Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat yang telah Engkau berikan, semoga hamba ini menjadi hamba yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk menulis. Kondisi badan yang kadang-kala turun dan naik suhunya. InsyaAllah akan pulih seperti sedia-kala beberapa hari lagi
.
Tidak menyangka, badan ana akhirnya tidak mampu lagi bertahan. Dalam keadaan badan yang sudah teramat keletihan, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu membuatkan ana tewas pada kali ini.
Ana sudah berasa tidak selesa pada sebelah malamnya, namun dibiarkan sahaja dan berdoa semoga baik-baik aja pada keesokan harinya. Tanggapan ana meleset takkala kondisi badan semakin membimbangkan. Lantas menghantar mesej kepada sahabat untuk teman ana ke Pusat Kesihatan Universiti.
Dia sudah risau melihat keadaan ana, tambahan pula ana pernah masuk wad sebelum ini dan dia jugalah yang menjaga ana. Sudah banyak kali dia titipkan pesanan supaya ana tidak mengabaikan kesihatan takkala sibuk menguruskan pelbagai kerja. Kali ini, dapat khutbah free dari dia…hehe.
Pengalaman yang dilalui sebelum nie membuatkan ana berkira-kira untuk segera pulang ke rumah. Ubat yang dibekalkan kepada ana dari rumah juga sudah kehabisan.
Ana cuba bertahan, Alhamdulillah berhasil selepas abah dan umie memberikan beberapa tips pemakanan dengan izin dari Allah s.w.t… Ana diminta untuk makan buah oren bagi mendapatkan vitamin C dan buah epal merah untuk turunkan suhu badan yang panas.
Mendapat cuti dua hari dari Doktor memberi ruang kepada ana untuk berehat secukupnya. Ana tergelak sendiri membaca mesej dari seorang sahabat.
“assalamualaikum, kepada sahabatku yang tidak suka rehat…rehat banyak-banyak tau…hurm…kalau tak demam, tak restlah sahabatku nie… =) asyik berkerja je…rest TAW! Dan makan ubat”.
Jika minggu lepas ana sibuk dengan urusan akademik, minggu ini pula ana sibuk dengan urusan program. Dua program dalam kampus dan satu program di Perlis. Pada hari ana jatuh sakit, telefon tidak berhenti berdering. Mesej penuh dalam inbox hingga mesej yang lain tidak dapat masuk dan ada beberapa miscall yang masuk sebaik sahaja ana sedar dari tidur.
Sahabat yang lain datang untuk mengurut kaki ana bagi buang angin dalam badan. Mungkin dia tidak sampai hati melihat ana melayan segala mesej dan call yang ada, lalu dia post pesanan dalam facebook ana.
“Bidadari besi sedang berehat dan dalam proses sembuh…kepada sahabat-sahabat… bagilah dia ruang untuk rehat ye… InsyaAllah bila dia dah sembuh, dia akan bersama sahabat-sahabat semua untuk lakukan kerja seperti biasa”
Dalam masa yang sama, datang seorang adik junior yang juga sahabat seperjuangan menziarahi ana. Katanya sahabat-sahabat yang lain terkejut apabila dikhabarkan ana bakal menarik diri dari program sepanjang minggu nie.
Masakan tidak, program yang penuh dengan pelbagai ujian dari minggu lepas lagi untuk melaksanakannya. Akhirnya, ana pula yang terpaksa menarik diri disaat akhir. Moga mereka mengerti, walaupun jasad ana tidak bersama mereka. Semangat dan doa ana mengiringi tiap langkah mereka.
Ana tulis artikel ini buat sahabat-sahabat yang ada bersama ana disaat ana memerlukan kalian. Kebaikan kalian tidak mampu ana balas satu persatu, hanya berdoa semoga Allah s.w.t. membalas kebaikan yang telah kalian lakukan untuk sahabat mu ini.
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang datang ziarah, menghantar mesej melalui telefon, dan doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. supaya ana segera sembuh dan pulih seperti biasa. Syukran jazilan sahabatku.
Melihat dengan mata hati semua jasa dan kebaikan kalian membuatkan diri ini semakin kuat dan bersemangat untuk melawan segala kesakitan yang dialami.
Alhamdulillah Allah s.w.t. memberikan hamba ini kerehatan yang cukup melalui hikmah kesakitan ini. Doakan semoga ana segera pulih ye. Medan perjuangan sedang menunggu ana.
Ukhuwah yang dibina atas nama Allah
Tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi…
Tetapi akan selalu berkongsi air mata
Dikala suka dan duka…
Kesedihan sahabatnya bagai pedang yang menikam,
Keceriaan sahabatnya bagai pelangi yang tidak akan hilang,
Kehilangan sahabat bagai hilang permata termahal di dunia,
Itulah sunnah jalinan persahabatan.
.::Syukran sahabat-sahabatku::.