“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur atas segala nikmat yang telah diberikan,
hanya pada Mu, Allah ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hati yang dirindui,
Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Buat kaum muslimin dan muslimat,
moga sentiasa dalam dakapan iman dan hidayah Allah.
Alhamdulillah
wa syukrillah atas izin Allah, perancangan untuk melakukan satu aktiviti
kebajikan terlaksana jua. Mungkin ada pembaca yang ternanti-nanti untuk
mengetahui kisah selanjutnya berkaitan artikel yang ana tulis pada minggu lepas
iaitu Kisah kehidupan.
Sebaik
sahaja pulang ke rumah setelah selesai urusan penghantaran kain, ana tak dapat
nak lelapkan mata. Entah mengapa, setiap kali mata terpejam, asyik terfikir
apakah Kak Yah sekeluarga juga dapat tidur lena malam itu. Apabila mahu makan,
terfikir apakah Kak Yah sekeluarga juga punya makanan untuk mengisi perut.
Ana
jadi tidak senang duduk setelah mengetahui perjalanan hidupnya yang sebenar.
Keadaan itu membuatkan ana demam dan suhu badan naik mendadak menyebabkan ana
asyik terjaga dari tidur.
Ana
tidak tahu bagaimana orang lain boleh terasa tenang, damai dan seolah-olah
tiada apa-apa berlaku walaupun mengetahui ada saudaranya yang serba kekurangan
dan daif hidupnya di luar sana. Allahu Allah…
Maka,
ana merancang sesuatu seperti yang ditulis pada artikel lepas iaitu mahu pergi
semula ke rumah Puan Kamariah Bt Husin atau lebih mesra dipanggil Kak Yah
dengan membawa sedikit bekalan makanan mentah dan sumbangan kewangan dari orang
lain.
Sangat
berterima kasih buat insan yang sudi memberikan sumbangan kewangan kepada Kak
Yah. Alhamdulillah, duit itu telah ana serahkan kepada Kak Yah sendiri. Terima
kasih juga buat sahabat pembaca yang sudi menyebarkan kisah hidup Kak Yah.
Untuk
pengetahuan umum, hikmah daripada tersingkapnya rahsia hidup Kak Yah sekeluarga,
ianya menjadi detik permulaan bilamana satu unit telah ditubuhkan yang diberi
nama Skuad Kebajikan Syarikat Bidadari Solehah Enterprise yang bernaung di
bawah syarikat Bidadari Solehah Enterprise.
Skuad
Kebajikan ini memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kebajikan dengan
kadar segera buat mereka yang memerlukan. Skuad Kebajikan ini masih dalam
proses permulaan, moga Allah permudahkan semuanya.
Jadi,
pada Jumaat yang lalu, ana dan beberapa orang sahabat muslimat telah singgah ke
Giant di Kota Bharu bagi membeli sedikit barang makanan mentah untuk diberikan
kepada Kak Yah sekeluarga.
Malam
sebelum hari Jumaat, Kak Yah bertanya kepada ana melalui mesej, apakah ana akan
pergi ke rumahnya pada keesokan hari dan berapa orang yang akan turut serta.
Apabila ana mengatakan dalam lima orang yang akan ikuti, dari ayat yang dia
balas, berbaur kerisauan.
Sebaik
sahaja ana sampai ke rumahnya, barulah ana mengetahui yang rumahnya langsung
tidak menyimpan bekalan stok makanan. Apabila mahu makan baru pergi beli di
kedai dan masak sendiri. Allahu Allah.
Aktiviti dalam memilih barang mentah |
Antara barang yang dibawa ke rumah Kak Yah |
Sebaik
sahaja ana dan sahabat ke rumahnya dengan membawa bekalan makanan mentah, ana
dapat lihat wajahnya yang seolah-olah mahu menangis. Anak perempuannya juga
begitu, cuma mereka tahan dari air mata mengalir keluar.
Mungkin
tidak menyangka bantuan itu tiba setelah hampir 13 tahun berusaha meminta
pertolongan dari badan kebajikan yang akhirnya langsung tidak membuahkan hasil.
Kami
di hidangkan dengan bihun goreng dan keropok, ditambah pula dengan sirap limau.
Nampak serba kekurangan tetapi ahli keluarganya menghargai apa yang disediakan.
Benar, orang miskin dan susah lebih tahu apa itu erti syukur.
Ini latar belakang serba sedikit berkaitan Kak Yah.
Nama: Kamariah Binti Husin
Tempat tinggal: Wakaf Bharu, Kelantan.
Umur: 57 Tahun
Status: Janda (kematian suami)
Kerja: Jurujual kain
Gaji: RM650 sebulan.
Bilangan anak: 4 orang (2 lelaki dan 2 perempuan)
Tinggal dengannya: 3 orang anak, seorang menantu dan 3 orang cucu
Kak
Yah sudah mempunyai dua orang menantu dan 7 orang cucu. Hidup anaknya
juga susah, anak sulungnya hanya mengambil upah mengacau sambal daging
di pasar. Manakala seorang lagi anak perempuannya yang sudah berkahwin
adalah suri rumah (yang tinggal dengan Kak Yah).
Diceritakan,
menantu yang tinggal dengannya dianaiya sehingga dibuang kerja akibat
ada yang dengki dengannya dan baru sahaja dapat kerja sebagai
buruh kasar. Sangat kesian sebab sebelum nie dapat kerja tetap tetapi
dibuang kerja menyebabkan isteri dan anak-anak turut terheret dalam
masalah ini.
Dibawah
ini adalah gambar yang ana ambil sendiri untuk didedahkan kepada umum. Biarkan
gambar pula yang berbicara dan menjelaskan perihal yang sebenar. Moga terbuka
mata hati insan yang melihat dan sudi untuk menghulurkan bantuan.
Ruang Tamu |
Bumbung di ruang tamu. Anak panah menunjukkan paip yang menakung air dan atap tidak ditutup rapi |
Dinding rumah yang sudah pecah. Lantainya juga sudah tidak kukuh dan tidak boleh dipijak lagi. |
Ruangan dapur. |
Anak panah menunjukkan pintu bilik air yang sudah tercabut dan singki dapur |
Singki dapur yang mana airnya terpaksa ditadah dalam bekas tiap kali mahu membasuh di singki dibsebabkan air tidak dapat mengalir keluar dan kadang-kala membasahi lantai rumah |
Bilik tidur dan ruangan ini sudah pun tidak kukuh dan hanya bergantung pada satu tiang. Menunggu masa untuk roboh. |
Lantai bilik yang hampir roboh. |
Halaman depan rumah |
Tepi rumah. |
Tepi rumah |
Belakang rumah |
Sempat juga anak bertanya berkaitan bil utiliti dirumahnya. Amat terkejut apabila dikhabarkan dua hari sebelum kami ke rumahnya, dia dan ahli keluarga terpaksa bergelap semalaman kerana tidak punya duit untuk menjelaskan bil eletrik kira-kira satu tahun yang lalu.
Majikan menantunya yang berbangsa cina mendapat tahu keadaan mereka dan terus menghulurkan RM300 untuk jelaskan tunggakan lama yang berjumlah RM500 lebih tanpa memotong sedikit pun gaji menantunya walaupun diminta kerana majikannya itu suka bantu orang susah. Kita yang Muslim ini bagaimana pula ya?
Jika tidak mampu membayar bil eletrik hingga tunggakan bil hampir satu tahun, ana tidak dapat bayangkan bagaimana hidup mereka sekeluarga dalam tempoh itu. Allahu Allah. Ajarkan hamba erti syukur melalui kisah ini.
Ketika
ini ana cuba untuk membantu keluarga Kak Yah bukan setakat cuba perbaiki
rumahnya yang hampir roboh, malah cuba untuk membantu mereka memulakan
perniagaan sendiri. Bukan semua gambar dipaparkan dalam blog nie. Bagi yang ingin mengetahui lebih banyak, boleh buka album nie ya 'Skuad Kebajikan Bidadari Solehah Enterprise'.
Katanya
mahu cuba berniaga jual kuih-muih secara kecil-kecilan. Ana perlu buat survey
dan kajian pasaran terlebih dahulu. Sangat bersyukur apabila ana ditakdirkan
mengambil bidang Muamalat ketika belajar Ijazah dulu. Banyak sangat ilmu yang
dipelajari semasa kuliah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pendapat
ana sendiri, golongan miskin masih miskin walaupun bantuan diberikan setiap
bulan kerana mereka sering diberikan ‘ikan’ berbanding diajar untuk ‘memancing’
bagi mendapatkan ikan sebagai bekalan menghadapi hidup yang mendatang.
Bagi
sahabat pembaca yang mahu menghulurkan sedikit sumbangan, hatta RM1 sahaja,
kami tetap terima dengan sejuta penghargaan. Bagi yang mahu berikan sumbangan,
boleh email ana di bidadaribesi09@yahoo.com.
atau PM ana di inbox facebook Asma' Suardi.
Mohon
maaf kerana Skuad Kebajikan Bidadari Solehah Enterprise masih dalam proses
permulaan, jadi masih belum punya akaun sendiri. Doakan moga usaha kecil ini
sentiasa dipermudahkan urusan dan menggapai redha Allah.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)