“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi
Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda s.a.w.. Tidak lupa jua buat kaum
muslimin dan muslimat yang lain.
Alhamdulillah
wa syukrillah, baru sahaja selesai membaca sebuah buku dari seorang penulis
yang amat ana minati penulisannya. Bukunya yang lain juga sudah ana khatam
membacanya.
Buku
hasil penulisan darinya tidak pernah mengecewakan para pembaca seperti ana yang
sentiasa dahagakan tarbiyah. Selalu juga ana baca tulisan beliau melalui blog
yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Sentiasa istiqomah dalam menulis walau
sepadat dan sesibuk mana jadual sehariannya. Moga Allah berkati umur mu yang
sentiasa diberikan untuk ummah.
Penulis
yang ana maksudkan adalah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Ini pula kulit muka depan
buku tersebut iaitu ‘Di Hamparan Shamrock; Ku Seru Nama-Mu’.
Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri.
Mimpi ngeri yang pada mengenangnya,
kita boleh terbangun pada tengah malam,
berpeluh-pelu, ada kalanya sesak nafas,
dan malu untuk ia diketahui orang.
Dia tidak terkecuali.
Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian
yang belum terungkap.
Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk
dia bangkit dengan sebuah keyakinan.
Keyakinan untuk jujur kepada diri.
Akur kepada liku-liku skrip kehidupan, yang
menyampaikan ustaz ini kepada di mana dia berada, pada hari ini.
Dengan linangan air mata, dia ucapkan, “Alhamdulillah…
Di Hamparan Shamrock, Ku seru nama-Mu”.
Itulah
catatan yang tertulis di kulit belakang buku ini. Buku ini tebal dan sarat
dengan ilmu yang pelbagai membuatkan ana tidak sabar untuk khatam.
Membaca
buku ini membuatkan jiwa ana terusik sendiri. Masih teringat permulaan langkah
sejak di tingkatan 4, ‘tercampak’ ke dunia yang begitu jauh dari tarbiyah Islam
sebenar. Melalui liku kehidupan yang banyak berendam dengan air mata.
Alhamdulillah
wa syukrillah, tiap musibah hadir bersama hikmah. Ujian kehidupan itulah yang
menjadikan ana seperti yang ada kini.
Membaca
buku ini juga membuatkan air mata ana turut mengalir apabila penulis
menceritakan kesedihan yang beliau alami. Tidak kurang juga membuatkan ana
senyum dan ketawa sendiri apabila penulis menceritakan keceriaan yang beliau
alami. Buku ini seolah-olah membuatkan ana turut ‘mengembara’ bersama dengan
beliau ketika membacanya! MasyaAllah…(^^,)
Seperti
buku yang lain, buku ini ana banyak habiskan pembacaannya ketika menunggu
giliran di pejabat pos, depan lampu isyarat, dan sebelum tidur kerana itu
sajalah masa yang ‘tepat’ untuk bermain dengan emosi ketika membacanya.
Maka,
ana sarankan kepada para pembaca sekalian, jadikanlah buku ini sebagai salah
satu koleksi buku tarbiyah yang ada dalam simpanan kalian. InsyaAllah tidak
rugi membacanya. wallahua’lam.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)