“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi nikmat dan kesempatan untuk berkongsi sessuatu dengan para pembaca sekalian. Moga nukilan yang dipaparkan dalam diari ini memberi manfaat untuk kita bersama…insyaAllah..
Masih ana ingat beberapa hari yang lalu. Takkala sedang berusrah dengan sahabat-sahabat di surau selepas solat maghrib berjemaah, kedengaran pengumuman di corong speaker yang dipasang di setiap blok.
“perhatian kepada semua pelajar, malam ini akan diadakan senamrobik di depan dewan pada jam 8.45 malam. Kehadiran adalah diwajibkan dan kedatangan akan diambil untuk SIRA”
Ana tersenyum sendiri sebaik sahaja pengumuman itu tamat, lalu menyambung kembali pengisian usrah setelah diam seketika untuk mendengar pengumuman yang berkemundang.
Selang beberapa minit, pengumuman itu berkemundang lagi. Diri ini sudah tidak senang duduk. Seperti juga tadi, menyambung semula pengisian usrah. Setelah itu, azan isya’ berkumandang di surau blok muslimin dan Masjid.
Kedengaran pula Iqamat dilaungkan, para Muslimin sedang menunaikan solat dan kami segera mempercepatkan pengisian dalam usrah. Setelah itu, kedengaran bunyi muzik dari barat di depan dewan. Ana terkesima.
Setelah memperbaharui wuduk, kami solat isya’ berjemaah. Takkala sampai di rakaat yang ke-3, muzik tersebut kedengaran lagi dan makin kuat dipasang. Cuba sedayanya untuk khusyuk.
Sebaik sahaja sujud yang terakhir, hati ini sudah tidak mampu ditahan lagi. Air mata sudah tidak mampu dibendung lagi, menangis dihadapan Allah s.w.t… Selesai solat, tangan diangkat dan doa dialunkan.
“ Ya Allah….kami insan yang penuh dengan dosa bersimpuh dihadapan Mu ini Ya Allah, ampunkanlah dosa kami ini Ya Allah. Engkau Maha Melihat dan Maha Mendengar segala isi hati kami. Maksiat berada dikanan, kiri, hadapan dan belakang kami Ya Allah, lindungilah kami Ya Allah. Kami tidak kuat Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami, mantapkanlah Iman kami. Berikanlah Kami ini hidayah Ya Allah dan janganlah Engkau tarik kembali hidayah setelah Engkau berikan kepada kami ini Ya Allah…”
“ Ya Allah…bukakanlah hati mereka Ya Allah, tunjukkanlah mereka jalan yang lurus Ya Allah…berikanlah mereka hidayah Ya Allah, sentuhlah hati mereka bahawa hanya dengan Islam mereka akan selamat. Bantulah mereka Ya Allah…”
“sesungguhnya, tiada daya upaya, tiada kekuatan melainkan pertolongan dari Mu Ya Allah…”
Kami menangis teresak-esak bak anak kecil kehilangan ibunya. Kami berpelukan sesama sendiri sambil menangis. Kedengaran sahabat berkata-kata,“ana takut, semalam dah buat hiburan, malam nie buat lagi. Ana takut diri nie tak kuat kalau hari-hari nie macam nie…takuttt…”
Air mata ini makin laju mengalir, lantas minda teringat segala pengorbanan Baginda s.a.w. dan para sahabat dahulu bermati-matian untuk tegakkan Islam. Teringat betapa kasih dan sayangnya Baginda s.a.w. kepada umatnya. Ya Allah…teguhkan Iman kami.
.::aku menangis melihat Umat Islam kini…(T____T)::.