“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Tekan untuk tumbesaran...:p |
Tengahari
tadi, kakak sulung ana bagitahu yang muka Amirah Fasihah sama dengan adik
perempuan, Farhah. Itupun abang ipar ana yang perasan semasa dia membelek album
lama kami sekeluarga yang dahulu kala. hehe!
“Eh, Amirah Fasihah….”. kata abang ipar.
Maka,
‘misi’ kami mencari siapa yang muka hampir sama dengan Amirah Fasihah semasa
kami bayi…:p
Satu
persatu gambar dibelek dan meneka ini siapa sebab muka hampir sama semuanya
semasa kecil. Bila tengok semula, kami ketawa sebab comel dan cute je…:p .
Akhirnya kami jumpa yang muka Amirah Fasihah
sebijik macam muka abangnya. Macam fotostat seluruh muka…:p Memang menggamit
nostalgia. hehe!
Sebenarnya
kami nie kacuk banyak sangat. Separuh sini, separuh sana. Keturunan itu,
keturunan ini. Itupun Tok Mek, ummi dan abah yang cerita salah silah keturunan
kami. Semoga Allah pelihara keturunan ini. ameen ya robb~
Okey,
masuk kepada tajuk utama artikel nie ya…:p
Semasa
tengah belek album lama, ana perasan akan sesuatu iaitu tudung labuh ummi. Ada
gambar lama ummi tatkala menuntut di Maktab dan sebelum kahwin lagi. Manis
sungguh dengan tudung labuhnya.
Apabila
sudah berkahwin dengan abah dan mempunyai beberapa orang anak, ummi tetap setia
dengan tudung labuh dan jubahnya sehingga kini. Rupanya baru ana sedar, mata ini melihat
wanita pertama yang bertudung labuh adalah ummi ana sendiri. MasyaAllah…^^
Ana
mula bertudung labuh seawal usia 12 tahun. Ketika itu, ana dapat tawaran untuk
masuk ke sekolah agama dan keinginan untuk pakai tudung labuh semakin membara.
Apatah lagi ummi ana sendiri bertudung labuh.
Teringat
pula kisah yang ana pernah nukilkan dalam blog nie. Ada beberapa sahabat yang
datang ke rumah ana. Dalam kalangan mereka ada yang bertudung labuh. Sewaktu
sahabat yang bertudung biasa mahu mendukung Amirah Fasihah, dia menangis.
Tetapi apabila sahabat yang bertudung labuh mahu mengambilnya, cepat sekali dia
hulurkan tangan. MasyaAllah.
Mungkin
dia ingat, yang bertudung labuh itu adalah kakak-kakaknya. Ana perolehi ibrah
melalui peristiwa itu apabila Amirah Fasihah hulurkan kain tuala untuk
dijadikan tudung buatnya. Tudung labuh yang kakaknya pakai berjaya membuatkan
dia mahu berjinak-jinak untuk pakai tudung.
Tidaklah
ana bagitahu yang bertudung biasa ini tidak elok. Asalkan ianya labuh hingga
memenuhi tuntutan syariat, ianya tetap manis dipandang. Cuma, yang bertudung
labuh dan dihiasai dengan akhlak peribadi yang baik, sangat-sangat istimewa di
mata ana…^^
Sewaktu
ana tulis berkaitan tudung labuh di dinding facebook, ada sahabat yang hantar
pesanan dalam facebook dengan meluahkan perasaan tentang rasa tidak puas hati
terhadap insan yang bertudung labuh.
Ana
tersenyum sendiri saat membaca bait-bait ayat yang tertulis. Tidak terusik
sikit pun rasa untuk melatah atau marah dengan kata-katanya walaupun ana
sendiri bertudung labuh sebab apa yang dilalui oleh beliau, ana juga rasainya
sendiri.
Lantas,
ana respon mesej yang dihantar beliau. Dengan menyebut nama Allah dan memohon
moga Allah berikan ilham untuk ana berbicara dari hati ke hati dengannya
walaupun melalui facebook.
Tekan untuk tumbesaran...:p |
Alhamdulillah,
hatinya terasa lega apabila membaca bait-bait kata yang ana kongsikan. Ana berdoa moga Allah hadirkan insan-insan
bertudung labuh yang punya akhlak dan peribadi yang baik-baik buatnya. ameen~
Hati
terasa begitu gembira dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan yang
memasarkan tudung labuh setelah mendapat tahu dari pelanggan setia bahawa kebanyakan
yang order tudung labuh dengan ana mahu berjinak-jinak untuk pakai tudung
labuh. MasyaAllah~
Jika
ditanya kepada ana, apa yang ada pada tudung labuh? Ianya adalah perisai iman dan
amanah buatku. Apabila terasa mahu buat benda lagha dan keburukan, terasa malu
sangat dengan tudung labuh yang dipakai.
Ditambah
pula dengan niqab yang dipakai. Semakin terasa malu untuk pamerkan akhlak dan
peribadi yang buruk kerana ianya akan mencemarkan imej Islam yang dibawa.
Sedikit
demi sedikit, ianya berjaya mentarbiyah hati dan iman ini dalam diam untuk
sentiasa perbaiki diri dan hubungan dengan Allah serta manusia. Cinta ana
terhadap tudung labuh sangat mendalam.
Apabila
ada yang minta untuk ana tukar tudung apabila mahu ikuti latihan memanah, ana
berkeras untuk tetap setia dengannya dan berjaya buktikan insan bertudung labuh
mampu lakukannya.
Paling
terkesan apabila layanan masyarakat sekeliling. Ada yang melayan bak sang
puteri. Apabila berjalan di jalan dan bertembung dengan lelaki, pasti dia akan
berhenti dan memberi ruang sebesarnya agar tidak tersentuh.
Tidak
kurang juga ada yang menghina dan mencaci. Itu layanan tarbiyah yang Allah
hadirkan untuk melihat setakat mana Iman mampu bertahan dalam mengejar redha
Allah.
“jika
terlalu senang, murah pula harganya.
Yang susah
itulah mahal harganya”
.:: Jom
Labuhkan tudung kita wahai wanita Islam…(^^,) ::.
“JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)”