“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Salam kasih
sayang buat para pembaca, muslimin dan muslimat sekalian. Moga dalam jagaan dan
rahmat Allah s.w.t. selalu.
Beberapa
hari yang lalu, ada seseorang menghantar pesanan dalam inbox di facebook berkaitan
suatu isu. Permasalahannya tidaklah begitu besar tetapi mengundang ‘perbalahan’
banyak orang.
Individu
yang menghantar pesanan tersebut meminta ana ulas berkaitan hal ini di dinding
facebook. Namun ana merasakan ianya tidak cukup disitu dan perlu diperhalusi
lebih halus. Maka, ana merasakan lebih baik menulis dalam blog sahaja.
Sejujurnya
ana katakan, ana ikuti perkembangan berkaitan isu ini dalam diam. Pada mulanya
ana biarkan sahaja sebab sudah ramai yang berhujah, tetapi apabila melihat
komen disitu mencecah ratusan komen, maka sesuatu perlu dilakukan dengan
segera.
Ana
minta bantuan seseorang yang begitu dihormati oleh ‘penerbit’ asal isu ini agar
ianya dipadam atau ‘diprivate’ supaya isu ini tidak mengundang mudarat yang
lebih besar seperti sangkaan buruk antara satu sama lain.
Ana
yang membaca segala komen tersebut dari mula sampai habis juga terasa ada
sesuatu yang perlu diperbaiki.
“Kalau setakat nak riak dan
takbur dengan ilmu, baik pergi ceramah dekat orang yang tak tutup aurat kat
luar sana”,
Gulp!
ana telan air liur.
“pening baca komen agamawan yang berlagak dengan ilmu yang ada…”, komen salah
seorang disitu.
Zup!
terasa ada benda tajam yang merobek jantung ana.
Allahu
Allah,
peritnya
terasa dihati membaca komen-komen yang ada kat situ. Masing-masing tidak puas
hati. Terus menerus membalas hujah masing-masing hingga mencecah ratusan komen
dari puluhan rakan dalam facebook
Si agamawan mengatakan
hujahnya benar,
si pemerhati
mengatakan caranya silap,
Si agamawan tetap
tidak beralah,
si pemerhati
makin menyampah.
Apa
kesudahannya?
“Istiqomah
mempamerkan akhlak yang mulia lebih berkesan dari berkhutbah berkali-kali.
Mesej dakwah terhadap kebenaran Islam akan terhijab disebalik penyampaian yang
kasar dan bangga diri”.
Akhirnya,
kebenaran mula terhijab akibat dari perbuatan sendiri. Kita cuba menyampaikan
perihal kebenaran dan keindahan Islam, namun ianya terhijab dek perbuatan dan
penyampaian kita yang kasar dan menyakitkan hati individu yang mendengar.
Tegas atau
lembut nadanya,
Kuat atau
perlahan suaranya,
seandai
ianya dari hati,
pasti
terkesan jua pada hati.
Kasihanilah mereka
Ada
satu kisah yang ana dengar dalam siaran motivasi pagi dalam Ikim.fm berkaitan
kasih sayang sesama umat. Betapa mulia dan kasihnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada
umatnya.
Diceritakan, ada seorang Yahudi berjalan
dihadapan Rasulullah s.a.w... Apabila melihat yahudi tersebut, Rasulullah
s.a.w. menangis. Para sahabat terasa pelik, lalu bertanya kepada Rasulullah
s.a.w..
"Wahai Rasulullah, mengapa kamu menangis? Dia hanyalah seorang Yahudi".
Baginda s.a.w. menjawab, "aku menangis kerana aku tahu, sekiranya dia tidak memeluk Islam, dia akan menjadi bahan bakar api neraka buat selamanya. Sedangkan dia adalah sebahagian dari umatku...".
"Wahai Rasulullah, mengapa kamu menangis? Dia hanyalah seorang Yahudi".
Baginda s.a.w. menjawab, "aku menangis kerana aku tahu, sekiranya dia tidak memeluk Islam, dia akan menjadi bahan bakar api neraka buat selamanya. Sedangkan dia adalah sebahagian dari umatku...".
Kasihanlah apabila kita melihat ada perempuan
yang belum menutup aurat dengan sempurna. Kasihanlah apabila kita melihat ada
individu yang belum solat dengan cukup. Kasihanlah apabila kita melihat ada
manusia yang belum memeluk Islam dan bukan menghina dan mencaci mereka.
"Allah mengutuskan aku bukan untuk melaknat dan memberikan
kutukan tetapi aku diutuskan sebagai penyeru dan rahmat".
[Rasulullah s.a.w. l Ikon Kasih Sayang]
[Rasulullah s.a.w. l Ikon Kasih Sayang]
Berhikmahlah
“Serulah (semua manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan
pelajaran yang baik dan bantah (berbahaslah) dengan mereka dengan cara yang
paling baik.”
(Surah An-Nahl: Ayat 125)
Tidak dinafikan tuntutan hikmah di dalam berdakwah
merupakan satu kemestian yang tidak boleh dilupakan oleh para Daie agar risalah
Islam dapat disampaikan dengan baik dan diterima. Walaupun Daie bukan maksum
daripada melakukan sebarang dosa tetapi tuntutan hikmah itu amat perlu agar
tidak menimbulkan fitnah kepada agama dan diri pendakwah itu sendiri.
(Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah)
“sesungguhnya, Allah lebih mengetahui”.
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)