Isnin, 6 Disember 2010

Lembaran Baru

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam yang telah Engkau berikan walaupun kadang-kala diri ini lalai dalam mengingati Mu, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang amat diri ini kasihi serta kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah peperiksaan ana untuk semester nie sudah melabuhkan tirainya pagi semalam. Terasa bersyukur kerna berjaya menempuhnya. Ana akan pulang ke kampung halaman malam nie. Masih dalam proses mengemas segala barang yang ada dalam bilik nie, bersepah-sepah lagi…hehe.

Tahun ini dan semester ini banyak sekali mengajar dan mentarbiyah ana secara tidak langsung. Ilmu kehidupan yang dicari buat bekalan apabila sudah tamat pengajian nanti. Mencari asset dan skill yang berguna buat diri agar dapat berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. insyaAllah…

Masih terkenang pertanyaan yang diajukan oleh seorang ustaz, “ukhty sudah semester berapa ya sekarang?”.

“Dah semester lima ustaz”, ana menjawab sponton.

“Dah semester lima rupanya, rasa macam baru je jumpa”, katanya lagi.

Ana tersenyum sambil berkata sendiri, “sudah tiba masa untuk saya berundur”. Tidak menyangka kata-kata tersebut mematikan senyuman seorang sahabat ana lantas memandang ana dengan wajah yang muram. Kata-kata yang punya maksud tersirat di sebaliknya.

Masa ana untuk berada di kampus masih berbaki satu tahun sahaja lagi, ilmu yang ada diturunkan kepada adik-adik junior untuk meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah s.w.t. disini.

Berbagai pengalaman yang telah ana lalui sejak berada di disini. Aturan Allah s.w.t. yang masih mahu ana berjauhan dengan keluarga tercinta. Merantau di negeri orang mencari bekalan hidup menuju redha Allah s.w.t.

Tersenyum sendiri takkala ada yang bertanya, “akak orang mana ye?”

“adik rasa akak orang mana?” soalannya ana jawab dengan persoalan.

“orang KL? Johor? Selangor? Pahang?”, bertalu-talu nama negeri disebut, sayangnya tidak ada satu pun yang betul…hehe..

“akak orang kelantanlah dik…”

“laa…akak orang Kelantan ke? Kenapa tak da loghat Kelantan pun…hehe” katanya dengan nada pelik.

“hehe…biasalah, anak perantau…”,jawab ana. Itu sebab ana berdoa sangat-sangat moga ana berjodoh dengan orang Kelantan juga nanti. Tak nak merantau jauh-jauh dah…huhu…

Semester ini ana begitu serius dalam perniagaan. Mencuba pengalaman baru yang jarang sekali muncul. Ana membuka gerai di cafeteria kolej bersama tiga orang lagi sahabat sehingga gerai tu mendapat gelaran gerai muslimah…hehe… Hasrat hati yang ingin dan mahu menonjolkan bahawa Islam juga hebat dalam perniagaan. Jika DIA mengizinkan, ana akan ceritakan pengalaman yang telah kami lalui.

Jatuh bangun dalam dunia da’wah yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang banyak. Jika para pembaca masih ingat ana ada menulis artikel menjadi sejarah, sekadar coretan hati supaya ianya menjadi kenangan manis dalam hidup setelah bangkit semula dari luka yang parah.

Pimpinan RM difitnah. Akhirnya fitnah tersebut tersebar sehingga menyebabkan bekas pimpinan RM yang sudah diserap masuk dalam kelab Islamic yang lain hampir dilucutkan jawatan dek kerna pucuk pimpinannya termakan fitnah yang menyatakan kamilah punca menyebabkan RM dibubarkan. Mungkin risau kelab tersebut dibubarkan juga jika ada mereka.

Sedangkan kami ini hanya menjadi mangsa keadaan kegeraman sesetengah pihak. Sudahlah jatuh terduduk, belum sempat untuk menyapu luka akibat jatuh. Di pukul pula hingga meninggalkan parut dihati. Saat dan ketika itu, hanya Allah s.w.t. yang tahu betapa ana dan sahabat yang lain cuba untuk membersihkan nama kami semua.

Beberapa hari yang lalu, mantan pimpinan RM yang lepas mesej bertanya khabar keadaan perjuangan disini. Apabila dikhabarkan berita itu kepadanya, manik-manik jernih mengalir dipipi ana. Bukan kerna terasa luka lama berdarah kembali dek teringat kisah lalu, tetapi air mata kesyukuran kerna diri ini dipilih untuk menerima dan melalui ujian yang menggetirkan ini…subhanallah…(^_^)

Meminjam kekuatan keteguhan jihad Khalid al-Walid yang dilucutkan jawatan oleh Khalifah Umar al-Khatab dan digantikan dengan Abu Ubaidah bin Jarrah. Khalid al-Walid yang ketika itu sedang berperang dengan tentera Rom di tanah gurun Yarmouk yang juga merupakan peperangan terakhir Khalid al Walid dengan memperolehi kemenangan walaupun berhadapan dengan kuasa tentera yang paling kuat.

Hatinya yang penuh dengan keikhlasan terus berkata “"Aku berperang bukan kerana Umar al Khatab tetapi aku berperang kerana Allah s.w.t”….Subhanallah…

XXXXXXXXXXXXX

Meja tempat ku berfikir...(",)

Tempat yang banyak ana melakukan aktiviti. Ulangkaji pelajaran, membuat kertas kerja program, menulis, melayari internet, dan macam-macam lagi. Ana akan rindukan suasana ini apabila sudah mula bercuti nanti kerna jiwa ku yang suka mencari kerja…hehe…

Hari ini adalah hari terakhir ana berada di kampus sebelum pulang ke kampung halaman buat semester ini dan juga hari terakhir sebelum masuknya tahun baru hijrah. Moga-moga tahun baru yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi memberi semangat dan motivasi buat diri ini supaya teguh berdiri. Azam ku untuk terus maju dalam dunia perniagaan, da’wah juga penulisan.

Menusuri jalan berliku yang penuh mehnah dan tribulasi menuju redhaNya dengan suluhan cahaya dari Ilahi. Moga Allah s.w.t. teguhkan Iman dan istiqomah pada jalan telah ku pilih sejak bertahun-tahun lalu…ameen ya robb…

Salam Maal Hijrah...(^_^)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)
blog comments powered by Disqus