“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba ini termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang teramat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus mencoretkan sesuatu dalam diari kesayangan ana nie. Moga diri ini terus istiqomah dalam menulis…insyaAllah ameen.
Ana teringin berkongsi sesuatu dengan para pembaca sekalian. Sebaik sahaja program Bengkel Fasilitator melabuhkan tirainya, ramai peserta yang memberi respon yang baik. Ana bersyukur kepada Allah s.w.t. kerna mengizinkan untuk kami terus melaksanakan program tersebut walaupun diuji dengan pelbagai masalah.
Antara pengisian yang menarik minat peserta dan memberi kesan kepada mereka adalah slot khusus buat Muslimat. Idea dan ilham itu datang disaat akhir, hanya membuat persediaan sekitar 20 hingga 30 minit.
Slide yang pertama...(^_^) |
Terdetik dihati untuk melaksanakannya takkala ada ruang sementara menunggu para muslimin selesai menunaikan solat Jumaat. ‘Kerana Diri Mu Begitu Berharga”, itulah tajuk yang muncul di minda ana. Hanya ada 4 slide sahaja, tetapi manfaatnya cukup banyak…Alhamdulillah…
Seorang wanita atau muslimat mempunyai harta atau mahkota yang begitu berharga, tidak mampu dibeli atau dibayar dengan harga yang tinggi sekali pun. Kehormatan dan maruah diri wajib dijaga dan dilindungi dengan serapi yang boleh.
Ana mulakan sesi dengan gambar ini. Apa pendapat dan tafsiran para pembaca takkala melihat gambar ini?
Mana satu yang akan kalian pilih? |
Pasti banyak tafsiran yang bakal para pembaca luahkan, ana katakan sedemikian kerna peserta muslimat juga begitu. Hanya satu gambar sahaja tetapi punya pelbagai tafsiran mengikut pendapat masing-masing.
“akak, gambar nie diibaratkan seperti seorang muslimat yang menutup aurat dengan rapi sehingga membuatkan lelaki malu untuk dekat dengannya”, kata seorang peserta.
“kalau kita lihat, lalat yang ada dalam gambar tu diibaratkan seperti lelaki, manakala coklat lollipop itu diibaratkan seperti seorang wanita. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna membuatkan dia dilindungi dari disentuh dengan sewenang-wenangnya oleh lelaki. Pakaian yang dipakai itu membuatkan dia mampu menjaga kehormatan dirinya” kata seorang peserta yang lain.
“saya pernah dengar kata-kata dari seseorang, seorang wanita diibaratkan seperti coklat. Diluar nampak cantik dengan balutan yang cukup menarik, namun takkala pembalut tersebut dibuka dan dibuang, hilang segala kecantikkan tadi. Jadi, gambar itu menunjukkan hanya insan yang benar-benar terpilih dan layak akan memiliki lollipop yang terbungkus dengan rapi” kata seorang peserta lagi.
Ana tersenyum sendiri mendengar segala pendapat dan pandangan yang dilontarkan oleh para peserta kerna semuanya betul belaka. Lantas ana membuat satu rumusan atau kesimpulan berdasarkan pandangan yang telah diluahkan.
Slide yang kedua...(^_^) |
“Baiklah, sekarang ana mahu tanya sahabat-sahabat semua. Jika diberi pilihan, coklat mana yang akan kalian pilih, yang berwarna hijau atau oren?”
Dan hampir kesemuanya menyatakan untuk memilih coklat yang berwarna hijau. “pilihan itu tepat, ana sendiri merasa jijik untuk pilih coklat yang oren tetapi ana pelik, kenapa ada dalam kalangan kita berada di kedudukan coklat yang berwarna oren?”
Masing-masing terdiam. “Bukankah kita tahu Allah s.w.t. memerintahkan kepada kita supaya wajib menutup aurat dengan sempurna. Ada sahabat muslimin ana bagitahu, dia kagum melihat muslimat yang menutup aurat dengan sempurna terutama muslimat yang memakai tudung labuh”.
“sebabnya tidak ramai yang mampu untuk memakainya, apatah lagi untuk istiqomah dengan tudung tersebut di zaman moden yang penuh dengan cabaran nie”
Ana juga terangkan tidak ada salahnya untuk memakai tudung biasa asalkan tempat yang di wajibkan oleh Allah s.w.t. ditutup dengan rapi. Namun ana amat mengalakkan para muslimat untuk bertudung labuh. Bagi mereka yang sudah memakainya akan mengetahui betapa banyak sekali hikmahnya.
Ana tunjukkan bukti kepada para peserta tentang kehebatan dan keunikan memakai tudung labuh melalui tudung yang ana pakai. Ana juga tunjukkan aras setakat mana kelabuhan yang sesuai dan benar-benar menutup apa yang patut ditutup. Alhamdulillah, ramai yang terbuka minda setelah mendengarnya.
Ana juga meminta seorang muslimat yang baru mula untuk istiqomah bertudung labuh menceritakan pengalamannya tentang bagaimana keadaannya sebelum dan selepas memakai tudung labuh. Cukup menggetarkan jiwa, ana melihat ramai yang terkesan mendengar bait kata-katanya.
Sebelum ana mengakhiri slot tersebut, ana katakan kepada mereka. “janji Allah s.w.t. itu pasti, wanita ramai yang masuk neraka dan ramai yang masuk syurga. Kita yang memilih untuk berada di mana.”
Selepas tamat sesi tersebut, ada adik junior yang berkongsi cerita. “ada seorang sahabat saya nie, mak dia tak bagi dia pakai tudung labuh. Tetapi dia tetap dengan pendiriannya, dalam masa yang sama akhlaknya juga berubah hingga hubungannya jadi baik dengan mak dia”
Lalu ana kata padanya, “tudung yang kita pakai ini bukan sekadar tudung biasa tetapi ia adalah “perisai” yang cukup kebal dan hebat”.
Jadi, wahai para muslimin di luar sana. Tutuplah aurat dengan sempurna, janganlah menampakkan lutut kalian. Aurat kalian amat sikit tetapi kenapa begitu sukar sekali untuk menutupnya terutama sekali takkala bersukan. Tidak malu dengan kami ke? Hehe…
Duhai puteriku….
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu bisa menakluk dunia
Tanpa kau sedari,
Keremajaan mu bisa menakluk dunia
Dalam lalai dan leka….
Berkatalah dalam diri…………….
“kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan mu adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu dengan iman….
Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…
”Duhai Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..
Berkatalah dalam diri…………….
“kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia,
Kesegaran dan kejelitaan mu adalah fana belaka,
Salutilah tubuhmu dengan iman….
Kerna ia sangat manis pada pandangan dan jua perhiasan…
”Duhai Muslimat terpuji…
Berfikirlah untuk menjadi insan berguna
Agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiran mu…..
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)