“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
wa syukrillah atas nafas yang masih berbaki ini. Moga hari ini lebih baik dari
semalam. Selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad
s.a.w. dan kaum kerabat Baginda s.a.w.. Juga buat kaum muslimin dan muslimat
sekalian.
Petang
semalam, ana dah ahli keluarga berkesempatan untuk keluar bersama setelah
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri (adik-adik pergi sekolah, abah dan
ummi pergi mengajar, ana pula dengan kerja menjahit). Kami pergi beli barang
dapur dan terus makan malam disitu.
Ketika
sedang beratur untuk membayar barang yang diambil, azan maghrib berkumandang.
Abah minta kami (anak-anak) pergi solat maghrib dahulu sementara abah bayar
barang dapur.
Sebaik
sahaja masuk ke surau muslimat, MasyaAllah… sangat ramai orang hingga nak ambil
wuduk dan solat juga perlu beratur. Seperti biasa, ana akan perhatikan tingkah
laku dan gelagat manusia yang berada dihadapan ana.
Ana
melihat kebanyakan muslimat yang mahu solat tercari-cari kain telekung yang
terletak di rak ruang belakang surau. Ada juga yang menunggu di belakang yang
sedang solat, menunggu giliran untuk gunakan kain telekung agaknya.
Tiba-tiba
sahaja teringat kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat, “awak, kat sini
takda kain telekung la. So, tak boleh nak solat. Kita solat kat rumah lah ya”.
Terngaga sahabat ana mendengar perbualan mereka.
Ketahuilah,
kain telekung itu bukan WAJIB dipakai ketika solat. Solatlah dengan pakaian
yang kamu pakai jika diyakini menutup aurat dan suci dari najis. Cuba bayangkan
berapa banyak masa yang dapat dijimatkan jika solat dengan pakaian yang kita
pakai.
Masih
ramai yang belum solat dan menunggu untuk menggunakan ruang tersebut bagi
menunaikan kewajipan kepada Allah. Persoalan disini, pakaian yang dipakai pun
belum menutup aurat, bagaimana mahu solat dengan pakaian tersebut?
Mahu
tahu pakaian itu benar-benar menutup aurat, kita yakin untuk solat dengan
pakain tersebut. Jika tidak, sila semak dibahagian mana yang belum ditutup.
Teringat
pula kata-kata ini :
Semalam,
ada seorang pelanggan ‘Bidadari Solehah Enterprise’ bagi pesanan dalam inbox
untuk tempah kain labuh. Beliau antara pelanggan tetap yang sering berurusan
dengan ana. Masih ingat kali pertama dia meluahkan hasrat untuk bertudung
labuh.
Ana
sarankan supaya beliau mencuba tudung segi 3 bidang 55. Alhamdulillah beliau
beli lagi tudung yang sama setelah mendapat sokongan dari suaminya yang
mengatakan beliau semakin cantik apabila memakai tudung labuh tersebut.
Untuk
pengetahuan umum, tudung tersebut hanya satu warna tanpa ada labuci, manic,
sulam dan sebagainya. Apa yang membuatkan beliau semakin cantik sedangkan
tudung beliau sebelum ini mempunyai sulam, manic, labuci dan sebagainya. Cantik
kerana tudung labuh tersebut menutup aurat yang sepatutnya ditutup. Benarlah,
tertutup itu indah…(^^,)
"Hidup yang
hanya memikirkan kecantikan diri, adalah falsafah hidup burung merak. Cantiknya
lebih, manfaatnya tidak setara. Daging tidak dimakan, burung lain enggan
berkawan. Terbang tidak setinggi mana, lagaknya mendabik dada. Merak hanya ada
kecantikan yang dimodalkan untuk dibanggakan..."
"Jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu".
[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil l Di Hamparan Shamrock]
"Jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya? Insan lebih mulia dari itu".
[Ustaz Hasrizal Abdul Jamil l Di Hamparan Shamrock]
Fitrah
wanita sangat sukakan kecantikan. Sangup menghabiskan ratusan ringgit untuk
membeli barang kosmetik, produk pelangsingan badan, pencuci muka dan sebagainya
tetapi tidak sanggup untuk membeli pakaian yang menutup aurat.
Lagi
membuatkan ana teramat kesian adalah ‘mangsa fesyen’ yang diperdayakan atas
nama ‘fesyen muslimah’. Walhal, pakaian tersebut langsung tidak menutup aurat,
malah sekadar membalut aurat dan cukup syarat iaitu asalkan tutup dan tidak
dihiraukan apakah pakaian tersebut nipis, jarang atau melekat pada tubuh.
Allahu Allah.
Ketika
ini, satu Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan sedang mempromosikan kempen menutup
aurat yang diberi nama ‘Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa’ (GEMAR) yang
berlangsung samaada di dalam atau luar Malaysia yang bakal dilaksanakan secara serentak
pada 14 Februari 2013.
Apa yang kalian boleh lakukan:-
1. Cetak mana-mana poster yang terdapat didalam page ini. eloknya dalam keadan berwarna
2. Cari kawasan yang mempunyai monumen/tanda nama kawasan/ bangunan yang menarik dan dikenali.
3. Ambil gambar anda memegang poster ini dengan bangganya.
4. Poskan gambar tersebut kedalam fanpage ini.
#Alhamdulillah, anda telah membantu dalam kempen ini. pihak kami akan cuba untuk mengumpul 1000 keping gambar bagi membantu menyebarkan kempen ini.
Pensyariatan
Hijab dalam Islam adalah memberikan perlindungan secara total kepada para
wanita Islam. Islam hadir sebagai penyelamat umat. wallahua’lam.