Khamis, 9 Disember 2010

Cerpen: Kanta Hikmah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Kakinya melangkah perlahan-lahan di tepi tasik sambil matanya memerhati sekumpulan ikan yang berenang-renang di dalamnya. Di tambah pula tiupan bayu di kala dhuha. Hatinya bertambah tenang, tiada lagi air mata yang tumpah seperti kelmarin.

Subhanallah, wal hamdulillah, wala i'lahaillah wallahhu akhbar, walahaulawal quwataillabilla hil'azim”, mulutnya terkumat kamit membaca selawat. Terasa ketenangan meresap dalam jiwanya.

Ujian yang diberikan Allah s.w.t. buat dirinya terasa berat sekali pada mulanya. Tetapi kini, dirinya bersyukur kerana terpilih untuk menerima ujian ini. Hatinya terasa tenang dan damai setelah dia redha dan ikhlas menerima semua ketentuan Ilahi daripada dia terus menyakiti dirinya sendiri dengan tidak menerima hakikat tersebut.

Kakinya berhenti melangkah takkala melihat seorang perempuan yang sedang membaling batu ke dalam tasik. Riak wajah perempuan itu menunjukkan dia sedang menghadapi masalah. Lantas kakinya melangkah ke arah perempuan tersebut, lalu duduk di sebelahnya.

“Assalamualaikum…akak Khaulah, Azimah Khaulah,” senyumnya sambil tangan di hulurkan kepada wanita tersebut.

“Err..wa’alaikummussalam…akak boleh panggil saya Sakinah,” dia juga mengukir senyuman sambil menyambut tangan yang dihulurkan Khaulah.

“Waa..manis rupanya wajah Sakinah bila senyum…hehe” usik Khaulah.

“Haaa?”, Sakinah bingung.

“Hehe…akak jalan-jalan kat sini tadi, lepas tu nampak Sakinah. Muram je muka, macam ada masalah besar. Kan bagus macam nie, manis je bila senyum…”

“Owhh..hehe…saya memang selalu ke sini tiap kali ada masalah. Saya akan cari beberapa biji batu dan anggap batu nie sebagai masalah saya, lepas tu saya akan baling sekuat hati. Terasa tenang kerana saya merasakan masalah itu telah saya buang dan lempar sejauh-jauhnya,” lalu Sakinah mengambil batu dan membalingnya ke tasik.


Khaulah melihat air di dalam tasik berkocak setelah batu itu terkena permukaan air dan terus tenggelam di dasarnya. Setelah beberapa ketika, air itu kembali tenang dan mengikut arus seperti sebelumnya. Melihat keadaan itu, Khaulah tersenyum sendiri.

Sakinah yang pelik melihat reaksi Khaulah lalu bertanya,“akak, boleh saya tahu kenapa akak tiba-tiba senyum?”

Bibirnya tetap mengukir senyuman lalu menjawab,“kerana kanta hikmah akak sudah boleh digunakan setelah rosak beberapa hari yang lalu”.

“Kanta hikmah? Apa kaitannya dengan senyuman akak tadi?”


“hehe…” Khaulah ketawa kecil.

“laaa…akak, bagitahulah. Ketawa pulak dia”.

Senyumannya masih terukir dibibir. Lalu Khaulah menjawab persoalan yang sedang bermain di minda Sakinah setelah melihat reaksinya sebentar tadi.

“akak melihat sesuatu di sebalik balingan batu yang Sakinah lakukan sebentar tadi. Jika Sakinah merasakan ketenangan setelah meluahkan kesedihan di hati dengan melempar sekuat hati batu yang di ibaratkan seperti masalah itu, akak pula tenang melihat air itu kembali tenang setelah berkocak takkala batu itu menyentuh permukaan air”.

“Maksud akak?”

Khaulah mengambil seketul batu lalu membalingnya sekuat hati sepertimana yang di lakukan Sakinah.

“Apa yang Sakinah nampak?” tanya Khaulah.

Sakinah mengerutkan dahi menandakan dia sedang berfikir. Setelah itu dia berkata,“saya nampak air di dalam tasik berkocak dan setelah beberapa ketika air tersebut kembali tenang”.

Khaulah mengambil lagi batu yang berhampiran dengannya, kali ini dia mengambil tiga biji batu lalu membalingnya satu persatu dengan sekuat hati seperti yang dilakukannya sebentar tadi.

“Kali ini, apa yang Sakinah nampak?”

Sakinah memandang ke tasik, kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah Khaulah pula. Bertambah bingung dirinya melihat aksi yang di lakukan Khaulah sebentar tadi.

“Tetap sama, air itu berkocak dan kembali tenang. Apa sebenarnya yang akak nak bagitahu saya?” soal Sakinah dengan penuh tanda tanya.

“Batu ini diibaratkan seperti masalah atau musibah manakala air tasik itu pula diibaratkan seperti hati kita. Apabila batu ini dibaling ke dalam air tasik, pasti airnya akan berkocak. Namun ianya akan kembali tenang setelah beberapa ketika. Tidak kira sekuat mana pun lemparan yang dibuat dan beberapa biji batu sekalipun ke dalam tasik, ianya tetap akan kembali tenang dan mengalir seperti biasa mengikut arus”.

“Begitu juga dalam kehidupan kita. Takkala musibah atau masalah hadir dalam hidup samaada ringan atau berat, sikit atau banyak pasti kita akan merasa sedih, terluka dan kecewa. Namun, hati kita akan kembali tenang dan damai apabila kita sabar, redha dan ikhlas menerima semua itu dengan hati yang terbuka. Malah kehidupan kita akan kembali ceria dan bahagia dengan izin dari Yang Maha Penyayang”

Sakinah memeluk tubuhnya sambil merenung jauh ke dalam tasik. Dia mengimbau kembali apa yang telah dilaluinya. Berat…sungguh berat. Hampir setiap hari dia datang ke sini, mengutip beberapa biji batu dan melemparnya ke tasik. Walaupun hatinya terasa puas melakukannya, hidupnya tetap ditemani air mata.

Sebelum nie, dia seorang yang ceria, peramah, periang dan sering kali menghiburkan hati orang lain. Namun, setelah melalui saat getir dan sukar dalam hidupnya. Dia semakin menjauhkan diri dari orang ramai, mengurungkan diri dalam bilik dan seringkali menangis keseorangan.

“Erm…Sakinah sudah sarapan?” Khaulah bersuara setelah melihat Sakinah diam seribu bahasa.

“Belum, akak?”

“Akak pun belum. Kalau macam tu, kita sarapan sama-sama ye”, ajak Khaulah.

Sakinah hanya menurut sahaja tanpa membantah. Dia merasa selesa berada disamping Khaulah, seolah-olah wanita di sebelahnya ini memahami apa yang dia sedang lalui dan rasai kini.

Mereka berdua berjalan menuju ke gerai yang menjual makanan dan minuman di situ lalu memesan dua bungkus nasi lemak dan dua gelas teh tarik. Sementara menunggu, datang seorang budak sambil di tangannya memegang seekor burung.

“Kak Min, ada first aid tak? Burung nie cedera teruk sebab kena terkam dengan kucing yang nak makan dia.”

“Nie dia first aid, hidup lagi ke burung nie Adam? Teruk sangat dah akak tengok nie.”

“InsyaAllah hidup kak…saya rawat dia dulu ye…”

“Erm..yelah, kalau nak apa-apa lagi bagitahulah. Akak nak layan pelanggan dulu.”

Khaulah dan Sakinah hanya memandang dari jauh dan mendengar perbualan mereka. Kak Min berjalan menuju ke meja mereka sambil di tangannya terdapat dulang yang berisi nasi lemak dan teh tarik.

“Terima kasih Kak Min. Adam tu doktor haiwan ke kak?” tanya Khaulah sambil matanya melihat Adam yang sedang membersihkan luka burung tersebut.

“Bukan dia, tapi ayah dia. Dia cakap dekat akak, burung yang arwah ummi dia bagi mati tiga hari lepas. Dia sedih tapi dia redha sebab arwah umminya pernah berpesan, setiap musibah yang berlaku pasti akan hadir bersama hikmah yang tersembunyi.”

“Tengoklah, Allah s.w.t. hadirkan burung yang lain buatnya. Walaupun mungkin tidak sama dengan pemberian arwah umminya, tapi pasti sudah wujud kasih sayang antara Adam dengan burung tu. Kesakitan yang dilalui, kesedihan yang dialaminya pasti akan terubat dengan kasih sayang yang menyembuhkan”

“Kak Min, tengoklah. Burung nie berkicau.” Jerit Adam, suaranya berbunga ceria.

“Dia nak ucap terima kasih dekat Adam kot sebab selamatkan dia…hehe” Kak Min berjenaka.

Sakinah memandang gelagat Adam, wajahnya tenang sekali. Sekiranya budak berusia belasan tahun boleh mengerti dan menerima semua itu dengan hati terbuka. Kenapa dia yang berumur puluhan tahun tidak boleh mengerti.

“Tiap musibah akan hadir bersama hikmah, tiap kesakitan akan hadir ubatnya, tiap kedukaan akan hadir keceriaannya, tiap kesukaran akan hadir kemudahannya, itulah aturan dari Ilahi yang tidak pernah sekalipun menganaiya hambaNya” Khaulah bermadah sambil dia menghirup teh tarik.

“Akak, tadi masa dekat tasik. Akak ada bagitahu pasal kanta hikmahkan. Macam mana akak dapat kanta hikmah tu dan macam mana kanta hikmah tu boleh rosak? tanya Sakinah tiba-tiba.

Khaulah tersenyum lalu menjawab, “sebenarnya, setiap orang punya kanta hikmah mereka sendiri. Seperti yang arwah ummi Adam katakan, tiap musibah akan hadir bersama hikmah. Memang benar, hikmah tersembunyi di sebalik musibah dan kanta hikmah inilah yang akan membuatkan kita lihat hikmah tersebut.”

 “Adakalanya Allah s.w.t. menurunkan musibah untuk menyedarkan kita dan adakalanya dia mahu menguji hambaNya samaada benar-benar beriman kepadaNya atau sebaliknya.
“Kanta hikmah ini akan berfungsi dan dapat menunjukkan imej hikmah yang tersembunyi apabila kita menerima musibah itu dengan hati yang terbuka, redha dan ikhlas.

 “Contohnya, apabila kita menerima tugas secara terpaksa, pasti kita akan merasa berat dan rumit untuk siapkan tugasan tersebut. kenapa? Kerana kita melakukan dengan terpaksa dan bukan atas kerelaan hati. Cuba kita lakukan dengan rela, pasti tugas yang berat itu dapat dilakukan dengan mudah.”

“Dan akak rasa, kanta hikmah Sakinah juga sudah kembali berfungsi kan? Kerana, hanya mereka yang punya kanta hikmah sahaja dapat melihat sesuatu yang orang lain tidak akan nampak. Iaitu melihat hikmah dahulu sebelum merungut tentang musibah yang hadir.”

Akhirnya Sakinah mengukir senyuman yang selebarnya. Dia mula sedar yang selama ini dia hanya menyakiti dirinya sendiri. Mengurungkan diri dalam bilik, tidak mahu berjumpa sesiapa pun, malah menangis sendiri takkala mengenangkan peristiwa tersebut. Sebaiknya dia terima hakikat tersebut dan bangkit semula dari masa lalu.

“Terima kasih kak, terima kasih banyak-banyak. Kanta hikmah saya juga sudah pulih, saya dapat melihat hikmah yang begitu banyak menggunakan kanta ini.” Sakinah sebak, dia bersyukur dapat kenal dengan Khaulah.

“Alhamdulillah…pertemuan kita juga di aturkan penuh hikmah oleh Yang Maha Esa. Orang yang memotivasikan orang lain sebenarnya dia juga turut memotivasikan dirinya sendiri. Jom kita makan, nanti sejuk pula.” Ajak Khaulah.

Sakinah tersenyum. Kanta hikmah yang di anugerahkan Yang Maha Esa buat dirinya bukan sahaja membesarkan imej hikmah, malah juga memberikan kekuatan luar biasa supaya tidak kalah dengan perasaan sendiri.


-The End-
blog comments powered by Disqus