnin, 21 Mac 2011

“Energy Jihad”

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam yang telah Engkau berikan, moga diri ini terus menerus diberi hidayah oleh Mu. Selawat dan salam buat Imam seluruh Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Terasa ingin mencoret sesuatu sebelum diri ini dihambat dengan kesibukan yang tiada titik noktahnya. Tetap berdoa dan terus berdoa semoga terus istiqomah dalam menulis..insyaAllah…amen ya robb…(^_^)

Teringat apa yang telah ana lalui pada minggu lepas. Seperti “mayat hidup” yang tidak punya kudrat dan tenaga untuk melakukan apa-apa kerja. Terperap dalam bilik selama tiga hari tanpa melihat alam.

Namun, sebaik sahaja mendengar satu persatu masalah yang timbul akibat ketiadaan ana dan beberapa orang sahabat lagi, ana sudah tidak sanggup untuk duduk berpeluk tubuh dan mendengar sahaja apa yang telah berlaku.

Lantas menghantar mesej kepada seorang adik junior, “dik, tolong mesej kat semua urusetia, bagitahu akak nak jumpa petang nie pukul 6 petang”.

Pada mulanya ramai urusetia yang menolak dan ragu-ragu untuk penuhi permintaan ana kerna lokasi yang ingin dituju adalah rahsia. Ana mengatur perancangan tanpa ada seorang pun tahu melainkan Allah s.w.t.

Sebelum ana turun ke café, sempat berpesan kepada adik junior tadi. “ambil batu kat jalan ke tasik dalam 30 biji dan tunggu kat tempat yang akak cakap tadi, nanti akak pergi kat korang”.

Dia hanya mengangguk sambil memandang dengan penuh tanda tanya dan mengesyaki sesuatu, namun ana biarkan sahaja sambil tersenyum. Sebaik sahaja sampai di café, ana terus memesan 5 gelas air batu campur (abc) sambil menunggu adik junior yang lain.

Setelah semuanya berkumpul, ana panggil mereka ke café dan terus melangkah ke lokasi yang dirahsiakan. Sebaik sahaja tiba, mereka ketawa…hehe.. rupa-rupanya, lokasi rahsia tersebut adalah tasik yang terletak di belakang kolej ana. (tak larat nak jalan jauh masa tu..hehe)

Ana pun mulakan sesi yang dinamakan “sentuhan hati”. Sudah lama tidak berbuat demikian kepada anak buah. Keadaan program yang diuruskan begitu kritikal dengan pelbagai masalah, jadi…nak tak nak, ana kena lakukan sesuatu untuk kembalikan “Energy Jihad” yang telah pudar semasa ketiadaan ana.

“Baiklah, ana mahu tanya sesuatu. Pernah tak dalam hidup kalian, apabila dapat selesaikan tugas atau perkara yang begitu rumit, kalian memberikan penghargaan terhadap diri sendiri?”. Ana memulakan bicara.

Ada yang mengangguk dan kebebanyakannya menggelengkan kepala. “ish…teruknya, tak hargai diri langsung…hehe” ana bercanda.

“Disebabkan ramai yang tak reti nak hargai diri langsung, ana belanja makan abc…hehe”. Masing-masing tersenyum lebar sebaik sahaja ana hulurkan abc.

“ayuh kita nikmati detik nie, melihat keindahan alam sambil makan abc. Rasailah seolah-olah alam sedang berbicara lembut dengan kita. Anggaplah ini hadiah dari Allah s.w.t…”. masing-masing merenung jauh ke arah tasik termasuk ana sendiri. Menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi yang tiada cacat celanya.

tiupan bayu yang menyapa lembut...(",)

Setelah itu, ana berkata “baik, ada sesiapa kat sini pernah baca cerpen kanta hikmah yang ana tulis dalam blog tak?” urusetia muslimat angguk dan yang muslimin pula menggelengkan kepala.

Ada urusetia yang tanya,“kak, cerpen tu realiti ke?”

Ana gelak seraya berkata, “tidak, itu fantasi sahaja dan hari ini, ia akan menjadi realiti”.  ana ambil batu dan buat seperti yang tertulis dalam cerpen kanta hikmah.

“Batu ini diibaratkan seperti masalah atau musibah manakala air tasik itu pula diibaratkan seperti hati kita. Apabila batu ini dibaling ke dalam air tasik, pasti airnya akan berkocak. Namun ianya akan kembali tenang setelah beberapa ketika. Tidak kira sekuat mana pun lemparan yang dibuat dan beberapa biji batu sekalipun ke dalam tasik, ianya tetap akan kembali tenang dan mengalir seperti biasa mengikut arus”.
Begitu juga dalam kehidupan kita. Takkala musibah atau masalah hadir dalam hidup samaada ringan atau berat, sikit atau banyak pasti kita akan merasa sedih, terluka dan kecewa. Namun, hati kita akan kembali tenang dan damai apabila kita sabar, redha dan ikhlas menerima semua itu dengan hati yang terbuka. Malah kehidupan kita akan kembali ceria dan bahagia dengan izin dari Yang Maha Penyayang”

Setelah itu, urusetia yang lain pula ikut apa yang ana buat. Diaorang ambil batu dan baling “nie untuk masalah makanan, nie pula untuk peserta…………”. Ana tersenyum sendiri melihat gelagat mereka.
Balingan dari urusetia...(",)



“orang yang memotivasikan orang lain sebenarnya dia turut memotivasikan dirinya sendiri”

Ana melihat “Energy jihad” mereka kembali, termasuklah ana sendiri. Walaupun batu itu tidak mungkin menyelesaikan masalah mereka, sekurang-kurangnya ianya dapat melegakan rasa beban dan serabut di kepala kerna memikirkan masalah-masalah yang ada.

Keesokan harinya, kami semua bertungkus lumus menyiapkan kerja yang masih banyak. Ada sahabat ana yang marah sayang..hehe.. Mana tidaknya, masih belum sembuh sepenuhnya dari demam, sudah ke hulu ke hilir menyiapkan kerja.

Akibat terlalu penat dan banyak berjalan, kaki ana kejang sewaktu tengah makan di sebelah petang. Alhamdulillah punya sahabat yang mahir mengurut, dialah yang membantu ana.

Tidak cukup dengan itu, pada sebelah malamnya pula ana ada program. Kerna sudah tidak larat untuk berjalan, ana meminta tolong sahabat untuk pergi dengan motor. “Eh, sihat dah ke? Boleh pergi tak nie?” dia bertanya kepada ana.

“InsyaAllah…Allah kan ada” keyakinan itulah yang membuatkan “Energy Jihad” ana naik hingga membuatkan diri tidak sanggup berundur walaupun seinci ke belakang. Keesokannya pula, Bengkel Fasilitator bermula.

Ana ada letak kata-kata nie dalam facebook Alhamdulillah...semakin melihat "hikmah" disebalik ana jatuh sakit tempoh hari. Allah s.w.t. mahu hamba ini mengumpul Energy Jihad sebanyak mungkin untuk tempuhi hari-hari yang penuh dengan kesibukan. hari ini dapat amanah lagi, bersedia untuk Bengkel Fasilitator selama 2 hari...senyum, Allah kan ada...(◕‿◕)

Badan yang masih terasa lemah, digagahkan juga untuk teruskan walaupun ada menyapa, “akak, okey tak nie? Muka nampak pucat…” ana hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Sepanjang program, ana sering ungkapkan kata-kata ini “apabila hati sudah disentuh oleh Allah s.w.t….dia tidak akan berundur ke belakang walaupun seinci. Dirinya sudah dibius cinta oleh Allah s.w.t….”.

Di akhir program, badan ana makin menggeletar hingga menampakkan ana belum sembuh sepenuhnya. Sebaik sahaja sampai di bilik, sudah tidak mampu untuk bangun setelah badan direbahkan di atas katil. Penat yang amat, namun semangat masih berada di paras maximum.

Malamnya, ana menyiapkan beberapa kerja bagi membuat persiapan untuk ke Perlis Indera Kayangan bagi program Alumni Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) bersama adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan akhir.

Datang dua orang sahabat baik yang jaga ana masa sakit, “awak nie kan, eeee…tak tau nak cakap macam mana… akak, tengoklah dia nie, degil…!”

Ana dah tergelak tengok reaksi dia bila dia dapat tahu ana bakal ke Perlis keesokan harinya. “biarlah…janganlah marah dia…hehe”. Ana tahu sahabat ana nie risau keadaan ana sebab ana belum sembuh sepenuhnya lagi. Sebaik sahaja dapat bangun dari katil, terus buat kerja sampai tidak punya waktu rehat yang secukupnya.

waktu senja di KMP...(^_^)

Berada di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) membuatkan ana mengimbau kembali takkala belajar disini juga sewaktu berkhidmat sebagai Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) selepas tamat belajar di KMP.

Best! dapat jumpa dengan adik-adik sambil berkongsi pengalaman dengan diaorang. Dan jumpa dengan sepupu ana yang cuba pujuk ana supaya tidur dibiliknya. Namun ana tepaksa menolak kerna masih banyak kerja yang perlu diuruskan.

.::Energy Jihad::.

“tidak ku sangka, ku punya kekuatan seperti ini takkala badan masih dalam keadaan lemah. Inilah aku yang sudah jatuh cinta dengan jalan da’wah, tidak akan berundur ke belakang walaupun seinci walaupun ku tahu ianya penuh dengan onak duri…insyaAllah…”


blog comments powered by Disqus