“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi
Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda s.a.w… Salam Mahabbah buat para
muslimin dan muslimat sekalian, moga sentiasa dalam redha Allah s.w.t.
Fuhhh~
Tiup
habuk-habuk yang ‘berdebu’ dalam blog. Bersihkan ‘sarang’ yang sudah tertampal
di sana sini. Waaaa….sangat lama blog nie ditinggalkan tanpa apa-apa penulisan
yang baru.
Inilah
kali pertama blog ini tidak dikemaskini dalam tempoh satu bulan lebih. Bagi
ana, itu satu tempoh yang sangat lama. Makin teruk momentum penulisan sejak
akhir-akhir ini, kena koreksi diri dimana lompangnya :p
Malu
sendiri bila ada yang bagi pesanan di facebook.
“Assalamualaikum ukhty, nak alamat blog boleh? nak baca…(^^,)”.
Dush!
Dush! Dush!
Terasa
seperti disepak terajang je Iman nie. Bagi juga alamat blog walaupun segan. Tak
mengapa, mungkin ada manfaat dari artikel yang lalu.
Bila
‘teguran’ itu menyinggah, pasti ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Cepat-cepat
minta dengan Allah, setelah itu cuba mengatur masa sebaik-baiknya untuk mula
menulis semula.
Masa, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu.
Baru usaha yang selebihnya.
Bukan
sengaja tidak kemaskini penulisan ‘kembara’ nie. Sudah dicuba, tetapi sebaik
sahaja ada yang memanggil (adik-adik, abah, umi, tudung dan lain-lain), maka
tangguh dulu untuk sementara. Bagi alasan lagi.
Kalau
nak bagi alasan, memang panjang lebarlah artikel untuk kali ini. Tiba-tiba
teringat pula pesanan cikgu semasa masih dibangku sekolah.
Pelajar malas bagi alasan,
pelajar rajin cari jalan.
Okey,
‘tembak’ diri sendiri :p
Perlu
bijak membahagi masa untuk semua ‘jawatan’ yang ada dengan rela hati kerana ana
sendiri yang memilih jalan ini secara tidak langsung.
Moga
dalam hati, tiada yang lain dicari melainkan redha Allah.
Allah jua yang lebih Mengetahui :)
“JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)”.