Khamis, 2 Ogos 2012

Kebaikan hati...♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini.  Bersyukur atas pengalaman hidup yang menjadi guru kehidupan tanpa suara yang banyak mengajar hati ini untuk merasai makna hidup.

Teringat status di wall facebook seseorang, “apakah salah kalau saya dahulukan kehendak hati berbanding orang lain?”.

Ana tersenyum dan jari jemari mula menekan papan keyboard bagi membalas luahan hatinya saat itu. “Tak salah pun ukhty, gunakan kebaikan hati yang ukhty miliki untuk tentukannya…:) ”


Ana suka perhatikan gelagat manusia lain. Itu sikap yang sudah melekat pada diri sejak dari dulu lagi. Berada disatu sudut dan perhatikan gelagat manusia yang perbagai, unik! Anehnya, hati turut merasai apa yang dilihat oleh mata.

Apabila ada gelagat yang mencuit hati, bibir mengukir senyuman disebalik niqab dan adakalanya ana ketawa sendiri hingga sahabat yang menyedari reaksi ana tertanya-tanya. hehe!

“hati yang merasai, pasti memahami”

 Tetapi, jika ada gelagat yang ana tidak sukai, hati turut merasa pedih dan ana katakan pada diri, “tidak mungkin aku tiru sikap seperti ini sekiranya hati ini turut merasa pedihnya”.

Dari sudut hati ana yang dalam, ana tetap yakin dan percaya. Sejahat dan seburuk manapun seorang manusia itu, dalam hatinya tetap ada kebaikan hati, kerana itu fitrah semula jadi manusia. Kalau tidak, masakan manusia boleh berubah jadi lebih baik. Kan?

Hari-hari yang berlalu, ana berjumpa dengan pelbagai situasi, pengalaman dan gelagat manusia. Dari situ terselit sesuatu yang ana pelajari dan kata-kata sang murobbi tergiang-giang di telinga ana.

“Kebaikan hati, mampu menundukkan lawan”

Saat menulis tentang ini, kisah insan teragung bermain di minda. Baginda s.a.w tetap contoh terbaik yang pernah hidup di muka bumi. Kalau tidak, bagaimana mungkin Michael H.Hart dalam bukunya The 100 meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia nombor satu yang paling berpengaruh di dunia. MasyaAllah!

Lihat sahaja bagaimana kebaikan hati Rasulullah s.a.w sewaktu pembukaan Kota Makkah, tentera Islam memasuki Kota Makkah dari 4 penjuru dan para tentera dilarang sama sekali menyakiti  orang tua, wanita, kanak-kanak, lelaki yang tidak bersenjata, tanaman, rumah ibadat dan banyak lagi.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya menakluki Kota Makkah, orang Quraisy merasa bimbang kerana merasakan mereka bakal dibunuh apabila memikirkan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan kepada orang Islam sebelum ini.

Ternyata persepsi itu meleset sama sekali apabila Rasulullah s.a.w. sudi memaafkan mereka semua walaupun dalam kalangan mereka ada yang telah membunuh kaum kerabat Baginda s.a.w dan orang Islam yang lain. Kerana kebaikan hati Baginda s.a.w, ramai penduduk quraisy memeluk Islam. MasyaAllah…

Dan ana ‘hadiah’kan video ini untuk kita hayati bersama. Terima kasih buat kumpulan ini yang telah melaksanakan rancangan seperti ini. Moga Allah redha…



Jika ditanya pada kalian,“apa yang kalian mahu lakukan sekiranya Rasulullah s.a.w. berada disisi kalian?”.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus