Rabu, 19 Ogos 2009

EPISOD KEMBARA KE KUALA LUMPUR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi diatas kekuatan dan nikmat yang dikurniakan kepada rombongan lawatan ke Kuala Lumpur pada 6, 7 & 8 Ogos 2009 anjuran Kelab Pentadbiran Muamalat untuk menjayakan lawatan ini…

Berbagai masalah yang dihadapi oleh AJK lawatan sebelum tiba pada hari jadi tersebut namun berjaya diatasi diatas kehendakNYA, alhamdulillah..Tahniah kepada AJK yang bertungkus lumus menjayakan lawatan tersebut.

Bagi diriku pula, kembara kali ini memberikan berbagai ilmu, pengalaman, pengajaran dan teladan yang dapat mematangkan lagi diri ini. Tidak semua tempat ku kunjungi aku nukilkan, hanya tempat yang punya cerita menarik sahaja ku nukilkan. Moga-moga episod pengembaraan yang bakal ku nukilkan juga menjadi teladan kepada pembaca, insyaALLAH…

Kami bertolak dari kampus pada sebelah malam 6 hb dan tiba di Masjid Negara sebelum subuh untuk solat subuh dan menyiapkan diri sebelum ke Bank Negara Malaysia. Pemandangan yang cukup menarik pabila melihat Masjid Negara dari luar, tersergam indah sebuah bangunan dengan ukiran dan bentuk yang cukup hebat buatan tangan manusia dengan ilham serta ilmu dan kemahiran kurniaan dari ALLAH s.w.t. kepada hambaNYA. Tapi bila melihatkan jemaah yang datang ke Masjid untuk menunaikan kewajipan mereka, tidak sehebat ukiran dan bentuk diluarnya. Ku fikir, bukan di Masjid Negara sahaja berlaku keadaan sebegini. di tempat lain juga begitu.

Adakah kita umpama Masjid ini? Nampak hebat dari luaran tapi dalamnya...................
Hebat dimata penduduk bumi dan ”dipuja” disisi manusia tapi kerdil ”dimata” penduduk langit dan hina disisi Allah s.w.t. sesungguhnya ALLAH s.w.t. tidak memandang itu semua sepertimana hadis ini

“ sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa parasmu tetapi dia melihat kepada hati-hati kamu”

-Hadis riwayat Muslim-



jadi, sama-samalah kita melahirkan rasa hina dan kerdil dihadapan Allah s.w.t. dan ikhlas dalam beribadat untuk mendapat redhaNYA...insyaALLAH

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Sepertimana yang kita ketahui, muzium ini menyimpan berbagai kesenian Islam dari pelusuk dunia tidak kira dari Timur, Barat, Utara dan Selatan dunia. Namun, hanya satu benda sahaja yang berjaya menarik perhatianku iaitu kelengkapan memanah. Walaupun hanya ada dua sahaja yang dipamerkan namun aku berpuas hati kerana dapat melihat ukiran an bentuk yang asli berbanding kelengkapan memanah moden yang aku gunakan semasa latihan.


kami tidak dibenarkan mengambil gambar dalam muzium tetapi aku sempat mencatat sepotong hadis di sebelah salah satu kelengkapan memanah tersebut yang berbunyi :

Diriwayatkan oleh Uqbah ibn Amir (susunan Abi Daud)
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ALLAH, Yang Maha Kuasa akan memasukkan 3 orang ke dalam syurga kerana sebutir panah : pembuat panah bila dia membuatnya untuk tujuan baik, orang yang memanah dan orang yang menolong pemanah, maka panahlah busur dan tunggang la kuda, tetapi memanah itu lebih baik dari menunggang kuda”

Ku berdoa di situ juga, moga-moga aku mampu menjadi pemanah handalan seperti Rasulullah s.a.w., Hamzah a.s., Khalid al-Walid, Umar al-Khatab dan Pahlawan Islam yang lain walaupun aku seorang muslimat. InsyaALLAH…

Masjid Putrajaya

Kami singgah di Masjid Putrajaya untuk solat jama' zohor dan asar, tika melangkah masuk ke dalam masjid. Aku melihat ada sepasang pengantin yang baru sahaja menikah melakukan aksi yang ku kira tidak sepatutnya dilakukan oleh sepasang pengantin yang baru sahaja menikah. Aksi mereka mengundang ketawa sahabat-sahabatku juga ustazah yang mengiring lawatan kami sambil menggeleng-geleng kepala dan berkata kepadaku "ada jugak manusia macam tu, ish-ish..". Mana tidaknya, yang sempat ku lihat mereka membuat aksi "rock" dengan berpakaian tradisional Melayu. Bagiku, amat memalukan. Melakukan aksi begitu di hadapan Masjid dan berpakaian tradisional Melayu. Aku tahu, aksi tersebut hanya untuk suka-suka namun aku tetap tidak meyukainya. Sepatutnya mereka melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana disatukan melalui ikatan yang sah.

Ku juga teringat ada rancangan televisyen yang pernah menyiarkan majlis perkahwinan artis Malaysia, bila di tanya oleh wartawan "anak yang macam mana kamu mahukan nanti?", artis tersebut menjawab "saya mahukan anak yang comel, cantik, handsome macam saya dan suami". Aku terus mengerutkan dahi, dan menyatakan kepada kakakku yang turut melihat rancangan tersebut "orang sepatutnya cakap la, nak anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kita bila dan meninggal nanti bukannya cakap nak anak yang comel, cantik je..." dan kakakku menjawab, "nie la dunia sekarang"....

Ku kira ramai pembaca setuju dengan apa yang ku katakan sebentar tadi. Anak yang soleh dan solehah lah yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Moga-moga aku dapat membina keluarga sakinah bila sudah berkahwin nanti. InsyaALLAH....



Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Saat bas yang kami naiki mula memasuki perkarangan kampus USIM, hatiku tertarik melihat bangunan yang tersergam indah yang dibina dengan pelbagai bentuk yang menarik sekali. Ibarat seperti berada di zaman pemerintahan Islam dulu pabila melihat pelajar yang berkopiah dan bersongkok serta bertudung labuh. Hati ini terasa iri hati kepada sahabat-sahabatku yang berpeluang belajar di USIM kerana berada di kalangan mereka yang mengamalkan ajaran yang disampaikan Rasulullah s.a.w. berbanding diriku yang berada di kalangan mereka yang hanya Islam pada “nama” dan sering melakukan maksiat. Namun, hatiku berbisik “inilah jihad”.

Rombongan kami ke USIM sebagai kunjungan balas atas kedatangan sahabat-sahabat dari USIM semasa minggu orientasi dan mereka menjemput kami pula ke USIM. Kami mengadakan diskusi ilmiah, mereka berminat untuk berkongsi program da’wah yang kami anjurkan di kampus kerana kata president kelab da’wah. suasana atau keadaan yang berbeza, jadi sudah pasti tekanan yang kami terima lebih hebat berbanding mereka disini.

Benar, aku juga mengakui apa yang diberitahu oleh president tersebut. Suasana kami cukup berbeza, program-program ilmu dan agama bukan mudah untuk pihak atasan luluskan berbanding dengan program-program hiburan dan lagha. Aku juga pernah merasainya bilamana ada program yang aku handle tidak mendapat kelulusan malah pihak atasan sama sekali tidak membenarkan program tersebut diadakan. Namun, aku dan sahabat yang lain terus nekad dan berjuang walaupun terpaksa turun naik ke pejabat canselor dan memakan masa selama 2 semester. Akhirnya, berkat kesabaranku dan sahabat yang lain. program tersebut berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang hangat dengan dihadiri oleh 300 lebih orang peserta. Alhmdulillah....semuanya menjadi kenanganku bila sudah tamat belajar nanti.

ape pun, buat sahabatku di USIM....teruskan perjuangan kalian walaupun suasana dan keadaan kita berbeza. Demi agama Allah s.w.t. teruskan berjuang...!!!

JOM KITA MENGEMBARA LAGI.....(”,)

0 ulasan:

Catat Ulasan