“Dengan
Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
atas nikmat Islam, Iman dan Ehsan yang telah Engkau anugerahkan pada hamba ini,
semoga ianya terus kekal subur. Selawat dan salam buat pembawa rahmat ke
seluruh alam, Nabi Muhammad s.a.w kaum kerabat Baginda s.a.w. Tidak lupa jua
buat para sahabat, dan umat Islam yang setia mengikutinya.
Ana
teringat satu kisah yang dilalui sepanjang pengembaraan di bumi Allah s.w.t.
Ianya berlaku semasa mengikuti kem di Kuala Kangsar, Perak pada semester 7.
Pada mulanya, tertanya juga kenapa yang sudah ‘tua’ dan senior perlu dipanggil
untuk ikuti kem kepimpinan sedangkan masih ramai yang muda-muda dan junior yang
perlu diasah bakat kepimpinan.
Tidak dinafikan jiwa lebih sukai aktiviti lasak, masuk hutan adalah
aktiviti yang paling ana suka. Mungkin sudah ‘terdidik’ dengan abah dan ummi
kerana mereka merupakan penasihat kadet polis dan ummi juga bekas pengakap
semasa di maktab dan sering masuk hutan.
Cuma
satu ini yang kekal dalam ingatan ana sampai sekarang. Ianya mampu mengetarkan
hati dan jiwa tatkala mengingatinya semula. Mungkin nampak kecil pada pandangan
manusia lain, tapi bagi ana ianya mampu membuatkan ana mengalirkan air mata
keinsafan.
Untuk
‘tembak’ iman sendiri dan membuat survey kepada orang lain, maka ana
tulis di dinding facebook untuk melihat respon sahabat facebook.
Ramai
sangat yang memberi komen dan juga hujah berdasarkan ilmu dan pendapat
masing-masing. Yang ‘like’ dan baca dalam diam pun ramai. hehe! Jadi,
siapa kata facebook nie hanya untuk suka-suka je? :p
Ana
ada cakap yang nak letak semua komen tu dalam blog. Tetapi bila diambil dari
facebook ke dalam program, terasa macam panjang sangat. Jadi, ana ambil komen
yang sangat ilmiah dari yang lain.
Ana
senyum dan kembali koreksi diri. Tercari-cari juga video semasa ikuti kem
tersebut tetapi sayangnya tidak jumpa. Ana yakin masih simpan video tu, moga
Allah izin untuk ana jumpa video tersebut kembali.
Kisahnya
begini. Ada satu slot, seorang fasilitator meminta kami senaraikan apa yang
akan kami lakukan dahulu apabila mahu membuat sesuatu. Maka, banyaklah pendapat
dan hujah yang para peserta berikan.
Fasilitator
senaraikan kesemua pendapat dan hujah yang ada diatas papan putih. Ianya
berkaitan perancangan kerana kesemuanya dari kami dari pelajar pengurusan.
Maka, fasilitator padam apa yang perlu dan kekalkan isi penting. Antara
sebahagian isinya, ana tulis seperti di dinding facebook tu.
Daripada
isi tersebut, kami dibahagikan dalam kumpulan. Seingat ana, dalam 10 kumpulan.
Dalam kumpulan tersebut ada ketua dan kami perlu berdebat dan berhujah dengan
kumpulan lain bahawa pendapat kami itu betul.
Fuh~
memang panas sebab masing-masing tidak mahu mengalah. Setelah itu, untuk
menghangatkan lagi keadaan, fasilitator kecilkan lagi skop dan kumpulan. Jadi,
tinggallah lima kumpulan sahaja. Kami berdebat lagi untuk pertahankan
pendirian.
Tersenyum
sendiri bila ingat balik kerana dalam kumpulan ada yang ubah pendirian dan ‘lompat’
masuk ke kumpulan yang lain setelah koreksi hujah-hujah yang kumpulan lain
berikan.
Fasilitator
minta kami buat satu pilihan saja, yang manakah akan kami lakukan dahulu
apabila mahu membuat sesuatu. Tetapi sayangnya masing-masing berkeras dengan
hujah masing-masing dan tidak mahu mengalah.
Akhirnya,
fasilitator minta dua orang wakil dari setiap kumpulan untuk keluar dari dewan
dan buat keputusan mewakili semua peserta untuk pilih satu saja. Ketika itu
barulah nampak rasionalnya, walaupun mahu pertahankan hujah masing-masing.
Kami
mula berhujah dan ‘komen’ pendapat setiap kumpulan. Buntu juga ketika itu
kerana belum jumpa solusi dan kami semua berdiam diri. Saat itu, ana dapat satu
idea dan mula buka bicara.
“Bismillahhirrahmanirrahim. Okey baik, macam nie…..”, masa nie
ana terhenti seketika, hati terus terdetik “Allah…!”. Air mata nak
mengalir dah, tak sangka ‘solusi’ Allah hadir ketika dalam kekalutan. Ana ambil
beberapa saat untuk bertenang dan teruskan bicara.
“Saya pilih kumpulan doa. Jika korang perasan, saya ada sebut
basmallah diawalnya. Itu perkara yang saya cuba buat terlebih dahulu tidak kira
dalam apa hal sekalipun, dan korang tahu apa maksudnya dan apa yang saya
harapkan? Saya berharap semua yang saya lakukan kerana Allah dan bagi saya, itu
adalah doa. Ya, doa!”.
Mereka
semua diam. Ada seorang membuka bicara, “baik, saya setuju”. Akhirnya
ramai yang berkata, “Ya, saya juga setuju” dan yang lain turut anggukkan
kepala. Alhamdulillah, kami jumpa solusinya setelah hampir satu jam berdebat.
Fasilitator
minta salah seorang wakil dari kami untuk bentangkan solusinya dan mereka
sepakat untuk ana bentangkannya. Masa nie, jantung berdegup kencang. Berdebar
sangat-sangat.
Mana
tidaknya, kem nie kebanyakan tidak punya fikrah Islam dan ana tidak pasti
apakah mereka akan mengerti apa yang bakal ana katakan. (Fikir negatif,
terukkan? :p ).
Perkara
pertama yang ana buat sambil kaki melangkah ke hadapan dewan. Tarik nafas dan
muhasabah diri sambil hati berkata, “ini dakwah, sampaikanlah walaupun
sepotong ayat. Moga mereka makin dekat dengan Allah…”.
Ana
ambil mikrofon dari fasilitator dan mulakan bicara dengan basmallah. Ana
terjemahkan maksud basmallah dan kenapa kami sepakat untuk memilih kumpulan
doa. Sebaik sahaja ana katakan kami setuju untuk meletakkan kumpulan doa di
tempat pertama, kumpulan yang dimaksudkan terus bersorak tanpa ana sempat
habiskan bicara.
Entah
mereka mengerti atau tidak maksud sebenar yang ingin ana katakan. Tapi ana lega
kerana sudah menyampaikan apa yang sepatutnya. Islam tetap dijulang! :)
Bermula
dari hari itu, ana cuba istiqomah dengan basmallah kerana ana tahu padanya ada
keberkatan. Dari kalimah yang secebis itu punya berjuta hikmah. Beruntunglah
mereka yang sentiasa ingat Allah dalam setiap hal yang mereka lakukan.
MasyaAllah.
Awal
Muharam sudah pun tiba dan ramai yang membuat azam baru untuk berhijrah ke arah
lebih baik. Masing-masing sudah senaraikan apa yang mahu dilakukan sepanjang
dalam tempoh satu tahun ini.
Jika
ditanya kepada ana, apakah azam baru. Banyak sangat rasanya ingin diperbaiki
dan ingin dicapai dalam tempoh satu tahun. Mahu segera sambung master, terbitkan buku
sendiri, kembangkan perniagaan online, tambahkan hafazan al-quran dan banyak
lagi.
Tetapi
kali ini ana mahu minta satu sahaja dan berazam supaya terus kekal dalam hati. Iaitu kalimah basmallah, selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. sentiasa
meniti dibibir dan bergetar dihati supaya segenap kerja dan perkara menjadi
ibadat dan kebaikan untuk ummah. Simple tetapi sukar untuk dilakukan. Wallahua’lam.
.:: Salam
Maal Hijrah ::.
Tasbih Digital. Azam baru! |
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)