Khamis, 12 Mei 2011

Ragam Di Musim Exam…(^_^)

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammd s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah, tidak putus-putus ku ucapkan syukur kepadaNya kerna masih memberi keizinan kepada hamba ini untuk mencoret sesuatu dalam diari kesayangan nie. Mendapat ilham untuk menulis semalam tetapi ditangguhkan kerna menerima tetamu yang bertandang ke bilik…(^_^)

Ana rasa para pembaca dapat agak apa yang bakal ana coretkan untuk artikel kali ini selepas baca tajuk yang tertulis. Sememangnya ia seperti yang bermain di minda para pembaca sekalian.

Ana kira hampir kesemua pembaca pernah melalui detik-detik menghadapi peperiksaan tidak kira sewaktu di alam persekolah atau di alam kampus atau apa-apa sahaja peperiksaan atau test. Pasti akan ada kenangan atau memori yang akan  diimbau kembali.

Dalam tempoh peperiksaan satu minggu di kampus ana. Sudah pelbagai cerita yang ana dengar dari sahabat-sahabat sebaik sahaja tiba di musim peperiksaan. Masa nak examlah mengidam nak makan macam-macam…hehe.

Teman sebilik ana pula kehilangan beg duit dan sampai sekarang belum ditemui. Sudah membuat laporan polis tentang kehilangan tersebut dan terpaksa menggunakan kad pengenalan sementara yang disahkan oleh pihak polis bagi memasuki dewan peperiksaan.

Teman sebilik ana cerita, setiap kali tiba musim peperiksaan, pasti akan ada sesuatu yang berlaku kepada dirinya. Itu tandanya Allah s.w.t. sayang dan ingat kepada kita, mahu kita mengadu dan memohon dipermudahkan segala urusan.

Ana juga begitu, sekarang nie sakit kepala makin menjadi-jadi. Terasa mahu pitam pun ada bila pening yang teramat sangat. Kadang-kala badan terasa letih dan tidak berdaya untuk bangun. Alhamdulillah Dia pandai pujuk ana…(^_^)

Ana masih ingat peperiksaan yang lepas. Alarm telefon bimbit ana berbunyi masa dalam dewan peperiksaan yang memuatkan seramai hampir 600 orang. Punyalah menggelabah waktu tu sebab kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib di dewan peperiksaan.

Alhamdulillah Dia jaga ana dan pegawai peperiksaan tidak dapat kesan dari arah mana bunyi tersebut sebab ana cepat-cepat cabut bateri telefon selepas gagal menghentikan alarm telefon dari terus berbunyi…hehe.. selepas dari peristiwa tu, ana akan cabut bateri siap-siap atau tinggalkan telefon dalam bilik je…(^_^).

Ana paling suka apabila tiba musim peperiksaan adalah bilamana diri terasa dekat dengan Allah s.w.t. Banyak masa terluang yang ada akan digunakan untuk “dating” denganNya…alhamdulillah…

Ada satu peristiwa yang membuatkan ana di muhasabah sendiri. Tarikh exam yang begitu dekat dan tidak ada jarak langsung, ditambah pula dengan paper killer yang bakal “membunuh” result ana pada semester tersebut.

Masa tengah ulangkaji pelajaran, satu benda pun tak masuk. Buat soalan past year tak dapat, hafal formula dan kaedah pun tak ingat, baca nota-nota yang dibuat pun tak masuk. Senang cerita, buat apa pun serba tak kena! sebab hati gelisah dan tak tenang bila fikir banyak lagi yang nak kena cover.

Ana pun dengarlah lagu nasyid dari kumpulan nasyid dari Malaysia, nasyid dari Maher Zain dan sampai satu tahap boleh bukak lagu raya! hehe…nak cakap itulah ragam waktu exam. Kebetulan waktu itu sudah nak masuk waktu zohor, ana pun tutup buku dan siap-siap untuk mengadap Allah s.w.t.

Selesai sahaja solat, ketenangan menusuk di kalbu. Minda menjadi begitu segar dan hati terasa lapang sekali. Lalu ana kembali ke meja dan sambung ulangkaji. Subhanallah…ketika itu, sekali sahaja baca sudah boleh faham dan dapat ingat dengan cepat.

Air mata ana mahu gugur ketika itu dan hati mula sebak. Terasa insaf seketika kerna merasakan diri ini “memalingkan” hati dari mengingatiNya…Allahuakbar…

Lantas, ana guna tips dan kaedah ini iaitu ingat Allah s.w.t. sebelum memulakan ulangkaji pelajaran kerna segala ilmu yang bakal kita pelajari itu hanya akan dapat jika Dia izinkan. Bersihkan hati kita dengan zikrullah, solat sunat, baca al-quran dan sebagainya kerna ilmu itu cahaya dan tidak akan masuk dalam hati yang penuh dengan maksiat dan lalai dari mengingatiNya.



Kesimpulannya, semuanya bermula pada hati. Jika hati itu ikhlas untuk menuntut ilmu bagi menegakkan agamaNya dan tidak memberi fitnah kepada Islam, insyaAllah Dia akan bantu. Yang penting yakin dan redha dengan Allah s.w.t.

“Orang yang berilmu itu tidak akan puas mencari ilmu yang di dengarinya selain ada kesudahannya itu di dalam syurga”
(Riwayat At-Tirmizi)

Ada adik usrah ana yang menyapa, “rindunya bait kata-kata nasihat dari akak..”. Akak juga rindukan kalian dik…Akak tahu adik-adik akak akan baca coretan dalam diari akak nie.. Jadi, bolehlah kalau akak titipkan kata-kata buat kalian dalam diari nie ye…(^_^).

“Belajar demi Islam dan Ummah dik. Keputusan peperiksaan itu hanyalah ukuran di dunia tetapi ilmu yang kalian pelajari itulah yang akan ditanya oleh Allah s.w.t. kemana kamu bakal gunakan. Cemerlang atau tidak keputusan itu, anggaplah ianya satu bonus untuk mendidik hati dan jiwa kita…sayang adik-adik akak…♥♥♥

Sedang tercari-cari sesuatu dalam google, ana terjumpa gambar nie. Mahu tergelak pun ada, ada jugak orang fikir dan buat macam nie ye. Nie mesti sebab dah tension sangat kan…hehe


Betul ke formula nie? Kalau tidak betul, buktikan! Anggaplah ini sebagai satu motivasi dan bukan sebagai untuk melemahkan semangat. Pastikan guna teknik dan kaedah yang betul masa ulangkaji. Ingatlah Allah s.w.t. selalu, dan mohonlah dipermudahkan urusan dan bertawakal kepadaNya. Semoga berjaya bagi sahabat-sahabat yang masih menduduki peperiksaan.

"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir"....(◕‿◕)
blog comments powered by Disqus