Ahad, 26 Ogos 2012

Eid Mubarak 1433H


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Ramadhan datang mendekat, lalu berbisik “Aku pergi dulu, rindukanku untuk sebelas bulan yang mendatang. Tapi kasih sayang Allah itu bukan hanya dalam diriku, kasih sayang Allah itu sentiasa ada. Maka, jangan pernah kau berhenti mengejar cintaNya. Sehingga nanti, kau bertemu dengan diriku lagi”.

Bait-bait ayat yang diambil dari status oleh seorang sahabat di facebook. Pasti ku akan merinduinya lagi nanti. 

“Ramadhan dirindui, syawal diraikan”

Alhamdulillah, hati yang terasa tidak mahu berpisah dengan Ramadhan terubat sedikit demi sedikit dengan kebahagian yang Allah hadirkan melalui kemeriahan Syawal. Ahli keluarga dan kaum kerabat berkumpul berramai-ramai sambil bermaaf-maafan. Bahagia membaca status facebook sahabat-sahabat yang lain.

Syawal tahun lepas, ahli keluarga kami bertambah dengan kehadiran Amirah Fasihah. Syawal kali ini pula bertambah lagi seorang ahli keluarga kami dengan kehadiran abang ipar…^^

Seperti biasa, sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami akan berkumpul untuk bergambar bersama-sama. Uniknya, sesi bergambar ini hanya dapat dilakukan pada 1 Syawal kerana semua ahli keluarga ada.

Syurga Duniaku...(^^,)

Ramaikan? :p Alhamdulillah, anugerah yang cukup bernilai dalam hidup ana. Sangat-sangat bernilai, tidak dapat ditukar ganti dengan harta benda mahupun wang ringgit sekalipun. Moga Allah satukan kami semua di syurgaNya nanti. Mohon doa semua ya. ameen~

*****************************
‘Hadiah’ Syawal yang sangat bermakna buat ana tahun ini. Hajat dan doa yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t.. Ana dikunjungi oleh sahabat baik yang dikenali melalui blog dan facebook. Kali pertama berjumpa secara berdepan dan melihat wajah masing-masing. 

“Ada la iras sikit”, bak kata kak jie…:p

Ana jumpa Insyirah Soleha, penulis blog Haruman Mawar. Ana salah seorang pembaca setia blog beliau. Setiap perkongsian yang ditulis dalam blognya, pasti punya pengisian yang dapat memuhasabahkan diri. Sangat banyak manfaat yang diperolehi melalui penulisan beliau.

“Syukur Ya Allah dapat jumpa Syira. Dah lama nak jumpa Syira, sebelum Syira kahwin lagi. Hehe!”, mesej ana kepadanya.

Macam tak percaya pun ada bila Syira kata jadi nak datang rumah. Masa mula-mula Syira telefon, malu-malu kucing nak cakap. Bila dah berdepan, banyak pula modal nak berbual. hehe!

Dengan Amir Solihin...:)

“Sesegar mawar, seharum aroma tidak mampu menandingi keindahan akhlaq seorang yang berhikmah dalam berbicara”
-Haruman Mawar, Insyirah Soleha-

Terima kasih Syira sebab sudi datang ke rumah akak. Moga Allah panjangkan jodoh antara kita untuk bersua lagi nanti. Allahuma ameen…^^

*****************************

Semalam walimah sahabat baik ana, juga kenal melalui blog dan facebook. Kak Jie pernah ajak ana untuk hadiri majlis pertunangannya sebelum ini tetapi tidak dapat penuhi permintaannya sebab kesihatan tidak mengizinkan waktu itu.

Alhamdulillah wa syukrillah, Allah izin jua ana berjumpa dengannya. (Sebenarnya dah pergi beraya rumah Kak Jie pun sebelum tu…:p ). Sepatutnya pagi semalam, ana berjanji untuk hantar adik perempuan ke Uitm, Dungun. Tetapi disebabkan keinginan hati yang tetap mahu hadir ke walimah Kak Jie, ana hantar adik hari ini. Huhu!

Kak jie dan suami sedang menjamu selera sewaktu ana dan adik tiba ke rumahnya. Ana turun bawah untuk ambil nasi dulu. Bila ana masuk semula dalam rumah, Kak Jie sudah selesai makan. Kami bersalam dan berpelukan sesama sendiri. 

Setelah itu suaminya panggil sebab mahu bergambar. Ana dan adik perempuan makan dulu sambil bersembang.

Angah, cantik sangat Kak Jie hari nie.”, sapa adik ana.

Ana senyum je sebab memang betul. Banyak kali juga Kak Jie tanya. 

“Asma’, nampak tebal tak mekap akak?”.

“Biasa je kak. Tak nampak tebal pun. Hehe!”,

Maklumlah, Kak Jie tak biasa bermekap. Alhamdulillah hatinya kuat untuk berniqab walaupun ada yang mahu dia tanggalkan. Semoga Allah jua izin untuk ana berniqab sepertinya di hari bahagia.

Sebelum balik, ana cari Kak Jie sebab nak bersalam. Kebetulan Kak Jie dalam bilik pengantin. Terus dia panggil untuk ambil gambar sekali. Segan juga mula-mula tapi ikut je…:p

Sempat berpesan pada suaminya, “jaga sahabat saya nie baik-baik ya”.

Walimah Kak jie...^^

Alhamdulillah, tetiba teringat pesanan ana masa kakak sulung nak kawen. “Ku mohon, jadikan dia wanita syurga. Jika suatu masa nanti kamu sudah tidak suka kepadanya, serahkan dia semula secara baik-baik kepada keluarganya sepertimana kamu mengambilnya secara baik.”.

“Kak jie, selamat bercinta hingga ke Syurga”. (^^,)

***************************

Akhir kalam dari ana, “Taqabbalallaahu minna wa minkum”. 
Eid Mubarak 1433H. wallahua’lam…^^



blog comments powered by Disqus