Hari Al-Quds Sedunia disambut sebagai tanda memperingati tragedy pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos setiap tahun. Hari Memperingati Al-Quds ini boleh tercetus apabila pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (Mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir untuk menghulurkan bantuan.
Tetapi Allah s.w.t. telah menyelamatkan Masjid Al-aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah s.w.t. untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria.
Kemudian, yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-aqsa. Maka, sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-quds seduania.
MEMPERINGATI AL-QUDS DAN SOLIDARITI MALAYSIA
- Sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi Negara Malaysia telah mempamerkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meskipun tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran.
- MATA (Majlis Agama Tinggi) ditubuhkan pada tahun 1947 yang memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya perjuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.
- Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia mengemukakan deraf resolusi (ASPC/L.116) menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah.
- Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah Negara Islam bertemu di ibu Negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa dan telah meluluskan beberapa resolusi iaitu:
· Mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967.
· Menggesa Negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangani keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek.
- Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal kea rah penubuhan OIC ( Organization of Islamic Conference).
- Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid Al-aqsa.
- Peristiwa ini merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama yahudi yang fanatic dan pendatang yahudi yang bersekongkol dengan rejim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid Al-aqsa.
- Tindakan jahat itu telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( Mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan 2, Maghribi untuk mengadakan siding kemuncak Negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi:
· Untuk menyatukan seluruh Negara-negara Islam kea rah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin.
· Menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitu Maqdis sebagai ibu Negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh Negara-negara Islam.
- OIC ditubuhkan secara rasmi di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
- Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak siding kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa.
- Setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982.
* Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidarity rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah WAJAR agar usaha ini terus disemarakkan agar Al-aqsa kembali ke tangan orang Islam.
0 ulasan:
Catat Ulasan