Rabu, 25 Mei 2011

Detik-detik Dalam Hidup


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepad Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih diberi keizinan dan kesempatan untuk menulis. Ana sekarang berada di Perlis bersama dengan sahabat-sahabat yang berkhidmat sebagai Ahli JawatanKuasa Orientasi (AJKO) untuk kemasukan baru pelajar matrikulasi sesi 2011/2012. Menyibukkan diri di sini sebelum balik bercuti di rumah…(^_^)

Sebaik sahaja peperiksaan tamat petang semalam, dalam masa satu jam lebih ana sudah bertolak ke Perlis. Agak tergesa-gesa kerna ada program bersama dengan alumni Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) pada sebelah malamnya. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang best sangat kat KMP sampai sanggup pergi ketika masih dalam mode exam dan korbankan waktu cuti.

Terlalu banyak kenangan yang tersemat kukuh dalam minda ana takkala berada di sini dan terlalu banyak jasa pensyarah di sini yang telah di curahkan kepada ana. Walaupun sudah bergelar alumni KMP, bakti tetap dicurahkan sebagai tanda terima kasih ana kepada mereka.

Dan semalam juga adalah detik perpisahan ana dengan sahabat-sahabat ana di UUM. Ada yang sudah habis belajar dan bakal praktikal tidak lama lagi. Semester depan mereka sudah tiada untuk sama-sama melalui kehidupan di kampus lagi. Pasti ana akan merindui detik-detik bersama dengan mereka nanti.

Ana mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat ana temui sebelum balik, juga kepada staf dan pegawai Pusat Islam serta pensyarah-pensyarah. Banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum balik hingga tidak sempat meluangkan sedikit masa dengan kalian semua.

Setiap semester, pasti akan ada ilmu dan pengalaman baru yang akan ana perolehi, begitu juga pada semester ini. Tapak asas perjuangan da’wah semakin cuba dibina untuk terus kukuh supaya tidak terumbang-ambing takkala habis belajar di sini nanti.

Terasa tidak percaya yang ana sudah pergi ke banyak negeri untuk semester ini sahaja. Sudah ke Langkawi, Melaka, Penang, Perak, Perlis, dan Kuala Lumpur atas urusan program dan da’wah. Makin bertambah ilmu dan pengalaman baru disamping minda yang semakin terbuka melihat gelagat dan kerenah manusia yang ana temui.

Dan masih terasa tidak percaya yang ana bakal meninggalkan UUM semester depan, terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku hingga kadang-kala ana terasa teramat letih dengan apa yang ana lalui.

Mungkin ada di kalangan pembaca sekalian merasakan, “bestnya kalau saya dapat jadi macam dia…”. Ianya tidak semudah yang disangka, banyak perkara yang perlu dilalui dan dikorbankan.

Kadang-kala ana tersenyum sendiri takkala mendengar ada adik junior bagitahu ana, “akak…teringin sangat nak jadi macam akak”. Jika dulu ana hanya akan senyum dan tidak berkata apa-apa, maka kali ini ana mahu membalas kata-kata tersebut, “jadilah diri sendiri, itu lebih baik”.

Ana teringat perkongsian yang pensyarah ana berikan pada hari akhir kuliah untuk semester ini. Perkongsian yang ringkas namun penuh dengan maksud yang tersirat di dalamnya. Katanya…

A group of graduates, well established in their careers, were talking at a reunion and decided to go visit their old university professor, now retired.  During their visit, the conversation turned to complaints about stress in their work and lives.  Offering his guests hot chocolate, the professor went into the kitchen and returned with a large pot of hot chocolate and an assortment of cups - porcelain, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the hot chocolate.

When they all had a cup of hot chocolate in hand, the professor said: "Notice that all the nice looking, expensive cups were taken, leaving behind the plain and cheap ones.  While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. The cup that you're drinking from adds nothing to the quality of the hot chocolate.  In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was hot chocolate, not the cup; but you consciously went for the best cups... And then you began eyeing each other's cups.

Now consider this: Life is the hot chocolate; your job, money and position in society are the cups.  They are just tools to hold and contain life.  The cup you have does not define, nor change the quality of life  you have.  Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the hot chocolate God has provided us.  God makes the hot chocolate, man chooses the cups. The happiest people don't have the best of everything.  They just make the best of everything that they have.  Live simply.  Love generously.  Care deeply. Speak kindly. And enjoy your hot chocolate.

Kesimpulannya, lakukan yang terbaik dalam hidup kita. Ini yang ana lakukan setiap kali melakukan sesuatu. Kegagalan itu pasti akan berlaku, itulah lumrah dalam kehidupan setiap manusia dan merupakan batu lonjatan untuk terus kukuh berdiri.

Hargailah setiap detik, masa dan insan yang berada di sekeliling kita  yang telah Allah s.w.t. anugerah kepada kita semua. Sampai satu masa nanti, pasti kita akan merasakan hal tersebut sunggun bermakna dalam kehidupan kita…wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,) 
blog comments powered by Disqus