Rabu, 5 September 2012

Hati, Allah Yang Pegang…♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Hati, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu.
Baru usaha yang selebihnya.”

Alhamdulillah wa syukrillah atas ‘keajaiban’ dan aturan yang berlaku hari ini. Ana sujud syukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Tidak terhitung banyaknya anugerah yang telah diberikan. Allahu Allah.

Kata-kata yang tertulis diatas sangat ana suka. Apabila ada insan lain yang datang minta nasihat atau pandangan, akan ada dalam kalangan mereka yang ana tulis semula ayat tersebut. Sangat bermakna buat diri!

Saban hari, hati ini juga sentiasa dilatih untuk sentiasa yakin dengan aturan dan bergantung sepenuhnya terhadap Allah tidak kira dalam apa jua situasi. Masih terus mencuba dan terus mencuba mentarbiyah diri walaupun jalan untuk mujahadah itu terlalu panjang dan sukar.

2 September 2012 yang lalu, ana membawa haluan sendiri dalam mengembangkan perniagaan online dengan berdaftar secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama “Bidadari Solehah Enterprise” tanpa berkongsi lagi dengan kakak sulung walaupun pada mulanya kami mahu bersama-sama menguruskan perniagaan online.

Alhamdulillah wa syukrillah urusannya mudah sekali dan nama yang ana pilih juga terus diterima tanpa banyak pertimbangan. Mula memikirkan strategi dan pelan pemasaran untuk produk baru yang sudah dan bakal dipasarkan dalam masa terdekat. Semoga Allah permudahkan usaha kecil ini. Allahuma ameen.

Siang tadi, ana keluar dengan sahabat baik iaitu kak Jie Nazirah. Makin berseri-seri wajah dan senyuman selepas berkahwin. hehe!

Kak jie yang suka simpan memori melalui gambar...^^
Kami pergi borong stok kain untuk dibuat tudung labuh dan niqab disamping ke beberapa kedai untuk melihat sekiranya ada peluang untuk memasarkan produk baru. Banyak juga yang kami berdua fikir dan rancang tadi. Harap-harap dapat dilaksanakan satu demi satu.

Semasa di sebuah kedai, ada seorang pak cik yang juga pekerja disitu menyapa.

“Kerja kat mana sekarang?”.

“Oh, saya buat bisnes je. Beli kain dan reka-reka sendiri ikut kesesuaian”, jawab ana.

Keinginan untuk melihat ramai wanita Islam kembali pada fitrah iaitu menutup aurat dengan sempurna semakin membara. Ana faham betapa susahnya di zaman ini untuk mencari pakaian yang benar-benar memenuhi ISO Syariah Islam.

Cuba sedayanya untuk bekalkan sebanyak mungkin pakaian yang mampu membantu wanita Islam diluar sana bagi mendapatkannya dengan mudah dan murah. Disamping berkongsi rasa dan pesanan dengan insan-insan yang mula berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna.

Keinginan ini ana mohon bantuan dan pertolongan dari Allah. Sering meminta dan merintih moga-moga doa ini dimakbulkan saat terjaga dua pertiga malam. Dipermudahkan segala urusan dan dikuatkan hati untuk kekal setia dengan perkampungan akhirat.

Beberapa hari lalu, Allah aturkan dengan menghantar seseorang. Muslimah tersebut menghantar pesanan dalam facebook dan menyampaikan hasrat sekiranya ana mahu mengambil pakaian dengannya yang dibekalkan dari Mesir.

Setelah berurusan dengannya beberapa hari, Muslimah tersebut memberitahu bahawa dia mahu serahkan barang yang ada padanya untuk ana pasarkan dan jika tidak habis dijual, boleh dikembalikan semula. 

Sepanjang satu tahun lebih ana buat perniagaan online, inilah kali pertama ada insan sepertinya yang tawarkan begitu kepada ana sedangkan kami tidak pernah bersua muka, ta’ruf baru hari ini dan belum sampai satu minggu kami berhubung. Allahu Allah.

Saat ana bertanya kepadanya,

“ukhty kenal tak ana?”.

Muslimat tersebut tulis satu badan NGO yang ana sertai. Tatkala ana khabarkan bahawa ana salah seorang aktivis badan NGO yang disebutnya dan memberitahu nama jurulatih yang melatih kami, dia khabarkan itu adalah bapa mertuanya! Allahu Allah.

Ana terkejut. Lagi ana terkejut apabila muslimah tersebut khabarkan ini.



Allahu Allah. Ini aturan siapa kalau bukan Allah s.w.t. Hati jadi terharu sangat dengan ‘kejutan’ yang Dia berikan kepada ana. Tanpa berlengah, selesai solat, ana terus sujud syukur atas nikmat yang telah Dia anugerahkan.

Benarlah, “Hati, Allah yang pegang”.

Bukan setakat hati, malah seluruh segala isi dunia dan akhirat, Allah yang pegang. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Apa lagi yang buatkan kita jauh dariNya? Sedangkan Allah minta kita rukuk & sujud kepadaNya sertai patuhi dan jauhi laranganNya.

Ini pesanan ana buat seluruh sahabat pembaca sekalian, didik hati sebaiknya. Jauhkanlah dari ‘couple’, malah jangan sesekali dekat dengannya kerana hati tidak akan pernah khusyuk sekiranya hati sudah tidak ‘halal’ pentadbiran kerajaannya.

.:: Jaga hati. Jaga Iman. Hiasai peribadi ::.
wallahua’lam.

Allahuma ameen...(^^,)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus