Rabu, 22 Ogos 2012

Dia uji, tanda Dia sayang


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah. Lega rasanya apabila hati sudah kembali merasai untuk bertinta lagi. Rindu sangat-sangat perasaan hati ini kerana bahasa hati mudah untuk difahami berbanding bahasa lidah. Apabila melihat sesuatu, hati mudah mengerti dan tersentuh…^^

Ada sesuatu yang mahu ana kongsikan bersama dengan pembaca sekalian iaitu salah satu ibrah yang ana perolehi dalam hidup.

Seusai solat maghrib, adik-adik ana turun ke halaman rumah untuk bermain bunga api. Tiba-tiba, Sirajudin masuh dalam rumah dalam keadaan memegang tangan kirinya sambil merintih kesakitan.

Apabila ditanya kenapa, dia menjawab “tangan Din kena api…”. Abangnya ambil minyak but-but dan menyapu tempat yang kena api. Ana pun sambung menganyam ketupat dekat dapur.

Sirajudin merintih kesakitan lagi. Ahmad Tajudin ajak dia makan pun dia tak nak lagi sebab tangan masih terasa sakit katanya. Selang beberapa minit, dia pergi ke dapur dan ambil mangkuk untuk makan nasi.

Sebaik sahaja selesai cedok kuah, dia duduk atas kerusi untuk makan. Tetapi sebelum tu, dia panggil Ahmad Tajudin. Ana ingatkan nak ajak adiknya makan sekali, rupa-rupanya “Taj, macam mana nak baca doa makan ya?”.

Allahu Allah, bila dia tanya adik dia macam tu. Ana terus teringat kisah lalu sambil muhasabah diri. Ahmad Tajudin terdiam seketika apabila abangnya menyoal sebegitu, berfikir barangkali sebab banyak doa yang dia hafal.

Belum sempat Ahmad Tajudin buka mulut, ana menyampuk. “Allahumma bariklana…”, terus dua beradik tu sambung sampai habis.

Hati ana bermonolog sendiri sambil teringat ayat terakhir yang keluar dari mulut ana sebaik sahaja selesai usrah bersama pensyarah UUM, “setiap musibah, hadir bersama hikmah”.

 Sebelum nie agak susah untuk dengar Sirajudin baca doa makan, sekadar baca basmallah sahaja. Itupun apabila diingatkan. Jadi, benarlah. Ujian kesakitan yang diterimanya semalam membuatkan dia ingat pada Allah. Api dunia panasnya hanya secebis jika dibandingkan dengan api neraka diakhirat kelak.

Teringat kisah lalu yang ana maksudkan tadi, kisahnya hampir serupa dengan Sirajudin. Cuma berlainan versi dan masa…:p

Masa ana berada di sekolah rendah, ana terlekat tulang ikan dalam tekak ketika makan nasi. Sudah dicuba ambil sedikit nasi dan telan tetapi tidak berhasil. Sudah dicuba beberapa petua yang ummi bagi, pun tidak berhasil.

Sakitnya memang terasa walaupun tulang tu hanya kecil. Malamnya, ana ambil al-Quran dan baca beberapa helai muka surat. Kakak sulung sindir ana. hehe!

“Bila dah sakit, baru nak ingat Allah…”. Ana diam sahaja dan terus baca al-Quran. Memang patut pun kena sindir sebab sebelum nie agak malas nak baca dengan rela hati melainkan abah yang suruh…:p

Dalam tempoh muhasabah diri sambil tangan terus menganyam ketupat. Tergiang-giang kisah yang adik perempuan ana ceritakn beberapa hari lalu. “Ada kawan nak beli tudung labuh, dia baru nak berjinak-jinak untuk pakai. Dia nampak nak berubah lepas ayah dia meninggal.”

Ana mengucapkan syukur kepada Allah atas hidayah itu dan akan tunaikan hasratnya yang mahu berubah. Banyak lagi kisah seperti itu yang ana lalui sendiri dan pengalaman orang sekeliling.

Ujian memang nampak berat dan ‘sakit’ untuk diterima pada mulanya. Tetapi Allah tahu, kita akan mampu hadapinya sedikit demi sedikit. Allah sedang bagi kita ‘ubat kuat’ untuk terus tabah dan kuat dalam hadapi hidup mendatang.

“pura-pura tabah, lama-lama kuat”

Sahabat baik, ada masanya dia juga punya masalah hingga kita rasa tidak sanggup bebankan dia. Tetapi Allah tidak. Berjuta dan berbiliion manusia mengadu padaNya, namun Dia tidak pernah jemu.

Sahabat baik, ada masanya dia hanya mampu untuk berkongsi rasa dan bebanan di hati. Tetapi Allah hadirkan ketenangan hati ditambah pula dengan solusi.

‘Dia uji, tanda Dia sayang”
^^

Wallhua’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus