“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
وسلم
Alhamdulillah
atas keizinan Allah. Dapat juga ana luahkan sedikit masa untuk menukilkan
sedikit perkongsian berkaitan buku yang sudah lama ana khatam.
Tajuk
buku ini berjaya menarik perhatian ana untuk membelinya walaupun ketika itu ‘terliur’
dengan buku yang lain disamping kulit depan buku ini sangat cantik lakarannya.
Tajuk
buku ini adalah “Wanita Juga Boleh Berbisnes; Berguru Kepada Khadijah” yang
ditulis oleh seorang penulis dari Indonesia iaitu Muhammad Abu Syauqi Banna.
Penulis
berasal dari Bogor, Indonesia. Lahir pada November 1975. Minat membaca dan
menulis sejak dari kecil hasil asuhan ibubapanya. Tulisan pertama yang
dihasilkan adalah pada darjah 5 sekolah rendah.
Pernah
menyertai beberapa majalah sebagai wartawan. Kini beliau merupakan ketua editor
sebuah majalah Islah. Juga merupakan seorang pendakwah muda yang agresif dalam
memberi syarahan di serata Indonesia.
Itu
adalah biodata ringkas penulis buku ini yang termuat dalam buku pada helaian
kertas yang terakhir.
Buku
ini sangat bagus bagi ana kerana hujah yang diberikan dalam menyokong
penulisannya bukan sahaja bersandar pada al-Quran, as-sunnah, kisah para peniaga
wanita malah turut diaduan dengan isu yang berkaitan pada masa kini.
Pemulaan
buku ini menceritakan bagaimana Islam memuliakan wanita. Kedatangan Islam yang
mana permulaannya dibawa oleh Rasulullah s.a.w. mengangkat martabat seorang
wanita ke tempat yang sepatutnya dan bukan lagi dipijak dan dihina pada zaman
jahiliah.
Penulis
juga menerangkan peranan seorang wanita sebagai isteri dan ibu dalam keluarga
dan salah seorang anggota masyarakat. Tulisannya sangat terkesan pada hati dan
membuka minda ana sendiri.
'Clik' untuk tumbesaran :) |
Idea
dan ilham untuk menulis bait kata diatas muncul ketika sedang membaca buku ini.
Sangat membuka minda sehingga memotivasikan diri ana sendiri untuk menjadi
mukminah yang professional dengan menguasi pelbagai bidang dan kemahiran.
Allahu Allah.
Tidak
kurang dengan itu, penulis juga menerangkan sedikit sebanyak berkaitan selok
belok dalam berniaga. Dari segi modal, pengurusan syarikat, barang yang ingin
dipasarkan, strategi perniagaan dan banyak lagi.
Ilmu
sebegini sangat berguna buat para muslimah yang begitu minat untuk memulakan
perniagaan. Maka, ana sarankan agar buku ini dijadikan sebagai rujukan buat
para usahawan wanita.
Impian ku :) |
Moga
peroleh manfaat. Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih mengetahui.
“JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(^^,)”